Kerja Sambilan: Uber Atau GrabCar Lebih Lumayan?

Uber vs grab

“Saya memang gemar menghabiskan masa memandu bersendirian di jalan raya sambil terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.” Ayat seperti ini pasti tidak pernah diucapkan oleh sesiapa.

Berdasarkan satu tinjauan terkini yang dijalankan oleh GlobalWebIndex, 55% daripada 1,050 orang warga Malaysia yang telah mengambil bahagian, mengatakan bahawa mereka menghabiskan lebih banyak masa dalam kesesakan lalu lintas berbanding tahun lepas.

Oleh itu, mana-mana perkhidmatan pengangkutan awam yang sesuai, selamat digunakan serta yang mengenakan tambang yang berpatutan menjadi sesuatu yang amat bermanfaat dan dihargai oleh warga Malaysia. Ini adalah kerana tiada sesiapa pun yang ingin berada di belakang stereng kereta, berhimpit-himpit dengan kenderaan lain, pada setiap hari. Jadi, adakah jalan lain yang lebih baik untuk menjana pendapatan sampingan selain menawarkan perkhidmatan yang diperlukan oleh kebanyakan warga Malaysia?

Dengan pelancaran Uber dan Grab di Malaysia tidak lama dahulu, warga Malaysia kini boleh memanfaatkan kedua-dua platform tersebut untuk memperoleh pendapatan sampingan.

Anda tidak perlu berhenti kerja untuk menjadi pemandu Uber atau GrabCar. Namun, disebabkan masa yang terbatas, anda perlu mengetahui syarikat manakah yang akan membayar lebih untuk masa yang anda luangkan bagi melakukan kerja sambilan tersebut.

Syarikat yang manakah membayar kadar tambang & komisen yang lebih tinggi?

Di sini kami memaparkan perbandingan kadar tambang dan komisen antara UberX dengan GrabCar Economy:

UberX
GrabCar
Economy
Komisen
25%
20%
Kadar tambang asas
RM0.95
RM1.00
Kadar tambang bagi setiap KM
RM0.60
RM1.10
Kadar tambang bagi setiap minit
RM0.25
RM0.00
Tambang baru adalah untuk:
1) Hari-hari minggu di luar waktu puncak (Isnin-Jumaat): semua jam kecuali 6:00 pagi -10:00 pagi & 5:00 petang - 8:00 petang.
2) Sepanjang hari hujung minggu (Sabtu dan Ahad): 12 pagi - 11:59 pagi

 

Berdasarkan struktur tambang asas di atas, tanpa mengambil kira kadar tambang bagi setiap minit, GrabCar ialah pilihan yang lebih menguntungkan dalam keadaan trafik yang lancar (dalam erti kata lain: bukan waktu puncak). Namun, keadaan trafik yang lancar bukanlah suatu kelaziman di Lembah Kelang. Oleh itu, UberX mungkin platform yang lebih sesuai untuk memperoleh pendapatan yang lebih tinggi apabila anda membawa penumpang dalam keadaan trafik yang sesak dan bergerak perlahan.

Satu lagi perbezaan yang ketara antara kedua-dua platform ini ialah amalan kenaikan harga tambang oleh Uber apabila ramai orang sedang mencuba untuk menempah kenderaan Uber pada masa yang sama. Hal ini menyebabkan kadar tambang naik secara mendadak, lazimnya untuk tempoh beberapa minit.

Pemandu Uber mungkin dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi jika membawa penumpang pada waktu puncak, iaitu ketika kenaikan harga tambang biasanya akan berlaku. Namun begitu, harus kamu ingati bahawa Uber mengenakan caj komisen yang lebih tinggi, iaitu sebanyak 25%, berbanding kadar komisen sebanyak 20% sahaja yang dikenakan oleh GrabCar.

Bagaimana pula dengan pendapatan yang dapat diperoleh berdasarkan jarak perjalanan dan tempoh perjalanan yang sama bagi kedua-dua UberX dan GrabCar Economy?

Jadual di bawah menunjukkan butiran maklumat tentang satu perjalanan antara Pusat Membeli-Belah 1 Utama dan KL Sentral. Jarak perjalanan melalui Lebuhraya LDP dan SPRINT ialah 14.3km.

