iMoney.my Learning Centre
  • All Categories

    All Categories

    Close
    English
    • Latest Articles
    • Go to iMoney.my
    • Personal Loan
    • Life Insurance
    • Broadband
    • Medical Insurance
    • Credit Cards
    • Travel Insurance
    • Money Management
    • Auto Insurance
    • Properties
    • Takaful
    • Autos
    • Entrepreneur
    • Investment
    • Tax
    • CreditScore
    • Budgeting
    • Career
    • Lifestyle
    • News Updates
    Malay
    • Artikel Terkini
    • Pinjaman Peribadi
    • Kad
    • Insurans
    • Simpanan Tetap
    • Pinjaman Perumahan
    • Pinjaman Kereta
    • Pengurusan Kewangan
    • Pelaburan
    • Gaya Hidup
    • Infografik
    • Kemasyhuran & Kekayaan
  • Money Management
  • Investment
  • Insurance
  • Cards
  • Guides
  • Online Shopping Guide
  • Go to iMoney.my
Home › Latest Articles › Infografik › Golongan Milenial Malaysia Didapati Melakukan Kesilapan Wang Ini

Golongan Milenial Malaysia Didapati Melakukan Kesilapan Wang Ini

August 9, 2019
CreditScore, Infografik, Infographic
Share this!
  • Share
  • Tweet
  • Email
  • WhatsApp

Written by iMoney Editorial Illustration by Bryan Chai

Golongan belia dalam lingkungan umur 20-an dan 30-an membentuk sebahagian besar rakyat Malaysia, oleh itu, tenaga kerja hari ini serta pilihan kehidupan dan tabiat kewangan mereka mempunyai impak yang besar terhadap ekonomi dan masyarakat.

Mereka dikenali sebagai generasi milenial atau Generasi Y. Rakyat Malaysia yang dilahirkan dari tahun 1981 hingga 1996 dianggap berada dalam kategori ini.

Banyak yang telah diperkatakan tentang tabiat, pemikiran dan pilihan mereka secara kolektif tetapi satu faktor yang akan memberi kesan meluas adalah bagaimana generasi ini menguruskan kewangan mereka.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Institut Kewangan Asia, golongan milenial di Malaysia menghadapi masalah hutang yang semakin besar walaupun pada usia yang muda.

Bagaimana golongan milenial di Malaysia menguruskan wang dan kredit mereka?

Laporan Bloomberg awal tahun ini mengenai golongan milenial menghadapi hutang melebihi AS$1 trilion telah menimbulkan kebimbangan. Menurut Panel Kredit Pengguna Rizab Persekutuan New York, hutang yang dibayar oleh rakyat Amerika berumur antara 19 hingga 29 tahun telah mencecah $1 trilion pada akhir 2018.

Laporan tersebut juga menyatakan ini merupakan pendedahan hutang yang paling tinggi bagi kumpulan umur ini sejak lewat 2007 dan sebahagian besar daripadanya disebabkan oleh pinjaman pelajar. Apabila golongan milenial tidak membayar balik pinjaman pelajar mereka, seperti pinjaman PTPTN, profil kredit mereka akan terjejas dengan teruk untuk tempoh bertahun-tahun.

Walaupun tidak ada kajian khusus mengenai golongan milenial di Malaysia dan penarafan kredit mereka, kita masih tidak pasti sama ada generasi ini dapat menguruskan wang dengan baik.

Tinjauan Golongan Milenial iMoney kami sendiri mendedahkan bahawa rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 36 tahun mempunyai nisbah hutang kepada pendapatan melebihi 50% yang mungkin akan menjejaskan penarafan kredit mereka. Ini menjadikannya lebih sukar untuk memohon produk seperti kad kredit, pinjaman peribadi, gadai janji dan pinjaman kereta.

Jika anda kini berusia dalam lingkungan 20-an dan 30-an, apakah kesulitan kewangan yang perlu diberi perhatian?

Kami ingin membentangkan sorotan utama daripada beberapa tinjauan terkini mengenai kesihatan kewangan golongan milenial bagi memberikan gambaran tentang cara golongan milenial di Malaysia menguruskan wang mereka.

Mengetahui di mana anda berada dalam penarafan kredit anda adalah langkah pertama ke arah meningkatkan kewangan anda.

Semak skor anda sekarang!
Anda boleh mengetahui kesihatan kewangan anda dengan mudah melalui iMoney CreditScore yang mengambil masa beberapa minit sahaja dan adalah percuma.

Share this article

Share this!
  • Share
  • Tweet
  • Email
  • WhatsApp

Leave your comment

Infographic
avoid credit card interest charges

How To Win Against Credit Card Interest Charges

How Confident Are Malaysians About Their Retirement Plans?

insurance for young adults

Do You Need To Buy Insurance When You Are Young?

Majority Of Malaysians Believe Insurance/Takaful Coverage Is Necessary – But How Adequately Covered Are They?

What You Should Look For When Buying A New Home In 2023

Bayar dengan Tap On Phone

Panduan Mendigitalkan Perniagaan Tanpa Kos Yang Tinggi

Tap On Phone MyDebit

Guide To Taking Your Business Digital Without The High Costs

Top 8 Most Expensive World Cup Squads

View more infographics »
iMoney.my Learning Centre
Back to top

iMoney.my is a leading financial comparison website and a trusted personal finance authority to help you make the most out of your money.

  • Facebook
  • Twitter
  • Instagram
  • Youtube
  • Go to iMoney.my
  • Privacy Policy
  • Disclaimer
  • Corporate
  • Advertising@iMoney

© 2023 iMoney Malaysia