Adakah Anda Mampu Mendapat Penjagaan Kesihatan Tanpa Insurans?

Adakah Anda Mampu Mendapat Penjagaan Kesihatan Tanpa Insurans?

Satu fakta yang menyedihkan ialah rakyat Malaysia masih tidak mempunyai perlindungan kesihatan yang mencukupi. Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019 yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, hanya 22% daripada rakyat Malaysia mempunyai insurans kesihatan peribadi.

Kira-kira 43% daripada mereka yang ditinjau berkata mereka tidak mampu membeli insurans kesihatan peribadi. Ini menunjukkan jurang yang besar dalam perlindungan kesihatan di Malaysia yang perlu dirapatkan.

Memandangkan keadaan ini, apa yang boleh anda lakukan jika anda tidak mempunyai insurans perubatan?

Hospital kerajaan

Rakyat Malaysia bernasib baik kerana mempunyai sistem penjagaan kesihatan awam di mana hospital dan klinik awam menyediakan rawatan perubatan untuk orang ramai pada kadar yang disubsidikan. Warganegara Malaysia dikenakan bayaran nominal sebanyak RM1 untuk lawatan pesakit luar ke mana-mana hospital kerajaan termasuk klinik (bayaran ini dikecualikan bagi mereka yang layak). Ini menjadikan hospital dan klinik awam sangat popular di kalangan rakyat kita.

Memandangkan sebilangan besar penduduk tidak mempunyai insurans kesihatan peribadi, ramai di antara mereka tidak mempunyai pilihan selain bergantung pada hospital awam. Tinjauan NHMS menunjukkan 75.3% daripada rakyat Malaysia yang dimasukkan ke hospital berada di institusi kesihatan awam.

Oleh itu, tidak menghairankan untuk pesakit mengalami masa menunggu yang lama di pusat kesihatan kerajaan. Kajian yang dilakukan oleh Malay Mail Online mendapati bahawa majoriti pesakit menunggu empat jam atau lebih sebelum dapat berjumpa doktor di klinik awam. Ada juga yang berkata mereka menunggu selama lapan jam sebelum menerima rawatan.

Sehubungan itu, sesetengah pesakit memilih untuk mengubati diri sendiri (tinjauan NHMS menunjukkan 22.8% membuat pilihan ini) dan mengelak menunggu di hospital sepanjang hari.

Dengan kebanyakan daripada mereka yang perlu rawatan dimasukkan ke hospital kerajaan, pilihan ini masih merupakan pilihan paling popular dan paling murah untuk mendapatkan penjagaan kesihatan di Malaysia.

Perlindungan insurans pekerjaan

Mereka yang tidak mempunyai insurans kesihatan boleh juga menggunakan perlindungan insurans pekerjaan. Kebanyakan majikan menawarkan beberapa jenis perlindungan perubatan untuk kakitangan. Ini mungkin dalam bentuk kad perubatan yang ditaja oleh syarikat dan pampasan untuk kemasukan ke hospital, atau membenarkan kakitangan menuntut perbelanjaan untuk lawatan ke doktor.

Ini suatu manfaat penting yang harus ditanyakan oleh setiap pekerja semasa ditemuduga, terutamanya jika anda tidak mempunyai perlindungan insurans sendiri. Perbincangan mengenai perlindungan insurans perubatan adalah penting seperti perundingan gaji.

Walau bagaimanapun, kekurangannya ialah anda hanya dapat mengekalkan manfaat ini semasa bekerja. Sebaik sahaja anda meninggalkan pekerjaan anda (samada mengikut pilihan atau tidak), anda tidak lagi mempunyai perlindungan insurans kesihatan. Ini boleh membebankan lagi keadaan kewangan jika anda memerlukan rawatan perubatan serta-merta sambil menunggu pekerjaan baru.

Seperti yang dilihat dalam beberapa kes kurang bernasib baik, jika anda disahkan menghidap penyakit kritikal yang mungkin memerlukan anda meninggalkan kerja anda, anda tidak akan mendapat perlindungan. Anda juga mungkin tidak akan dilindungi oleh syarikat insurans untuk penyakit kritikal tersebut, atau dilindungi sama sekali.

Insurans pekerjaan anda juga tidak akan melindungi anda selepas anda bersara. Walau bagaimanapun, perlu juga diingat bahawa anda memerlukan lebih perlindungan insurans apabila bersara. Kebanyakan mereka yang berada dalam lingkungan umur 60-an dan 70-an mempunyai risiko lebih tinggi untuk menghadapi komplikasi kesihatan. Ini mungkin sukar bagi mereka mendapatkan perlindungan insurans pada saat mereka amat memerlukannya.

Rakan-rakan dan keluarga

Menurut tinjauan NHMS, 11% rakyat Malaysia bergantung pada wang yang dipinjam daripada rakan-rakan dan keluarga untuk membiayai rawatan perubatan mereka pada 2019. Ini merupakan sejumlah besar isi rumah yang tidak dapat membiayai penjagaan kesihatan mereka sendiri, walaupun dengan adanya subsidi kerajaan.

