PRS (Bahagian 5): Skim Persaraan Swasta – Faktor-Faktor Risiko

Risiko-risiko adalah sebahagian daripada mana-mana aktiviti pelaburan dan tidak harus dipandang ringan.

Risiko-risiko adalah sebahagian daripada mana-mana aktiviti pelaburan dan tidak harus dipandang ringan.

Memandangkan anda sudah mahir dengan gambaran keseluruhan PRS dan tahu bagaimana untuk mengira pulangan dengan tepat, berikut adalah 3 faktor risiko utama yang anda patut fikirkan sebelum mendaftar untuk pelan PRS.

1) Risiko Tinggi, Pulangan Tinggi

Peraturan terpenting pelaburan ialah bila anda memilih produk yang mensasarkan pulangan tinggi, anda mendedahkan diri anda kepada risiko tiada pulangan yang menguntungkan (atau kemungkinan juga kehilangan wang), terutama sekali dalam tempoh yang singkat.

Dengan PRS, anda mungkin ingin mempertimbangkan pendekatan anda bergantung kepada kedudukan anda dalam peringkat hidup anda sekarang. Sebagai contoh: semakin dekat anda dengan tempoh persaraan, semakin cenderung anda untuk melabur dalam pelan PRS yang kurang agresif; kerana anda tidak mampu untuk merisikokan wang persaraan anda bila anda mempunyai masa yang singkat untuk pulih daripada kerugian. Sebaliknya, jika anda mempunyai matlamat kewangan yang telah dipertimbangkan dan tahu yang anda masih jauh daripada sasaran anda disebabkan faktor-faktor seperti kos sara hidup, inflasi dan wang simpanan / kadar-kadar deposit tetap; anda boleh memilih pelan PRS yang lebih berisiko tinggi kerana anda menjangkakan pulangan daripada PRS anda adalah lebih tinggi dalam jangka masa panjang.Kerana orang yang berbeza mempunyai tahap toleransi risiko yang berlainan, tiada siapa yang berhak memberitahu anda bagaimana anda patut melabur dalam PRS anda. Secara muktamad, keputusan di tangan anda; beserta dengan akibatnya. Kerana orang yang berbeza mempunyai tahap toleransi risiko yang berlainan, tiada siapa yang berhak memberitahu anda bagaimana anda patut melabur dalam PRS anda. Secara muktamad, keputusan di tangan anda; beserta dengan akibatnya. Kerana orang yang berbeza mempunyai tahap toleransi risiko yang berlainan, tiada siapa yang berhak memberitahu anda bagaimana anda patut melabur dalam PRS anda. Secara muktamad, keputusan di tangan anda; beserta dengan akibatnya

2) Seperti Semua Pelaburan, Pulangan Adalah Tidak Dijamin

Seperti mana-mana pelaburan di pasaran, keuntungan PRS adalah tidak dijamin. Walaupun semua pelan PRS dirangka untuk meraih pulangan maksima berdasarkan kepada kriteria pelaburan mereka, tiada yang boleh menghalang Nilai Aset Bersih pelan PRS daripada menurun (atau menjulang tinggi) disebabkan oleh keadaan pasaran.

Jadi, walaupun dengan usaha-usaha terbaik penyedia PRS dan pengawal selia untuk melindungi kepentingan anda, anda patut sentiasa mempertimbangkan kemungkinan tidak meraih sebarang pulangan daripada wang hasil usaha keras anda… dan apakah implikasi-implikasinya.

3) Modal-modal Juga Tidak Dilindungi

Sebagai sambungan daripada Poin (2), bukan saja pulangan untuk akaun PRS anda tidak dijamin, caruman-caruman yang anda buat kepada pelan PRS juga tidak dilindungi. Secara ringkasnya, ini bermakna sentiasa ada risiko yang anda akan kehilangan wang yang anda carumkan bertahun-tahun jika keadaan pasaran yang teruk berlaku.

Dengan risiko-risiko yang diketengahkan ini, kami berharap kami tidak menakutkan anda mengenai PRS. Risiko-risiko ini adalah sebahagian daripada mana-mana aktiviti pelaburan dan walaupun mereka tidak harus dipandang ringan; anda sentiasa boleh mengurangkan risiko-risiko ini dengan mengajar diri anda dan memantau pelan-pelan PRS anda dengan berhati-hati. Selagi anda mengawasi dengan dekat  harga-harga unit bagi pelan-pelan PRS yang anda labur, anda akan sentiasa bersedia untuk membuat keputusan-keputusan tepat dan meminimakan kerugian anda dalam senario terburuk. Lebih-lebih lagi, ada manfaat-manfaat besar yang ketara bila mendaftar untuk pelan PRS, yang kami akan jelaskan dalam bahagian seterusnya dan yang terakhir dalam siri ini. Namun begitu, jika anda fikir deposit tetap adalah satu jalan yang perlu diambil dalam perancangan kewangan anda; klik carta perbandingan deposit tetap kami untuk melihat bank mana yang menyediakan kadar faedah terbaik sekarang!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.