7 Perkara Yang Perlu Anda Lakukan Bila Berlaku Kemalangan

Walaupun kita cuba mengelak situasi seperti ini namun kemalangan tetap berlaku. Seperti kata pepatah, lebih baik berada dalam keadaan bersedia dari mendapati diri tercungap-cungap mencari maklumat / bantuan di saat anda paling memerlukannya.

Berikut adalah 7 perkara yang anda perlu lakukan sekiranya anda dapati diri dalam kemalangan.

  1. Mendapatkan maklumat asas mengenai pihak terlibat adalah penting. Dapatkan name orang yang terlibat, alamat mereka dan nombor untuk dihubungi adalah langkah pertama.
  2. Selepas itu, catat nombor pendaftaran kenderaan mereka, serta dengan jenis dan jenama kenderaan dan maklumat-maklumat lain yang berkenaan.
  3. Minta maklumat syarikat insurans orang yang terlibat, termasuk nombor polisi atau sijil. Jika mereka tidak dapat memberitahunya di waktu itu, pastikan anda mendapatkannya kemudian.
  4. Buat catatan tentang saksi berkecuali (jika ada) dengan mengambil nama, alamat dan maklumat untuk menghubungi mereka. Mereka dapat membantu menyelesaikan sebarang bakal sengketa.
  5. Buat laporan polis. Di Malaysia anda perlu beritahu pihak polis dalam masa 24 jam berlakunya kemalangan jalan raya.
  6. Beritahu syarikat insurans anda dalam bentuk bertulis secepat mungkin. Kegagalan membuatnya mungkin menyebabkan anda akan menanggung sebarang kerugian, termasuk tuntutan pihak ketiga terhadap anda. Walaupun anda dan pihak terlibat tak mahu buat tuntutan atas kemalangan tersebut, anda patut beritahu penginsurans secepat mungkin, kerana ini adalah satu dari syarat dalam polisi anda.
  7. Bergantung kepada keparahan kemalangan, anda mungkin perlu hantar kereta ke bengkel panel yang diiktiraf oleh syarikat insurans anda. Kebanyakan syarikat insurans mempunyai senarai lengkap bengkel panel di laman sesawang mereka. Jika anda tak hantar kereta ke bengkel yang diiktiraf, anda mungkin tak dapat tuntut kerugian kemalangan dari penginsurans anda.

Setelah kemalangan dilaporkan dan kenderaan anda ditarik ke bengkel diiktiraf terdekat atau ke balai polis, syarikat insurans anda akan hantar seorang penaksir kerugian. Penaksir kerugian ialah seorang yang akan menilai kerugian yang berlaku ke atas kenderaan anda dan bertanggungjawab menyiasat punca sebenar kemalangan. Penaksir kerugian akan memberi nasihat kepada syarikat insurans tentang berapa banyak anda boleh tuntut atas kemalangan tersebut.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.