Waktu bukan puncak dengan trafik lancar - kira-kira 21 minit

UberX
GrabCar Economy
Kadar tambang asas
RM0.95
RM1.00
Kadar tambang bagi setiap KM
14.3km x RM0.60
= RM8.58
14.3km x RM1.30
= RM15.73
Kadar tambang bagi setiap minit
21 mins x RM0.25
= RM5.25
RM0.00
Jumlah pendapatan sebelum komisen
RM0.95 + RM8.58 + RM5.25
= RM14.78
RM1.00 + RM15.73
= RM16.73
Jumlah pendapatan selepas komisen
RM14.78 – 25%
= RM11.09
RM16.73 – 20%
= RM13.38
Waktu puncak dengan trafik yang sesak – kira-kira 40 minit

UberX
GrabCar Economy
Kadar tambang asas
RM0.95
RM1.00
Kadar tambang bagi
setiap KM
14.3km x RM0.60
= RM8.58
14.3km x RM1.30
= RM15.73
Kadar tambang bagi
setiap minit
40 minit x RM0.25
= RM10.00
RM0.00
Jumlah pendapatan sebelum komisen
Tanpa kenaikan harga
RM0.95 + RM8.58 + RM10.00
= RM19.53

Dengan kenaikan harga (1.5 kali)
RM19.53 x 1.5
= RM29.30
RM1.00 + RM15.73
= RM16.73
Jumlah pendapatan selepas komisen
Tanpa kenaikan harga
RM19.53 – 25%
= RM14.65

Dengan kenaikan harga (1.5 kali)
RM29.30 – 25%
= RM21.97
RM16.73 – 20%
= RM13.38

GrabCar menawarkan kadar tambang rata yang tidak mengambil kira keadaan kelancaran trafik. Jumlah tambang dipaparkan pada aplikasinya, dan pengiraan di atas hanyalah sebagai panduan sahaja.

Berdasarkan pengiraan mudah di atas, ternyata GrabCar merupakan pilihan yang lebih menguntungkan jika anda dapat membuat komitmen untuk memandu pada waktu bukan puncak, iaitu ketika keadaan trafik sedang lancar. Namun, sekiranya anda mempunyai pekerjaan tetap pada waktu pejabat (dari 9 pagi hingga 5 petang), besar kemungkinan anda hanya dapat meluangkan masa untuk memandu pada waktu pagi dan pada waktu puncak di sebelah petang.

Jika demikian halnya, ternyata Uber ialah pemenangnya.

Bagaimana pula dengan insentif pemandu?

Pemandu yang bekerja untuk Uber dan GrabCar bukan setakat memperoleh pendapatan melalui tambang selepas komisen ditolak. Syarikat-syarikat ini juga menawarkan insentif kepada pemandu mereka, dan daripada insentif inilah pemandu mereka dapat memperoleh pendapatan yang tinggi.

Cara pemberian insentif ini agak rumit, dan anda perlu menyusun strategi dengan teliti tentang masa bekerja anda supaya dapat mengumpul pendapatan yang paling tinggi.

Insentif UberX Peringkat 1

Jadual di atas menunjukkan insentif Peringkat 1 untuk pemandu UberX, setakat pada bulan Mei 2016. Seperti yang anda dapat lihat, insentif yang diberi berbeza mengikut waktu bekerja yang berlainan, dan insentif yang tertinggi diberi pada waktu puncak pagi, iaitu sebanyak RM30 bagi setiap jam.

Sekarang, mari kita lihat pula tawaran yang diberikan oleh GrabCar:

Bagi melayakkan diri untuk mendapat insentif daripada kedua-dua platform, para pemandu harus memenuhi kriteria seperti di bawah:

UberX
GrabCar Economy
Tambang mingguan
minimum untuk
layak ke Peringkat 1
RM500
RM1,115
Kadar penerimaan
perjalanan
90%
80%
Purata penilaian
pemandu
4.3 bintangs
4.3 bintang
Kadar pembatalan
pemandu
Tidak berkenaan
Tidak melebihi 12%
Kadar perjalanan
lengkap
Sekurang-kurangnya 1
hingga 1.25 perjalanan bagi
setiap jam
Mencapai 40%
tugasan waktu bonus
dalam seminggu
di kawasan yang
sesak
.
Lokasi yang terlibat
Mengambil 50% pelanggan
dari Kawasan Servis Utama
meliputi Mont Kiara, Petaling
Jaya, Segitiga Emas dan
lain-lain.
KLIA, KLIA2 dan
Lembah Klang (kecuali
Cyberjaya)

GrabCar Economy mempunyai terma tambahan seperti kadar pembatalan pemandu mestilah tidak melebihi 12%. Namun, tempahan yang dibatalkan oleh pelanggan tidak akan memberikan kesan kepada kadar pembatalan mingguan pemandu. Perjalanan yang diambil kira untuk pembayaran insentif adalah berdasarkan pengiraan penumpang mingguan yang unik.

Ya, nampaknya terdapat agak banyak terma dan syarat untuk dipenuhi bagi kedua-dua Uber dan GrabCar. Perbezaan yang dapat dilihat dengan jelas ialah UberX memberikan insentif mengikut jam, manakala GrabCar Economy pula mengikut bilangan perjalanan/tugasan.

