4 Keadaan Tidak Diingini Apabila Mempunyai Skor Kredit Yang Rendah

4 Keadaan Tidak Diingini Apabila Mempunyai Skor Kredit Yang Rendah

Anda mungkin pernah mendengar istilah skor kredit, tetapi anda mungkin tidak sedar betapa besar kesannya ke atas kehidupan anda. Setiap keputusan kewangan yang anda lakukan, setiap kad kredit yang anda miliki atau inginkan, setiap pinjaman yang anda perlukan – semuanya dikaitkan kepada skor kredit anda.

Skor kredit adalah penarafan yang diberikan oleh agensi penarafan kredit untuk kesihatan kredit anda. Jika anda membayar hutang secara konsisten – sama ada pinjaman kereta, pinjaman pelajar atau kad kredit – maka kesihatan kredit anda adalah baik kerana anda mungkin mempunyai skor kredit yang tinggi.

Walau bagaimanapun, jika anda sentiasa terlepas bayaran bulanan anda, maka skor anda mungkin tidak begitu baik. Ini adalah sesuatu yang anda mahu elakkan.

Advertisement

Skor kredit yang baik bermakna bank kemungkinan besarnya ingin berurusan dengan anda, dan lebih cenderung untuk meluluskan permohonan pinjaman dan kredit anda.

Walau bagaimanapun, jika ini bukan keadaan anda, berikut adalah beberapa perkara yang mungkin berlaku jika anda mempunyai skor kredit yang buruk:

1. Anda mungkin ditolak untuk kad kredit yang memberi ganjaran.

Kad kredit boleh membantu anda menjimatkan wang – jika digunakan dengan betul – dan memperoleh pelbagai ganjaran. Sebagai contoh, kad kredit tertentu melayakkan anda mendapat tawaran tiket wayang ‘beli 1, percuma 1’ atau memberikan pulangan tunai apabila anda mengisi petrol atau menggunakan Grab. Terdapat juga kad lain yang memberikan tawaran untuk barangan runcit dan tempat makan.

Kad kredit juga berguna apabila anda mengembara ke luar negara, atau sewaktu kecemasan.

Walau bagaimanapun, skor kredit yang buruk boleh menghalang bank daripada meluluskan permohonan kad kredit anda. Lagipun, bank tidak akan tahu jika anda benar-benar dapat membayar bil anda setiap bulan jika anda sentiasa terlepas bayaran.

2. Anda mungkin tidak boleh membeli kereta atau rumah.

Bank adalah seperti rakan anda. Mereka mungkin meminjamkan wang kepada anda, tetapi reputasi anda sebagai seorang yang kedekut akan merebak jika anda “lupa” untuk membayar balik. Berhubung dengan bank, ini hanya bermakna anda tidak akan mendapat pinjaman kereta atau rumah.

Walaupun pinjaman anda diluluskan, skor kredit rendah anda mungkin menyebabkan kadar faedah yang lebih tinggi bagi menampung risiko bank untuk memberi pinjaman kepada anda. Kadar faedah yang lebih tinggi bermakna ansuran bulanan yang lebih tinggi. Ini boleh dielakkan jika anda mengekalkan skor kredit yang baik.

3. Ia mungkin menjejaskan peluang pekerjaan.

Anda mungkin tidak pernah terfikir tentang skor kredit anda apabila memohon pekerjaan – adakah sesiapa yang berbuat demikian? Anda harus berfikir mengenainya kerana bakal majikan mungkin akan menyemak kesihatan kewangan anda jika anda memohon jawatan kanan atau jawatan yang melibatkan kewangan. Jika skor kredit anda kurang memuaskan, bakal majikan mungkin menawarkan pekerjaan tersebut kepada orang lain.

Majikan inginkan seseorang yang konsisten dan boleh dipercayai, dan skor kredit buruk anda mungkin menunjukkan yang sebaliknya. Jangan ambil risiko ini.

Sebaliknya, jika anda mempunyai skor kredit yang baik, anda tidak perlu risau tentang kehilangan peluang kerja yang baik.

4. Ia mungkin menjejaskan hubungan anda.

Bayangkan anda akan berkahwin tidak lama lagi dan tidak sabar untuk memulakan kehidupan baru anda. Anda dan pasangan anda membuat keputusan untuk membeli rumah bersama-sama. Anda memohon pinjaman rumah, hanya untuk mendapati permohonan anda ditolak – kerana salah seorang daripada anda mempunyai skor kredit yang rendah dan tidak menyedarinya.

Ini mungkin akan menjejaskan hubungan anda kerana di samping tekanan persiapan perkahwinan, anda kini perlu memikirkan cara untuk memperbaiki skor kredit anda – satu proses yang akan memakan masa berbulan-bulan. Akibatnya, anda menunda membeli rumah impian anda atau memohon pinjaman peribadi supaya dapat menyatukan hutang anda.

Pasangan perlu berterus terang tentang kesihatan kredit mereka dan bekerjasama untuk meningkatkan skor kredit mereka bagi mengelakkan apa-apa kejutan yang tidak diingini pada masa hadapan.

Bank dan institusi kewangan lain akan sentiasa menggunakan kesihatan kredit anda sebagai rujukan sebelum berurusan dengan anda. Skor kredit anda adalah petunjuk baik untuk bank melihat anda sebagai pelanggan berpotensi. Untuk mengelakkan empat senario yang tidak diingini di atas, pastikan anda sentiasa mengekalkan skor kredit yang baik dengan membayar hutang bulanan anda secara konsisten.

Tidak sabar untuk mengetahui skor kredit dan menilai kesihatan kewangan anda? Lakukannya sekarang di CreditScore iMoney. Ia mengambil masa kurang dari 10 minit dan ia benar-benar percuma.

Leave your comment