PRS (Bahagian 6): Skim Persaraan Swasta Di Malaysia – Manfaatnya

Manfaat utama PRS ialah menggalakkan anda menyimpan secara aktif untuk persaraan anda.

Manfaat utama PRS ialah menggalakkan anda menyimpan secara aktif untuk persaraan anda.

Dalam bahagian keenam dan terakhir Siri PRS iMoney kami, akhirnya kita sampai kepada perkara-perkara yang menarik, iaitu: manfaat-manfaat besar mencarum kepada PRS di sebalik risiko-risikonya.

Berfungsi Seperti KWSP Kedua

Matlamat utama PRS ialah membantu individu-individu menyimpan untuk persaraan mereka, sama seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang kedua. Itu sudah cukup sebagai motivasi yang kuat untuk anda sertai, di mana ramai warga Malaysia tidak mempunyai jumlah wang yang cukup dalam akaun-akaun KWSP mereka untuk bertahan lama selepas persaraan.

Disiplin

Ciri utama pelan PRS adalah strukturnya yang agak tegar, yang tidak menggalakkan anda menggunakan caruman PRS anda sehingga masa yang sesuai. Seperti yang diilustrasikan dalam Bahagian 3 Siri PRS kami, anda hanya boleh membuat pengeluaran dari sub akaun B anda (yang memegang 30% daripada jumlah keseluruhan yang anda carumkan) setahun sekali, oleh itu memaksa anda untuk menyimpan 70% yang lain sehingga tempoh persaraan. Sebagai tambahan, anda tertakluk kepada 8% penalti cukai ke atas jumlah pengeluaran awal, jadi anda perlu berfikir dua kali sebelum menyentuh akaun PRS anda.

Pelepasan Cukai

Dalam usaha untuk mempromosikan simpanan awam dengan pelan-pelan PRS, Kerajaan Malaysia meyediakan pelepasan cukai sehingga RM3,000 setiap tahun ke atas caruman-caruman PRS sehingga Tahun 2022. Sebagai tambahan, pendapatan-pendapatan yang dijana melalui PRS juga dikecualikan daripada cukai.

Fleksibiliti

Berbanding dengan KWSP, PRS menawarkan lebih fleksibiliti di mana tiada jumlah tetap atau selang masa caruman diperlukan. Walaupun penyedia PRS boleh menetapkan had minima atau maksima ke atas pelan-pelan PRS mereka, secara amnya anda bebas untuk mencarum sebanyak mana yang anda mampu dalam had-had tersebut. Juga, PRS membenarkan anda untuk bertukar pelan dan penyedia sekali setahun tertakluk kepada syarat-syarat yang dikenakan oleh penyedia-penyedia; yang mana memberikan anda kebebasan tertentu untuk bertukar kepada pelan-pelan yang lebih sesuai jika diperlukan.

Kemudahan

Dalam Pentadbir Pencen Swasta (PPS), pencarum PRS mempunyai satu entiti / hab  untuk menguruskan semua keperluan yang berkaitan dengan PRS. Kerana PPS pada dasarnya sentiasa memantau semua penyedia PRS dan pencarum, ia berupaya untuk mengawal proses komunikasi dengan lebih efektif dan secara amnya melindungi kepentingan semua pihak dengan lebih baik.

Perlu ingat semula? Kenapa tidak kembali ke Bahagian 1 Siri PRS kami dan belajar mengenai PRS sekali lagi.

Namun begitu, jika anda fikir deposit tetap adalah satu jalan yang perlu diambil dalam perancangan kewangan anda; klik carta perbandingan deposit tetap kami untuk melihat bank mana yang menyediakan kadar faedah terbaik sekarang!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.