Sekarang, mari kita perhatikan bagaimana insentif ini dapat memberikan kesan terhadap pendapatan anda dengan memfokuskan pada waktu paling bernilai dalam sehari, iaitu waktu puncak pada sebelah pagi. Disebabkan syarat tambang minimum lebih tinggi yang dikenakan oleh GrabCar, kita akan membandingkan kadar insentif Peringkat 2 GrabCar dengan kadar Peringkat 1 Uber:

UberX
GrabCar Economy
Jumlah jam
Isnin – Jumaat
6 pagi – 10 pagi
Isnin – Jumaat
6 pagi – 10 pagi
Kadar
Peringkat 1:
RM30/jam
Peringkat 2
(Isnin-Khamis):
RM21/perjalanan

Peringkat 4 (Jumaat):
RM16/perjalanan
Jumlah perjalanan
dalam sehari
1.5 perjalanan × 4 jam
= 6 perjalanan
1.5 perjalanan x 4 hours
= 6 perjalanan
Jumlah pendapatan
daripada tambang
dalam sehari
RM14.10* x 6 perjalanan
= RM84.60
RM15* x 6 perjalanan
= RM90
Jumlah insentif dalam
sehari
Insentif kasar
(Isnin - Jumaat):

4 jam × RM30
= RM120

Insentif bersih:
(RM120 - RM84.60) - 25%
= RM26.55
Insentif kasar:
Isnin - Khamis:
6 perjalanan x RM21
= RM126
Jumaat:

6 perjalanan x RM16
= RM96

Insentif bersih:
Isnin - Khamis: RM126 - RM90
= RM36
Jumaat:
RM96 - RM90
= RM4
Jumlah pendapatan
daripada tambang
dalam sebulan
RM84.60 x 20 hari
= RM1,692
RM90 x 20 hari
= RM1,800
Jumlah insentif
dalam sebulan
RM26.55 x 20 hari
= RM531
Isnin - Khamis:
RM36 x 16 hari^
= RM432
Jumaat:
RM4 x 4 hari^
RM16

Total

RM432 + RM16
= RM448
Insentif tambahan
Tambahan RM100 untuk
100 perjalanan
Tambahan RM50 untuk
25 perjalanan
Jumlah = RM150
Tiada
Jumlah pendapatan
dalam sebulan
RM1,692 + RM531 + RM150
= RM2,373
RM1,800 + RM448 = RM2,248
* Andaian pendapatan bagi setiap perjalanan ialah sebanyak RM18.80 (sebelum komisen ditolak).
^ Berdasarkan contoh ini, pemandu GrabCar hanya layak untuk mendapatkan insentif Peringkat 4 untuk Hari Jumaat

 

Memandangkan Uber mempraktikkan kenaikan harga ketika permintaan tinggi, mari kita andaikan bahawa kenaikan harga purata sebanyak 1.3x dikenakan pada setiap Isnin hingga Jumaat, antara 6 pagi hingga 10 pagi. Seorang pemandu Uber boleh memperoleh pendapatan tambahan sebanyak RM508 (RM1,692 × 1.3 = RM2,200)!

Grabcar pula tidak mengamalkan kenaikan harga dan hanya mengenakan kadar rata, tanpa mengambil kira keadaan trafik atau jumlah permintaan. Tanpa kenaikan harga bagi kedua-dua syarikat, pendapatan Grabcar mengatasi Uber sebanyak kira-kira 3.3%.

Berdasarkan contoh yang diberikan di atas, pendapatan pemandu pada hari Jumaat hanya layak untuk mendapatkan insentif Peringat 4, kerana pemandu perlu mengumpul tambang sekurang-kurangnya sebanyak RM180 untuk layak menerima insentif Peringkat 2 GrabCar.

Bagi mencapai tujuan itu, anda perlu membuat enam perjalanan tambahan (12 perjalanan dalam sehari) pada hari Jumaat. Anda perlu bekerja lebih masa pada hari Jumaat dan hujung minggu untuk mencapai sasaran tambang hari Jumaat. Jika anda mampu mencapainya, anda boleh mendapat insentif tambahan sebanyak 28% bagi Grabcar, manakala dengan UberX pula pertambahan waktu bekerja yang sama hanya memberikan anda tambahan sebanyak 3.5%.

UberX
GrabCar Economy
Jumlah pendapatan
bulanan untuk
Isnin - Khamis
RM1,778.40
RM1,872
Jumlah pendapatan
setiap Jumaat
RM14.10* x 12 perjalanan
= RM169.20
RM15* x 12 perjalanan
= RM180
Jumlah insentif
setiap Jumaat
Jumlah jam
(12/1.5 perjalanan) = 8 hours

Insentif kasar:
4 jam x RM30# = RM120
4 jam x RM12^ = RM48
Jumlah = RM168

Oleh kerana jumlah insentif kasar
lebih kurang daripada pendapatan,
tiada top-up tambahan di atas jumlah
pendapatan.

