Inilah Sebabnya Pinjaman Anda Ditolak Walaupun Skor Kredit Anda Baik

Inilah Sebabnya Pinjaman Anda Ditolak Walaupun Skor Kredit Anda Baik

Anda berusaha membayar bil anda tepat pada masanya setiap bulan dan sentiasa prihatin tidak melebihi had kredit demi meningkatkan kesihatan kewangan anda.

Usaha anda sehingga kini telah membuahkan hasil dan anda berjaya meningkatkan skor kredit anda. Tetapi bayangkan kejutan anda apabila mendapati permohonan pinjaman peribadi anda ditolak walaupun keadaan kewangan anda teratur.

Selepas kejutan tersebut reda, anda mungkin tertanya-tanya mengapa permohonan anda ditolak walaupun skor kredit anda amat baik.

Skor kredit yang tinggi tidak menjamin kelulusan secara automatik

Apakah skor kredit yang baik?

SkorPenarafanMakna
661 – 781KukuhRekod kredit yang cemerlang. Pelanggan ini dianggap sebagai pelanggan bank yang terbaik dan lebih berkemungkinan untuk mendapatkan kelulusan bagi produk kredit.
561 – 660BaikSkor kredit yang baik. Pelanggan ini dianggap sebagai pelanggan bank yang baik.
461 - 580WajarSkor kredit yang lebih rendah daripada  skor purata. Pelanggan ini mungkin menghadapi masalah mendapatkan kelulusan bagi produk bank.
201 - 460LemahSkor kredit yang lemah. Pelanggan ini dilihat sebagai pelanggan bank yang tidak baik.

Mungkin anda telah mencuba CreditScore iMoney dan mendapati anda mempunyai skor yang melebihi 700. Anda juga tidak menerima apa-apa notis kutipan hutang atau notis pembayaran lewat pada tahun lepas. Ini memang berita baik, tetapi ia tidak menjamin permohonan bank anda akan diluluskan.

Bank dan institusi kewangan tidak semestinya melihat skor kredit yang sama apabila menilai permohonan kredit anda. Ini adalah kerana bank juga mempunyai kaedah pemarkahan kredit dalaman mereka sendiri. Namun demikian, iMoney CreditScore anda pada amnya masih memberikan petunjuk yang baik sama ada permohonan kredit anda akan diluluskan atau tidak.

Skor kredit yang baik boleh membantu anda mencapai banyak perkara dari segi kewangan, tetapi ia harus dianggap sebagai panduan sahaja. Bank mempunyai cara yang berbeza untuk menilai permohonan pinjaman, dan betapa pentingnya sejarah kewangan masa lampau anda, sama ada baik atau buruk, akan berubah.

Penanda aras bank terhadap toleransi risiko adalah berbeza dan kriteria ini akan mempengaruhi pelaksanaan polisi kredit bank apabila anda memohon pinjaman atau meningkatkan kemudahan kredit anda.

Walaupun anda telah membeli rumah dan kereta tanpa sebarang masalah sebelum ini, permohonan untuk mendapat kemudahan kredit yang baru hari ini masih boleh ditolak.

Ingat, skor anda hanyalah satu daripada beberapa faktor yang digunakan oleh bank untuk menentukan sama ada kredit yang diminta oleh anda baru-baru ini untuk membeli kereta, rumah atau pinjaman peribadi harus dilanjutkan.

Sebab-sebab utama skor kredit yang tinggi masih boleh ditolak

Inilah sebabnya mengapa skor kredit yang baik tidak menjamin kelulusan secara automatik.

Anda perlu prihatin tentang empat perkara ini dalam profil kewangan anda yang masih boleh membawa kepada penolakan:

  • Pekerjaan
    Bank ingin mengetahui jika anda boleh mendapat wang untuk membayar balik jumlah yang anda pinjam. Salah satu cara paling baik untuk berbuat demikian adalah dengan mengetahui jika anda mempunyai pekerjaan. Jika anda tidak dapat membuktikan anda mempunyai pekerjaan ketika anda memohon pinjaman, ini boleh menyebabkan penolakan secara automatik.
  • Syarat pendapatan
    Walaupun anda dapat membuktikan anda mempunyai pekerjaan, ini boleh membawa kesan negatif jika terdapat perubahan dalam jumlah pendapatan anda. Skor kredit anda tidak menunjukkan tahap pendapatan semasa anda, bagaimanapun, bank akan memerlukan anda mengisytiharkan maklumat penting ini. Jika pendapatan anda adalah lebih rendah daripada syarat yang ditetapkan oleh bank, walaupun dengan hanya beberapa ringgit sahaja, permohonan anda boleh ditolak.
  • Nisbah khidmat hutang (DSR)
    Jika bayaran balik bulanan untuk pinjaman perumahan, kereta, kad kredit atau pelajar anda pada masa ini memakan hampir 50% daripada pendapatan bulanan anda, bank mungkin memutuskan bahawa anda mempunyai terlalu banyak hutang untuk mengambil yang baru. Bank yang berbeza menggunakan nisbah yang berbeza untuk menentukan kelulusan kredit mereka. Bank Negara mengesyorkan agar rakyat Malaysia tidak mempunyai DSR yang lebih daripada 60%.
  • Pengumpulan hutang dengan cepat
    Betapa cepat hutang anda meningkat juga boleh memberi amaran kepada bank. Petunjuk seperti ini boleh dikesan jika anda melakukan permohonan kredit berkali-kali dalam beberapa bulan kebelakangan ini. Bank mungkin melihat pengumpulan hutang dengan cepat sebagai sesuatu yang luar biasa. Mengambil terlalu banyak hutang terlalu cepat juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Walaupun anda telah menjelaskan semua perkara di atas, alasan mudah seperti sejarah kredit anda terlalu pendek atau anda tidak mempunyai pengalaman kewangan yang mencukupi juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak.

Jangan lupa untuk menyemak permohonan anda sekali lagi sebelum menghantarnya sebab kesilapan kecil juga boleh menyebabkan permohonan anda ditolak. Terlepas pandang butiran kecil seperti memberikan maklumat peribadi dengan tepat tanpa ejaan salah, atau tidak mengira dengan betul, boleh membawa kepada permohonan yang tidak lengkap atau menyebabkan bank tidak boleh mengesahkan butiran peribadi anda.

Apakah yang anda boleh lakukan selepas ini?

Loan rejectedJika permohonan anda ditolak, adalah penting anda mengambil langkah untuk mengetahui mengapa pinjaman anda tidak diluluskan.

Jika anda mempunyai salah satu profil kewangan seperti yang disenaraikan di atas, luangkan masa untuk menangani isu-isu tersebut dengan sewajarnya. Bergegas untuk memohon semula tanpa menangani masalah ini hanya akan menjejaskan lagi reputasi kewangan anda walaupun skor kredit anda masih sama.

Sebaik sahaja anda berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk memohon semula, anda juga seharusnya mengelak daripada melakukan sebarang perubahan kewangan yang besar apabila anda mengemukakan permohonan anda. Kekalkan tingkah laku perbelanjaan dan kredit yang terbaik ketika permohonan anda sedang dinilai.

Walaupun skor kredit anda bukan satu-satunya faktor yang dipertimbangkan oleh bank dalam menentukan kelayakan anda mendapat pinjaman, perlu diingati bahawa ia berfungsi sebagai petunjuk yang sangat baik terhadap peluang anda mendapat kelulusan.

Anda seharusnya menyemak iMoney CreditScore anda setiap tiga hingga enam bulan bagi memastikan anda berada di landasan yang betul dalam mengekalkan skor kredit kukuh anda.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.