Inilah Sebabnya Kenapa Anda Perlu Sentiasa Menyemak Skor Kredit Anda

Inilah Sebabnya Kenapa Anda Perlu Sentiasa Menyemak Skor Kredit Anda

Tahukah anda bahawa skor kredit menunjukkan kesihatan kewangan anda sebagai suatu nombor yang mudah difahami? Ini menjadikannya amat mudah untuk mendapat gambaran visual mengenai keupayaan anda menguruskan aliran wang keluar masuk anda.

Bukan seperti pemeriksaan kesihatan fizikal, kebanyakan orang hanya memikirkan skor kredit mereka apabila perlu memenuhi sesuatu tanggungjawab kewangan. Contohnya, apabila memohon pinjaman peribadi atau kad kredit.

Dalam kehidupan seharian mereka, nombor ini tidak diingati, malah ditolak ke ceruk belakang ingatan, tersembunyi di kalangan maklumat yang jarang digunakan seperti nombor telefon atau ulang tahun perkahwinan.

Advertisement

Walaupun demikian, mengawasi skor kredit anda secara berkala mempunyai manfaatnya. Terutama jika anda ingin meningkatkan skor bagi menambahkan peluang anda diluluskan untuk pinjaman rumah atau jika anda risau menjadi mangsa penipuan kewangan.

1. Apa yang anda dapati apabila menyemak skor kredit anda

Andaikan skor kredit anda sebagai kad laporan kewangan yang perlu disemak sekurang-kurangnya dua kali setahun. Inilah cara terbaik untuk mengetahui betapa baiknya anda mengendalikan kewangan anda.

Skor yang berkurangan mungkin menandakan kelakuan semakin melulu yang anda boleh betulkan sebelum ia menjadi masalah. Sebaliknya, skor yang meningkat boleh mendorong semangat dan menunjukkan bahawa usaha anda membawa keuntungan.

Seperti kad laporan yang betul, sesetengah laporan skor kredit juga mungkin memberikan butiran mengenai kesilapan anda. Ini mungkin termasuk sesuatu yang tidak begitu penting seperti beberapa bil yang anda terlupa bayar, atau ia mungkin menyerlahkan masalah yang lebih mendalam seperti menjadi penjamin untuk pinjaman bank selama lebih satu dekad yang telah teringkar.

2. Lindungi diri anda daripada penipuan identiti

Pernahkah anda tertanya-tanya mengapa pelanggaran data satu masalah besar? Terutamanya apabila jutaan rakyat Malaysia mendapati nombor kad pengenalan dan alamat rumah mereka telah didedahkan?

Jawapannya ialah penipuan identiti. Penjenayah siber mengambil pinjaman dan kad kredit dengan menggunakan identiti orang lain, dan kemudian membiarkan mangsa penipuan tersebut membayar bil mereka.

Sudah tentu si mangsa tidak tahu ini telah berlaku, dan akan perlu berurusan dengan bank selepas si penipu telah menghilang diri dengan keuntungan yang diperolehnya.

Sesetengah laporan skor kredit akan menyediakan senarai produk kewangan yang mempunyai nama anda pada masa ini. Ini memberitahu anda berapa banyak anda berhutang dengan mana-mana bank, dan jika anda tidak membayar apa-apa bayaran kad kredit. Ia juga akan memaklumkan anda jika terdapat sebarang ketidakteraturan; seperti kad kredit yang anda tidak ingat anda miliki atau pinjaman peribadi yang anda tidak pernah memohon.

Mendapat amaran awal boleh membantu anda menangani punca masalah ini sebelum ia menjadi terlalu besar untuk dikendalikan.

3. Tangkap apa-apa kesilapan dalam skor kredit anda

Apabila anda sentiasa menyemak skor kredit anda, anda boleh memastikan anda mengesan apa-apa kesilapan dari bank. Institusi kewangan dikendalikan oleh manusia biasa, yang kadangkalanya akan membuat kesilapan.

Anda tidak boleh menyalahkan seseorang kerana memasukkan maklumat yang salah atau lupa mengemas kini yang anda telah membayar bil anda. Namun demikian, anda boleh mengesannya dengan lebih awal dan memaklumkan mereka untuk membetulkannya.

Ini juga mungkin satu cara mudah untuk menyelesaikan masalah dengan skor kredit anda. Lagipun, ia mungkin hanya satu kesilapan perkeranian yang menyebabkan skor rendah anda.

Semak skor kredit anda dengan percuma

Kami memahami bahawa menyemak skor kredit anda bukanlah proses yang mudah. Lagipun, agensi penarafan kredit sering mengenakan caj untuk laporan; dan anda tidak mahu terus membelanjakan wang untuk semakan rutin seperti ini.

Sebaliknya, anda boleh menggunakan CreditScore iMoney. Sumber yang berguna ini membolehkan anda menyemak skor kredit anda secara percuma. Ia juga menyediakan maklumat tambahan mengenai apa yang anda lakukan dengan betul dan bagaimana anda boleh memperbaiki skor anda. Di samping itu, ia juga menyediakan pautan kepada produk yang boleh membantu anda memperbaiki kesihatan kewangan anda.

Jika laporan skor kredit adalah kad laporan dewasa anda, maka CreditScore iMoney adalah kaunselor yang memberikan nasihat dan bantuan mengenai cara anda boleh meningkatkan gred anda.

Leave your comment