Perkara Yang Diliputi (dan Tidak Diliputi) Oleh Insurans Kereta Komprehensif Anda

Dalam artikel sebelumnya, kita telah mengenalpasti Insurans Kereta Komprehensif yang menawarkan perlindungan paling sempurna buat pemilik kereta (dua perlindungan komprehensif lain adalah Pihak-ketiga dan Pihak-ketiga, Kebakaran & Kecurian). Tetapi adakah anda benar-benar dilindungi daripada SEGALANYA yang mungkin boleh berlaku kepada kereta anda? Atau terdapat batasan kepada polisi insurans kereta komprehensif anda?

Dalam artikel ini, kami akan menunjukkan kepada anda jenis-jenis perlindungan yang anda nikmati dan tidak nikmati apabila anda mengambil polisi insurans kereta komprehensif.

Perlindungan Yang Anda Nikmati

Pertama sekali, mari kita mulakan dengan perlindungan yang anda nikmati dengan polisi insurans kereta komprehensif anda:

Advertisement

–          Kehilangan atau kerosakan kepada kenderaan anda akibat kemalangan, kebakaran dan kecurian

–          Kematian atau kecederaan pihak-ketiga

–          Kerosakan harta atau kerugian pihak-ketiga

Sila ambil perhatian bahawa tiga perkara di atas adalah perkara-perkara yang dilindungi oleh insurans kereta komprehensif anda sahaja melainkan jika dinyatakan sebaliknya dalam polisi insurans kereta tersebut.

Ya, kematian atau kecederaan anda TIDAK dilindungi … jauh daripada tanggapan orang ramai.

Perlindungan Yang Anda Fikirkan Diberi Secara Percuma, Tetapi Yang Perlu Anda Bayar

Pembayaran wang adalah penting walaupun untuk insurans kereta. Dengan membayar premium tambahan, anda boleh menikmati lebih banyak perlindungan tambahan selain tiga perkara yang dinyatakan di atas.

Berikut adalah beberapa perkara yang biasanya tidak diliputi oleh polisi insurans kereta komprehensif anda, yang boleh dinikmati dengan bayaran tambahan:

TAMBAHAN PERLINDUNGAN
Cermin Kereta Kerosakan cermin depan serta tingkap kereta
Bencana Khas Kerugian atau kerosakan akibat banjir, ribut, taufan, tanah runtuh dan tindakan alam.
Mogok, Rusuhan dan Kekecohan Awam Kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh mogok, rusuhan dan kekecohan awam.
Liabiliti Undang-undang kepada Penumpang Memberi perlindungan terhadap liabiliti undang-undang anda kepada penumpang anda.PERHATIAN: Jika anda bercadang untuk memandu ke Singapura, anda MESTI mempunyai perlindungan ini. Kegagalan untuk mematuhi arahan ini adalah kesalahan yang boleh dihukum di sisi undang-undang.
Liabiliti Undang-undang Penumpang Meliputi liabiliti undang-undang penumpang anda bagi kecuaian mereka (seperti membuka pintu kereta dan menyebabkan kemalangan).
Pemandu Tambahan Melindungi pemandu tambahan kereta anda.PERHATIAN: Anda boleh menamakan sehingga dua pemandu bagi setiap kereta secara percuma. Nama tambahan bermula dari pemandu ketiga boleh dikenakan caj RM10 setiap orang.

 

Akhirnya, fahami bahawa polisi insurans kereta komprehensif anda tidak meliputi segala perlindungan seperti yang anda fikirkan (walaupun perkataan “komprehensif” wujud dalam tajuk polisi). Jika perlu, pastikan anda melindungi diri anda dengan membeli perlindungan tambahan yang penting buat anda!

Suka artikel ini? Anda mungkin ingin mengetahui tentang membuat tuntutan insurans kereta.

Mencari polisi insurans kereta yang sesuai? Bandingkan polisi-polisi di Malaysia dan mohon secara langsung melalui jadual perbandingan insurans kereta kami tanpa sebarang bayaran tambahan.

 

 

Leave your comment