Sangat Rugi Jika Anda Tidak Dapat Cashback Ketika Berbelanja

cash back credit card

Program cashback merupakan sebuah insentif yang memberi peluang untuk anda menerima pulangan hasil daripada setiap perbelanjaan anda. Wang yang anda berbelanja akan dapat dipulangkan semula mengikut peratus tertentu. Menarik bukan?

Anda boleh lihat terdapat banyak platform jual beli di internet dan kad kredit menawarkan cashback untuk menarik minat pembeli. Untuk memahami konsep cashback ini, lihat contoh yang berikut.

“Syarikat A menawarkan cashback sebanyak 5% jika anda berbelanja di platform jual beli yang disediakan. Jika anda berbelanja sebanyak RM1,000 di Syarikat A, anda layak menerima jumlah cashback sebanyak RM50.”

Jumlah tersebut tidaklah besar jika dibandingkan dengan perbelanjaan yang dibuat. Walaubagaimanpun, ia merupakan sebuah diskaun dan memang menguntungkan jika selalu digunakan

Kenapa anda perlu ambil peluang cashback ini?

1. Menjimatkan

Membeli-belah menjadi satu perkara yang digemari oleh ramai individu. Bahkan, dalam bahasa Inggeris fenomena ini dinamakan “retail therapy”. Ini ialah perbuatan membeli barang yang diingini bagi tujuan melepaskan tekanan.

Syarikat e-commerce seperti Lazada dan Shopee juga sentiasa membuat jualan murah mengikut musim seperti Jualan 11.11, Hari Raya, Tahun Baru Cina, dan banyak lagi.

Lebih-lebih lagi, kebanyakan kad kredit sekarang menyediakan cashback apabila membeli keperluan harian, termasuk barangan runcit dan petrol.

Aktiviti berbelanja ini memang sudah menjadi satu kebiasaan. Oleh itu, anda perlu memastikan aktiviti tersebut akan memberi penjimatan melalui program cashback ini.

2. Mudah dan cepat

Kebanyakan syarikat yang menawarkan program cashback ini tidak meletakkan syarat yang banyak untuk anda layak menerima cashback tersebut. Cukup sekadar anda membuat pembelian melalui syarikat mereka untuk menerima cashback tersebut.

Pendaftaran yang perlu dilakukan juga sangat mudah dan proses untuk anda menerima hasil cashback juga amat cepat.

3. Tanpa tunai

Program cashback ini juga wujud bagi menggalakkan pengguna melakukan pembelian tanpa tunai termasuk di kedai atau pasaraya. Semakin banyak urusan jual beli tanpa tunai dilakukan, semakin banyak jumlah cashback yang anda boleh terima.

Antara cara untuk mendapatkan cashback adalah seperti berikut:

1. Shopback

Melalui aplikasi shopback, anda boleh menerima cashback dari aktviti berbelanja di pelbagai jenis perniagaan online seperti Lazada, Shopee, 11Street, dan Fave. Kesemua syarikat tersebut menawarkan cashback yang berbeza mengikut jenis pembelian dan produk.

Anda boleh pilih pelbagai jenis perkhidmatan seperti membeli-belah, tempahan hotel dan melancong untuk mendapatkan cashback anda. Anda perlu memilih platform jualan kegemaran anda seperti Lazada melalui aplikasi Shopback. Kemudian, aplikasi tersebut akan membawa anda terus ke platform jualan tersebut untuk membeli-belah.

Lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak cashback anda akan terima. Oleh sebab itu, jika anda memang gemar untuk berbelanja di internet, anda pasti menyukai aplikasi Shopback ini.

2. E-wallet

Satu lagi cara yang boleh anda terima cashback adalah dengan menggunakan aplikasi e-wallet bagi melalukan pembayaran. Sesetengah e-wallet menyediakan cashback sebagai ganjaran kerana menggunakan perkhidmatan mereka.

Antara e-wallet tersebut adalah Fave dan Boost.

Melalui Fave, anda akan terima cashback apabila selesai membeli pakej hidangan yang ditawarkan oleh restoran dan hotel melalui aplikasi Fave ini. Selain itu, dengan hanya membuat pembayaran menggunakan e-wallet yang disediakan oleh pihak Fave, anda juga akan menerima cashback tambahan.

Manakala, Boost adalah satu e-wallet yang digunakan untuk membuat bayaran tanpa tunai di kedai terpilih di seluruh Malaysia. Anda tidak perlu risau lagi jika ingin keluar berbelanja tanpa membawa tunai kerana kebanyakan kedai sudah menerima pembayaran melalui Boost.

Jika anda membuat pembayaran melalui e-wallet Boost ini, anda boleh menerima cashback yang ditawarkan mengikut promosi semasa. Beli barang dan produk yang sama, tetapi cara bayaran yang berbeza menyebabkan anda mendapat keuntungan yang berganda.

3. Kad kredit

Pihak bank menyediakan cashback bagi mereka yang membuat bayaran melalui kad kredit. Ini bagi menggalakan penggunaan kad kredit mereka, dan memberi penjimatan bagi pelanggan.

Cashback dari kad kredit akan berubah berdasarkan bayaran yang dibuat. Contohnya, bayaran petrol akan mendapat cashback sebanyak 10%, manakala pembelian pakaian akan mendapat cashback 2%.

Tidak semua kad kredit mendapat cashback, dan anda disarankan bagi berhati-hati apabila memohon kad kredit baru. Anda juga perlu mengetahui bahawa kesemua cashback dari kad kredit mempunyai had tertentu. Jadi, anda tidaklah boleh berbelanja sesuka hati.

Musim puasa dan perayaan yang bakal tiba pasti membuatkan anda mula merancang untuk berbelanja dengan banyak. Pastikan setiap perbelanjaan anda boleh menghasilkan cashback yang banyak.

Selain dari contoh diatas, terdapat banyak lagi peluang cashback yang anda boleh terima. Pastikan setiap perbelanjaan yang anda keluarkan adalah berbaloi dan menguntungkan.

Walaupun jumlah cashback yang anda terima bagi setiap pembelian adalah sedikit, tetapi jumlah tersebut jika dikumpulkan untuk jangka masa panjang akan lebih lumayan.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image