5 Sebab Mengapa Anda Perlu Dapatkan Insurans Sebelum Mencapai Umur 35 Tahun

5 Sebab Mengapa Anda Perlu Dapatkan Insurans Sebelum Mencapai Umur 35 Tahun

Sebut sahaja perkataan ‘insurans’ dan ia cukup untuk membuat kebanyakan orang muda berasa jengkel. Ia dianggap sebagai satu proses membosankan yang melibatkan banyak kertas kerja dan wang. Selain itu, orang muda, terutamanya graduan baru, lebih menumpukan perhatian mereka kepada perkara lain seperti mendapatkan telefon pintar terkini, membeli kereta, melabur dalam rumah, dan mendapat pekerjaan dengan gaji baik supaya mampu membayar semua yang tersebut.

Orang muda biasanya mempunyai kesihatan yang baik dan tidak selalunya jatuh sakit. Ini menyebabkan mereka tidak begitu memberi keutamaan kepada perlindungan insurans seperti insurans nyawa dan kesihatan. Kebanyakan masanya, mereka juga mempunyai ibu bapa yang sentiasa membantu mereka di samping menyediakan wang sewaktu kecemasan, oleh itu mereka tidak terfikir mereka perlu mendapatkan insurans kesihatan untuk diri mereka sendiri.

Sesetengah daripada mereka mungkin menganggap insurans sebagai perbelanjaan tidak diperlukan yang akan memakan sebahagian daripada wang simpanan mereka. Yang lain pula mungkin berpendapat mereka tidak perlukan insurans sehingga tempoh lebih lewat dalam hidup mereka. Tambahan pula, ia tidak wajib bagi rakyat Malaysia untuk mendapatkan insurans kesihatan berbanding negara lain seperti Amerika Syarikat di mana semua warganegara dan penduduk sah wajib memiliki sekurang-kurangnya satu pelan insurans kesihatan asas.

Walau bagaimanapun, kejadian di mana anda dikejarkan ke hospital dalam ambulans boleh berlaku, dan dalam keadaan ini, perkara terakhir yang anda ingin risaukan adalah bagaimana anda mampu mambayar bil hospital yang mencecah beberapa ratus ribu. Kemalangan dan tragedi boleh berlaku pada bila-bila masa, terutamanya apabila anda tidak menjangkanya, sebab itulah ia penting untuk mendapat insurans seawal yang mungkin. Penyelidikan juga menunjukkan bahawa Malaysia sedang mengalami inflasi peningkatan dua digit dalam penjagaan kesihatan. Ini bermakna bil perubatan mungkin lebih mahal daripada apa yang anda mampu bayar.

Sebelum ditimpa musibah, berikut adalah beberapa sebab mengapa ia adalah penting untuk mendapatkan insurans perubatan seawal mungkin, sebaik-baiknya sebelum umur 35 tahun:

1. Ia lebih murah untuk bermula awal

Pelan dan pakej insurans adalah berbeza mengikut umur anda. Pada asasnya, jika anda lebih muda, anda akan mendapat tawaran yang lebih baik, iaitu perlindungan yang lebih baik pada harga yang lebih murah. Apa yang dimaksudkan dengan ini? Anda membayar harga lebih rendah untuk pelan insurans apabila anda berumur 24 tahun berbanding ketika anda berumur 34 tahun.

2. Jangan biarkan tempoh menunggu bagi insurans menjejaskan bila anda boleh melakukan tuntutan bil

Sama seperti semua insurans, tempoh menunggu disediakan untuk semua polisi insurans, tidak kira umur. Tempoh menunggu ini merujuk kepada tempoh masa yang mesti berlalu seperti yang dinyatakan dalam polisi anda sebelum sebahagian atau semua perlindungan kesihatan/ perubatan anda boleh bermula.

Oleh itu, ia akan memanfaatkan anda jika anda mendaftar awal untuk mendapat insurans kerana sekiranya berlaku sebarang kecemasan, anda telah melalui tempoh menunggu tersebut dan layak mendapat manfaat dengan serta-merta.