12 perjalanan x RM21
= RM252

Jumlah insentif
RM252 - RM180
RM72
Jumlah pendapatan
dalam sebulan
(RM169.20 x 4 Jumaat) + RM1,778.40
= RM2,455.20

Jumaat:
(RM180 + RM72) x 4 Jumaat
=RM1,008

Jumlah pendapatan =

RM1,008 + RM1,872
= RM2,880
* Andaian pendapatan bagi setiap perjalanan ialah sebanyak RM18.80 (sebelum komisen ditolak).
# Andaian 4 jam pertama untuk UberX adalah di antara 6 pagi dan 10 pagi, dengan jaminan pendapatan sebanyak RM30 bagi setiap jam.
^ Andaian perjalanan tambahan bagi UberX ialah antara jam 9 malam hingga 1 pagi dengan jaminan pendapatan sebanyak RM12 bagi setiap jam.

 

Satu lagi perbezaan ketara antara GrabCar dan Uber ialah, Uber memberikan insentif kepada pemandunya mengikut jumlah jam bekerja, manakala GrabCar pula mengikut bilangan perjalanan yang unik. Uber turut memotong 25% daripada insentif sebagai komisen, yang menyebabkan insentif mereka menjadi jauh lebih rendah. Kedua-dua ciri ini menjadikan insentif GrabCar lebih menarik. Bagi memanfaatkan struktur insentif ini sepenuhnya, pemandu GrabCar boleh membuat lebih banyak perjalanan jarak pendek untuk mendapatkan insentif yang lebih banyak.

Faktor-faktor lain

iMoney sentiasa mementingkan nilai. Begitulah anda juga harus meletakkan nilai yang sewajarnya pada kerja sambilan yang anda lakukan.

Jika anda terpaksa pening kepala hanya untuk menikmati pendapatan tambahan sebanyak RM50, usaha anda tidak berbaloi. Jadi, selain melihat jumlah pendapatan yang mungkin boleh anda peroleh, anda seharusnya juga mempertimbangkan faktor-faktor lain apabila memandu untuk Uber dan Grab.

Penilaian penumpang

Kadang-kadang kita bertemu dengan pemandu yang teruk. Pada masa yang lain, kita bertemu pula dengan penumpang yang teruk. Keadaan begini bersifat dua hala, dan Uber sedar akan perkara ini. Untuk melindungi pemandu yang bekerja untuknya, aplikasi ini membolehkan penumpang dan pemandu memberikan penilaian antara satu sama lain.

Sementara itu, GrabCar pula hanya membolehkan penumpang sahaja yang menilai pemandu. Pemandu Uber boleh melihat dahulu penilaian terhadap seseorang penumpang sebelum memutuskan sama ada untuk menerima sesuatu tugasan.

Destinasi

Satu kekurangan Uber ialah pemandunya tidak dapat melihat destinasi yang perlu dituju sebelum menerima sesuatu tugasan. Hal ini menyukarkan pemandu untuk merancang perjalanan dan pendapatan mereka ketika berada dalam talian.

Tidak seperti Uber, GrabCar memberi anda maklumat tentang destinasi penumpang, untuk membolehkan anda membuat anggaran tambang dan mengelakkan destinasi yang membuatkan anda berasa tidak selesa. Hal ini dapat memberikan gambaran yang lebih jelas tentang strategi pemanduan yang perlu anda gunakkan.

Dengan kos sara hidup yang tinggi pada hari ini, setiap ringgit perlu diambil kira. Untuk terus mampu menjalani gaya hidup yang selesa, anda mungkin memerlukan kerja sambilan untuk memperoleh pendapatan sampingan. Memandu untuk Uber ataupun Grab boleh menjadi jawapannya.

Selain menganalisis jadual pendapatan dan kadar tambang, anda juga wajar mempertimbangkan sama ada pendapatan yang anda peroleh akan dapat menampung semua kos petrol dan penyelenggaraan kereta anda.

Memandangkan tambang dan insentif bagi kedua-dua platform berubah-ubah mengikut masa, anda perlu mempertimbangkan platform yang lebih memberikan nilai kepada masa anda.

Jika anda pernah atau masih lagi menjadi pemandu Uber atau Grab, kongsilah pendapat anda dalam bahagian komen di bawah tentang sama ada kerja sampingan ini berbaloi untuk dilakukan!

 

Diterjemahkan oleh Noraida Harun, penterjemah bebas, Proofreader United
Diterbit Sep 19, 2016

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image