Statistik Kemalangan Jalan Raya Malaysia

Pernahkah anda terfikir betapa baiknya jika polisi insurans kereta tidak diwajibkan? Bayangkan berapa banyak yang boleh dijimatkan setiap tahun jika kita hanya perlu memperbaharui cukai jalan tanpa insurans? Namun, anda bakal bertukar fikiran setelah membaca statistik kemalangan jalan raya Malaysia seperti berikut…   Apakah Situasi Sebenar Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia?   Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (“MIROS”), jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia menunjukkan peningkatan ketara setiap tahun, iaitu dari 250,429 kes pada tahun 2000 kepada 414,421 kes pada tahun 2010. Ini merupakan satu peningkatan sejumlah 65.5% dalam hanya satu dekad.   Dari segi kematian akibat kemalangan jalan raya pula, jumlah kes juga telah meningkat dari 6,035 kes pada tahun 2000 kepada 6,872 kes pada tahun 2010. Walaupun angka keseluruhan kelihatan kurang “drastik” berbanding peningkatan kemalangan jalan raya, statistik tetap menunjukkan bahawa terdapat kira-kira 19 kematian akibat kemalangan jalan raya setiap hari – suatu fenomena yang pasti membimbangkan.  

Statistik Kemalangan Jalan Raya Di Malaysia

Tahun

Jumlah Penduduk

Kenderaan Berdaftar

Jumlah Kemalangan

Mangsa Kemalangan

Jumlah Kematian

1995

20,096,700

6,802,375

162,491

52,152

5,712

1996

21,169,000

7,686,684

189,109

53,475

6,304

1997

21,665,600

8,550,469

215,632

56,574

6,302

1998

22,179,500

9,141,357

211,037

55,704

5,740

1999

22,711,900

9,929,951

223,166

52,937

5,794

2000

23,263,600

10,598,804

250,429

50,200

6,035

2001

23,795,300

11,302,545

265,175

50,473

5,849

2002

24,526,500

12,068,144

279,711

49,552

5,891

2003

25,048,300

12,819,248

298,653

52,741

6,286

2004

25,580,000

13,828,889

326,815

54,091

6,228

2005

26,130,000

15,026,660

328,264

47,012

6,200

2006

26,640,000

15,790,732

341,252

35,425

6,287

2007

27,170,000

16,813,943

363,319

33,999

6,282

2008

27,730,000

17,971,901

373,071

32,274

6,527

2009

28,310,000

19,016,782

397,330

31,417

6,745

2010

28,910,000

20,188,565

414,421

28,269

6,872

Sumber: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia   Mengikut laporan terkini World Health Ranking, Malaysia berada pada kedudukan ke-20 buat Kadar Kematian akibat Kemalangan Trafik – iaitu lebih tinggi daripada negara-negara lain di Asia Tenggara kecuali Thailand.   Menurut World Health Ranking, Malaysia kini mempunyai kira-kira 34.5 kes kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk. Jika dibandingkan dengan negara kecil Singapura (kedudukan ke-175) dan negara sebesar China (kedudukan ke-67) yang mempunyai 5.3 dan 20.8 kes masing-masing, situasi kemalangan yang membimbangkan di Malaysia tampak amat jelas sekali.   Tetapi Keadaan Semakin Berubah Baik, Bukan?   Malangnya bagi pemandu di Malaysia, masih tiada sebarang petunjuk jelas bahawa keadaan kemalangan jalan raya kita akan berubah. Sebaliknya, pakar-pakar meramalkan bahawa situasi di Malaysia bakal menjadi lebih teruk.   Menurut kajian terbaru oleh MIROS, kematian jalan raya di Malaysia dijangka meningkat kepada 8,760 kes pada tahun 2015, malah berpotensi mencecah 10,716 kes pada tahun 2020. Ini bermakna sebanyak 29 nyawa bakal menjadi mangsa kemalangan jalan raya setiap hari pada tahun 2020. Membimbangkan? Sudah tentu.    
Ramalan Kematian Kemalangan Jalan Raya

statistik kemalangan jalan raya

Sumber: Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia   Masih Was-was Akan Keperluan Insurans Kereta Komprehensif Untuk Anda?   Melihat trend kemalangan yang semakin negatif di Malaysia, tidak hairanlah jika tidak ada sebarang indikasi bahawa kita akan berarak ke arah sebuah negara di mana insurans kereta adalah tidak diwajibkan buat semua. Sebaliknya, statistik lama serta ramalan masa depan menunjukkan bahawa hakikatnya kita amat memerlukan suatu polisi insurans kereta komprehensif, semata-mata kerana peluang untuk terlibat dalam kemalangan jalan raya kian meningkat setiap tahun.   Kepada semua pembaca iMoney: amalkan cara pemanduan yang cermat untuk memastikan jalan raya kita lebih selamat untuk semua. Jika setiap individu melaksanakan tanggungjawabnya, pasti ada kemungkinan situasi sekarang bakal berubah baik!   Suka artikel ini? Ketahui lebih lanjut dengan membaca 7 perkara yang perlu anda lakukan apabila berlaku kemalangan jalan raya.   Mencari polisi insurans kereta yang komprehensif? Bandingkan insurans kereta terbaik di Malaysia dan mohon secara PERCUMA melalui jadual perbandingan insurans kereta kami.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.