Walaupun statistik menunjukkan bahawa orang yang tidak mampu mendapatkan penjagaan kesihatan selalu mengetahui orang yang mampu, ini bukanlah suatu sistem yang ideal. Prosedur penjagaan kesihatan untuk penyakit kritikal boleh melibatkan perbelanjaan yang tinggi, terutamanya jika anda memilih hospital swasta. Sebagai contoh, kos purata untuk rawatan serangan jantung ialah RM30,000 pada 2015. Rawatan kanser pula akan menelan belanja RM300,000 atau lebih.

Ini merupakan jumlah wang yang besar, dan anda mungkin tidak dapat meminjam wang yang secukupnya untuk menampung semua kos. Terutamanya apabila ia memerlukan orang tersayang anda menggunakan simpanan kecemasan mereka sendiri.

Namun, bergantung pada keluarga dan rakan-rakan tidak seharusnya membebankan mereka yang paling rapat dengan anda.

Program kesetiaan pelanggan dan diskaun

Satu cara mudah untuk mendapatkan akses kepada kemudahan penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki adalah melalui program kesetiaan pelanggan berkaitan penjagaan kesihatan atau manfaat keahlian.

Sebagai contoh, farmasi rantaian sering menawarkan program kesetiaan untuk menarik pelanggan. Program-program ini biasanya menawarkan promosi diskaun ke atas ubat-ubatan dan suplemen kesihatan. Program diskaun lain mungkin juga menyediakan tawaran untuk pemeriksaan kesihatan, terutama jika anda melakukan tempahan secara berkumpulan.

Walaupun ia tidak membantu menyelesaikan masalah perubatan yang lebih besar, namun ia dapat membantu menjaga kesihatan anda. Seperti yang kita tahu, mencegah lebih baik daripada merawat; oleh itu, manfaat percuma ini sangat bernilai untuk kesejahteraan anda.

Sekarang anda dapat menguruskan keperluan penjagaan kesihatan anda sendiri bersama Allianz Malaysia.

Allianz Malaysia adalah rakan anda ketika mengharungi detik kesukaran

Allianz We Care Community adalah inisiatif perkhidmatan awam bagi membantu rakyat Malaysia dan Pemastautin Tetap mendapatkan manfaat penjagaan kesihatan secara percuma. Anda hanya perlu mendaftar untuk mendapat akses ke perkhidmatan percuma ini. Lebih lagi, anda tidak perlu menjadi pelanggan Allianz untuk memperoleh manfaat ini.

Rawatan perubatan harus diberi keutamaan, tetapi Allianz percaya usaha untuk mengelakkan penyakit adalah lebih penting. Semasa mendaftar untuk Allianz We Care Community, anda boleh menuntut e-baucar farmasi dengan serta-merta, diskaun untuk pakej pemeriksaan kesihatan umum, selain menyertai program bimbingan kesihatan digital yang percuma.

Tujuan ganjaran percuma ini adalah untuk membantu anda mengambil langkah-langkah yang anda perlukan untuk menjalani gaya hidup sihat. Mengamalkan tabiat sihat bermakna anda kurang memerlukan bantuan perubatan, oleh itu berada dalam kedudukan lebih baik untuk mencapai impian anda.

Jika sesuatu yang tidak diingini berlaku dan anda perlu berjumpa doktor, Allianz We Care Community menawarkan rundingan doktor dalam talian secara percuma serta sesi fisioterapi dalam talian sekiranya anda memerlukan bantuan.

Manfaat Allianz We Care Community
e-Baucar farmasiDiskaun untuk pakej pemeriksaan kesihatan umumRundingan doktor dalam talian percumaSesi fisioterapi dalam talian percumaProgram bimbingan kesihatan percuma

Perlindungan tambahan untuk COVID-19 tanpa bayaran

Inisiatif Allianz We Care Community juga memberi jaminan dan ketenangan minda kepada rakyat Malaysia dalam menghadapi wabak COVID-19 melalui perlindungan COVID-19 yang percuma. Allianz menawarkan bantuan tunai sehingga RM6,000 jika anda dan keluarga anda disahkan menghadapi COVID-19. Anda hanya perlu mendaftar secara percuma dengan Allianz We Care Community.

Perlindungan ini juga termasuk pembayaran sekaligus pampasan tambahan sehingga RM20,000 untuk kematian yang disebabkan COVID-19.

Allianz Malaysia adalah teman sejati anda

Allianz Malaysia akan sentiasa menambahkan manfaat penjagaan kesihatan baru untuk Allianz We Care Community.

Ketika kita menyesuaikan diri dengan norma baharu dalam kehidupan kita, rakan yang dipercayai dapat membantu kita menguruskan kehidupan dengan lebih yakin, walaupun jika kita masih tidak mampu membayar insurans perubatan buat masa ini.

Layari laman web rasmi untuk menyertai Allianz We Care Community dan dapatkan manfaat kesihatan percuma anda.

Allianz main logo

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.