Cara Membayar Zakat Fitrah Semasa PKP

Cara Membayar Zakat Fitrah Semasa PKP

Ramadan yang mulia sudah tiba dan seperti yang difardhukan ke atas setiap umat Islam, membayar zakat adalah salah satu cara bagi umat Islam untuk menyucikan harta dan ia juga merupakan suatu bentuk sedekah yang dituntut dalam rukun Islam yang kelima. Kini tiba waktunya untuk membayar Zakat Fitrah bagi yang berkemampuan.

Kebiasaannya pembayaran ini dilakukan bersama wakil zakat yang dikenali sebagai amil di kaunter zakat yang berdekatan. Bagaimanapun, situasi pandemik COVID-19 telah mengubah cara lama untuk membayar zakat. Oleh itu, pelbagai cara alternatif telah diperkenalkan untuk membayar zakat di dalam norma baharu.

Cara Membayar

Kebanyakkan Majlis Agama Islam telah mewakilkan sejumlah amil untuk memudahkan pembayaran zakat. Pembayaran dalam talian juga telah diperkenalkan untuk memastikan rakyat mengekalkan jarak sosial semasa melakukan pembayaran zakat.

Advertisement

Tambahan pula, terdapat pelbagai cara untuk membayar zakat fitrah melalui telefon pintar. Semua negeri di Malaysia telah memperkenalkan aplikasi baharu, atau menggunakan kaedah alternatif yang sedia ada. Ini memberikan anda fleksibiliti untuk melakukan pembayaran zakat.

Sebagai peringatan, tidak semua negeri mempunyai kaedah yang sama; sesetengah negeri mempunyai kaedah yang lebih menyeluruh berbanding yang lain.

Negeri Johor dan Pahang telah melarang pembayaran zakat dilakukan secara fizikal. Ini bermaksud, mereka yang bermastautin di negeri tersebut harus melakukan pembayaran zakat melalui pembayaran dalam talian.

NegeriAmil FitrahPortal WebMyEGLain-lain
JohorTiadahttps://epayment.maij.gov.my/TiadaSnapNPay, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
KedahAdahttps://jom.zakatkedah.com.my/TiadaApp Zakat On Touch, Boost
KelantanAdahttps://zakat.e-maik.my/TiadaPembayaran MyMaik eZakat, SMS, SnapNPay, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
MelakaAdahttps://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah TiadaQRPay Bank Muamalat
Negeri SembilanAdahttps://www.zakatns2u.biz/fitrah/TiadaApp ZakatN9, SnapNPay, JomPay, Boost, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
PahangTiadahttps://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah/TiadaBoost
PerakAdahttps://ezakat.maiamp.gov.my/TiadaMaybank QRPay, SnapNPay, GoPayZ
PerlisAdahttps://www.maips.gov.my/index.php?lang=msTiadaSnapNPay, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
PenangAdahttps://zakatpenang2u.com/Home/Landing?ReturnUrl=%2FTiadaGoPayZ, JomPay, SnapNPay, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
SelangorAdahttps://fpx.zakatselangor.com.my/v2/AdaGoPayZ, Boost, Pos Online
TerengganuAdahttp://www.maidam.gov.my/index.php/ms/TiadaSnapNPay, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
SabahAdahttps://appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.phpAdaSnapNPay, JomPay, Boost, Tulus - Zakat & app Sedekah Online
SarawakAdahttps://pelanggan.tbs.org.my/ AdaSnapNPay, Tulus - Zakat, app Sedekah Online
Wilayah PersekutuanAdafitrah.zakat.com.myAdaPay Halal, Pos Online, U Mobile, Boost, Tulus - Zakat & app Sedekah Online

Bagaimanakah Zakat Fitrah dikira?

Pembayaran zakat adalah berdasarkan makanan ruji mengikut negeri-negeri masing-masing; bagi situasi kita iaitu berat beras yang berjumlah 2.6kg; ini bersamaan sebanyak RM7 seorang di dalam satu rumah. Walaubagaimanapun , jumlah ini lebih rendah di Wilayah Persekutuan.

Sesetengah Majlis Agama Islam telah memperkenalkan pembayaran zakat fitrah yang berbeza bergantung kepada kualiti beras yang dibelanjakan mengikut rumah masing-masing. Maksudnya, jika anda mampu untuk membeli beras yang berkualiti tinggi, anda digalakkan memberi sedekah yang lebih besar kepada mereka yang memerlukannya.

Sebagai contoh, berikut adalah cara pengiraan zakat fitrah di Negeri Selangor:

Beras Tempatan Gred ARM7
Beras Wangi/ImportRM14
Beras Basmathi/JepunRm21

Bagaimanapun, anda tidak dipaksa membuat pembayaran mengikut kategori beras anda. Sebaliknya, anda digalakkan untuk bersedekah mengikut keikhlasan diri sendiri.

Jumlah bayaran Zakat Fitrah

(Berikut adalah pembayaran yang tersedia mengikut negeri)
JohorRM7RM10
KedahRM7RM14RM21
KelantanRM7RM14*RM21*
MelakaRM7RM14
Negeri SembilanRM7
PahangRM7
PerakRM7RM14RM21
PerlisRM7
PenangRM7RM12RM16
SelangorRM7RM14RM21
TerengganuRM7
SabahRM7
SarawakRM7
Wilayah PersekutuanRM5RM7RM14

*Tidak diwajibkkan, tetapi Negeri Kelantan menggalakkan penduduknya untuk membayar sebanyak RM14 atau RM21 bagi mereka yang berkemampuan.

Bilakah anda harus membayar Zakat Fitrah?

Adalah diwajibkan kepada ketua keluarga untuk membayar zakat fitrah di antara waktu matahari terbenam pada hari terakhir Ramadhan dan matahari terbit pada hari pertama Syawal. Akan tetapi, pembayaran zakat juga boleh dilakukan pada sepanjang bulan ramadhan.

Yang pentingnya, anda harus membuat pembayaran zakat sebelum solat Hari Raya pada hari pertama Syawal.

Pembayaran Zakat semasa PKP

Zakat fitrah tahun ini semestinya penting untuk membantu mereka yang tidak bernasib baik semasa pandemik COVID-19. Setakat ini, Lembaga Zakat Selangor telah memperuntukkan sebanyak 28 Juta kepada penerima asnaf fakir, miskin dan mualaf di seluruh Selangor.

Pembayaran dalam talian sangatlah digalakkan pada tahun ini, walaupun masih banyak negeri yang menggunakan kaedah lama. Tanpa mengira jumlah baharu kes positif, kita semua digalakkan untuk mencegah penularan COVID-19.

Leave your comment