Hartanah Pertama Yang Mana Patut Anda Miliki Dahulu?

buyer

Jika anda tanya kepada sesiapapun yang baru di dunia hartanah kenapa mereka masih tidak membeli rumah, kebanyakannya akan memberitahu bahawa kos untuk memiliki sebuah rumah bukanlah merupakan pelaburan yang sangat kecil. Ia melebihi kemampuan seseorang individu itu untuk memilikinya terlebih dahulu. Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang masih mengumpul dan menyimpan wang untuk memiliki rumah impian mereka sebagai hartanah pertama.

Persoalannya, patutkah anda menunggu sehingga berjaya mengumpul wang yang cukup untuk membeli rumah impian anda? Harga hartanah di Malaysia sentiasa melambung naik, banyak pembeli hartanah sendiri mempunyai masalah terhadap pemilikian rumah idaman mereka seperti berangan ingin memiliki rumah teres berkembar dua tingkat tetapi hanya mampu memiliki kondominium dua bilik tidur.

Jika anda seorang prospektif pembeli rumah kalipertama, anda mungkin menghadapi banyak keputusan yang sukar. Semua individu mempunyai pendapat yang tidak sama, di mana ada diantara mereka yang ingin membeli rumah untuk selama-lamanya dan ada yang hanya ingin membeli rumah untuk kali pertama bagi permulaan.

Tetapi secara amnya, rumah permulaan mampu membuatkan anda bahagia pada lima tahun pertama atau lebih. Atau mungkin ia sudah mencukupi  bagi seseorang individu. Sebaliknya, rumah kekal ialah merupakan rumah yang anda mungkin telah melihat diri anda apabila tinggal di situ, lebih-lebih lagi apabila sudah berkeluarga.

Masalah yang utama sekarang hanyalah wang:

Jual-beli rumah juga punya turun naik seperti kadar-kadar faedah dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Pembeli rumah kali pertama kini membeli rumah sekadar mengikut kesesuaian bajet mereka berbanding dengan kegemaran mereka. Terdapat banyak baik dan buruk yang harus dipertimbangkan, tidak kira sama ada rumah itu dijadikan sebagai rumah permulaan mahupun rumah untuk diduduki selama-lamanya.

Dapatkan rumah pertama anda

Terdapat beberapa kebaikan jika anda membeli rumah permulaan daripada membeli rumah idaman bagi kali pertama. Pertama sekali, Kadar semasa Base Lending Rate (BLR) sebanyak 6.6% (seperti Januari 2014) merupakan yang diantara terendah semenjak 10 tahun lalu. Pakar dan ahli ekonomi berpendapat kadar ini mungkin akan meningkat pada tahun ini.

Jika anda fikir kadar janji yang bagus merupakan satu perkara yang tidak cukup baik untuk anda, dan anda membuat keputusan untuk berkompromi bagi rumah pertama anda, fikir semula. Kadar jumlah pinjaman anda akan memberi kesan kepada bayaran bulanan anda dan juga jangka peminjaman anda.

Anda juga boleh memeriksa bayaran bulanan anda terhadap kadar faedah semasa yang ditawarkan oleh bank menggunakan kalkulator pinjaman rumah iMoney. Ini akan memberi idea yang lebih terang tentang bagaimana kadar-kadar faedah boleh menjejaskan kewangan anda.

Satu lagi pertimbangan yang harus diambil kira adalah penilaian harta. Membeli rumah permulaan sekarang boleh membantu anda mempercepatkan matlamat dengan menjualnya apabila harga pasaran rumah permulaan anda melambung. Ini memang selalu dilakukan oleh kebanyakkan masyarakat di Malaysia. 

Perkara yang patut anda elakkan ketika anda ingin membeli

Kekurangan terbesar dengan membeli rumah permulaan adalah apabila nilai rumah tersebut tidak melambung dan juga kesukaran untuk disewakan. Untuk mengurangkan perkara seperti ini berlaku, buat seberapa banyak kajian tentang jenis dan lokasi hartanah tersebut.

Tidak banyak individu yang berumur 30-an atau 20-an mampu memiliki rumah impian anda. Apabila harga rumah dan kos sara hidup meningkat, gaji tidak bertambah dengan kadar yang sama. Hari ini, dengan pendapatan seisi rumah bersama mungkin tidak dapat memiliki mana-mana rumah yang selesa di kawasan bandar Lembah Klang.

Menunggu sebuah rumah impian untuk selama-lamanya mungkin hanya akan menjadi satu penantian kerana harga rumah tidak akan menurun sehingga bila-bila. Sekarang, satu hartanah yang tidak mampu dibeli sekarang, mungkin juga diluar kemampuan pada masa akan datang, jika kenaikan gaji kekal di kadar yang sama.

Menyasarkan kepada pertengahan

Jadi, bagaimanakah anda membuat keputusan bagi memilih rumah pertama anda?

Untuk membuat keputusan dengan lebih mudah, pertimbangkan perbezaan harga rumah permulaan dan juga rumah impian anda. Jika perbezaan harga bagi rumah impian anda boleh dikumpul dalam jangka masa setahun, anda boleh pilih untuk menunggu sehingga wang yang diperlukan selesai di kumpul.

Tetapi jika perbezaannya adalah diantara sebuah kondiminium satu bilik berharga RM250,000 dan rumah teres dua-tingkat RM600,000, ia akan mengambil masa lebih dari lima tahun untuk anda menabung, anda boleh menyasarkan pada pertengahan.

Itu bermakna anda masih tidak mampu lagi untuk mendapatkan satu aset yang terbesar dengan jiran yang baik masa kini, tetapi anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana ataupaun mencari satu hartanah yanng lebih jauh dari pusat bandar.

Jika anda boleh mempertimbangkan sebuah kondominium bersaiz sederhana ataupun asset yang jauh dari bandar ia mungkin adalah salah sebuah asset yang boleh menjadi senarai dalam pilihan anda.

Dengan meniliti segala kriteria yang anda mahu, anda mungkin boleh menjumpai sesuatu yang berguna pada masa akan datang sebelum anda memiliki rumah idaman anda yang anda mampu miliki selamanya. Kadangkala, ia mungkin mengambil masa sebanyak dua buah rumah untuk anda mampu memiliki rumah impian anda.

Semak kemampuan perumahan anda untuk mengetahui mana harga hartanah anda mampu miliki.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image