Sesetengah polisi mempunyai tempoh menunggu selama 90 hari manakala yang lain mungkin sehingga dua tahun. Ini tidak sesuai terutamanya jika anda didiagnosis dengan penyakit yang akan melibatkan rawatan mahal semasa tempoh menunggu.

3. Anda layak mendapat perlindungan yang lebih komprehensif

Apabila melabur dalam insurans, kita semua inginkan pelan yang paling baik dan paling murah untuk diri kita sendiri. Anda mempunyai senarai kriteria yang anda inginkan dalam insurans perubatan anda, seperti perlindungan yang lebih tinggi dengan premium tahunan yang paling rendah, dan pelan fleksibel yang berubah mengikut keperluan anda dan juga keadaan lain dalam kehidupan anda.

Apabila anda lebih muda dan lebih sihat, lebih banyak pilihan disediakan untuk anda, dan anda boleh memilih segala yang anda inginkan untuk pelan perubatan anda. Apabila umur anda semakin meningkat, anda akan lebih mudah diserang penyakit. Ini bermakna anda mempunyai pilihan insurans yang lebih terhad dan mungkin perlu mengambil apa-apa pelan yang ditawarkan oleh syarikat insurans kepada anda. Premium insurans akan bertambah apabila umur anda semakin meningkat, dan sesetengah penyakit mungkin tidak dimasukkan jika keadaan kesihatan anda tidak begitu baik. Amat penting bahawa anda tidak menunggu!

4. Dapatkan perlindungan awal daripada penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup

Gaya hidup kita sentiasa berubah – masa sekarang tidak sama seperti masa 20 hingga 30 tahun yang lalu. Kebanyakan golongan profesional hari ini mempunyai gaya hidup tidak aktif yang menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada penyakit seperti hipertensi, obesiti, dan banyak lagi. Generasi muda juga menjalani gaya hidup yang tidak sihat di mana mereka lebih memakan makanan remeh dan semakin terdedah kepada pencemaran. Ini boleh membawa kepada banyak masalah kesihatan seperti kanser paru-paru, arteri tersumbat, serangan jantung, dan sebagainya.

Pada zahirnya, ini tidak kelihatan sebagai suatu masalah besar. Lagipun, bukankah semua orang memakan makanan remeh? Dan bukankah semua orang juga kadangkalanya akan terdedah kepada karbon monoksida? Ini sememangnya betul, tetapi setiap orang mempunyai tubuh badan yang berbeza dengan sistem imun yang berbeza untuk melawan penyakit. Ketika anda masih muda, anda merasa kebal dan dapat pulih dengan cepat apabila anda jatuh sakit. Namun demikian, apabila umur anda semakin meningkat, badan anda tidak akan pulih pada kelajuan yang sama. Anda tidak tahu bila sistem imun anda akan gagal. Memandangkan ini, lebih baik anda dapatkan insurans seawal yang anda boleh. 

5. Dapatkan ganjaran dengan bonus tanpa tuntutan

Kebanyakan jenis insurans, termasuk insurans kereta, menawarkan bonus tanpa tuntutan kepada pelanggan mereka. Pada asasnya, bonus tanpa tuntutan adalah ganjaran yang ditawarkan kepada anda oleh syarikat insurans kerana tidak melakukan sebarang tuntutan sepanjang tempoh masa tertentu.

Sebagai contoh, jika anda telah membayar jumlah tertentu bagi premium anda dan tidak melakukan sebarang tuntutan dalam tempoh lima tahun, anda layak mendapat rebat tunai tanpa tuntutan. Beberapa syarikat juga menawarkan ganjaran dan manfaat khas jika anda tidak melakukan apa-apa tuntutan untuk tempoh masa tertentu. Oleh itu, lebih awal anda bermula, lebih baik bagi anda kerana anda mungkin tidak perlu membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda untuk beberapa tahun, justeru membolehkan anda mengambil kesempatan daripada bonus tanpa tuntutan.

Jadi, mengapa anda masih menunggu? Anda boleh mendapatkan insurans dengan begitu mudah sekali. Kunjungi laman web perbandingan kewangan seperti iMoney untuk mendapatkan polisi yang terbaik bagi anda!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.