Banding dan Pilih Kelulusan Pinjaman Peribadi Terpantas
untuk keperluan mendesak anda
Kami menjumpai 18 semua pinjaman peribadi untuk anda!
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 300,000
- Jumlah Keseluruhan
30% pulangan tunai atas keuntungan!
* Tertakluk kepada terma dan syarat
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 300,000
- Jumlah Keseluruhan
30% pulangan tunai atas keuntungan!
* Tertakluk kepada terma dan syarat
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 150,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 150,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 100,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 100,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 250,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 400,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 100,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 2,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 300,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 300,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 300,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 10,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Keuntungan
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 150,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 150,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pinjaman Maksimum
- RM 10,000
- Jumlah Keseluruhan
- Anda Bayar
- /bulan
- Kadar Faedah
- % p.a.
- Pembiayaan Maksimum
- RM 200,000
- Jumlah Keseluruhan
Kategori Semua Pinjaman Peribadi lain
Masih tidak pasti produk yang sesuai untuk anda?
Sila tinggalkan butiran dan khidmat pelanggan kami akan berhubung dengan anda!
Cara membuat permohonan dalam talian untuk pinjaman peribadi
Langkah 1
Gunakan kalkulator kami untuk mencari pinjaman peribadi paling sesuai untuk anda.
Langkah 2
Pilih produk yang memenuhi keperluan anda dan klik butang Mohon.
Langkah 3
Sila isi borang pemohonan dengan butiran anda. Wakil dari iMoney ataupun dari bank akan menghubungi anda untuk memproses permohonan anda.
Baca lebih lanjut mengenai Semua Pinjaman Peribadi
Soalan Lazim Pinjaman Kelulusan Pantas - Soalan Lazim
Jika anda memerlukan pinjaman peribadi, anda pasti tidak mahu menunggu terlalu lama untuk mendapat kelulusan.
Kebiasaannya, pinjaman peribadi kelulusan pantas hanya memerlukan beberapa hari untuk memproses permohonan. Pastikan anda semak tempoh kelulusan pinjaman peribadi kami untuk mengetahui pinjaman peribadi yang terpantas.
-
Pinjaman peribadi kelulusan pantas adalah pinjaman yang diluluskan dalam masa satu (1) hingga tiga (3) hari untuk diluluskan.
-
Jadual perbandingan kami menyenaraikan kedua-dua Pinjaman Peribadi Islamik yang berdasarkan rukun Syariah serta pinjaman konvensional. Perbezaan utama antara kedua-dua pinjaman ini adalah cirri-ciri kewangan Islamik yang bergantung kepada perkongsian pemilikan aset serta risiko dan keuntungan / kerugian yang terlibat. Layari laman khusus Pinjaman Peribadi Islamik kami untuk maklumat selanjutnya.
Untuk tip dan panduan lanjut tentang pinjaman peribadi di Malaysia, lihat panduan lengkap iMoney mengenai pinjaman peribadi.
-
Pinjaman Bercagar:
Pinjaman bercagar merupakan pinjaman di mana peminjam menawarkan aset mereka, seperti kereta atau rumah sebagai sekuriti atau cagaran bagi pinjaman mereka. Oleh itu, kos pinjaman biasanya adalah lebih rendah daripada pinjaman tidak bercagar. Walau bagaimanapun, peminjam perlu bersikap cermat terhadap keupayaan kewangan mereka untuk membayar balik pinjaman tersebut. Kegagalan membayar balik pinjaman akan menyebabkan aset keselamatan mereka ditarik balik.
Pinjaman Tidak Bercagar:
Pinjaman tidak bercagar pula adalah lebih sukar untuk didapati kerana peminjam tidak diwajibkan untuk menawarkan sebarang bentuk aset sebagai cagaran. Oleh itu, mereka perlu meyakinkan pemberi pinjaman akan keupayaan kewangan atau kestabilan kredit mereka. Ini adalah untuk memastikan supaya peminjam berkemampuan untuk membayar balik pinjaman tersebut.
Dengan pinjaman peribadi tidak bercagar, kos pinjaman juga adalah lebih tinggi kerana pemberi pinjaman mengambil risiko yang lebih tinggi semasa menyediakan pinjaman. Walaupun peminjam tidak memberikan apa-apa bentuk cagaran kepada pemberi pinjaman mereka, ini tidak bermakna bahawa mereka boleh melarikan diri daripada membayar balik pinjaman tersebut dengan sepenuhnya. Pemberi pinjaman berhak membawa peminjam ke mahkamah dengan tujuan mengambil alih dan menjual aset peminjam untuk menggantikan sebarang kerugian yang dialami. -
Pinjaman peribadi secara amnya boleh didapati serendah RM1,000 sehingga RM150,000 ke atas. Jumlah pinjaman anda bergantung kepada kelayakan anda (contohnya keupayaan anda untuk membayar balik pinjaman tersebut), serta syarat-syarat yang ditawarkan oleh pemberi pinjaman. Jika anda ingin meminjam lebih daripada julat ini, mungkin pinjaman bercagar adalah pilihan yang lebih baik untuk anda.
Apabila anda mengambil pinjaman dengan bank, anda akan menandatangani perjanjian pinjaman yang menggariskan jumlah yang dipinjam, kadar faedah dan jumlah bayaran balik bulanan anda. Perjanjian ini juga akan menyenaraikan pembayaran balik pinjaman anda - bayaran bulanan anda berserta tempoh pinjaman dalam tahun dan bulan secara terperinci. Sebagai panduan, semakin lama tempoh pembayaran balik anda, semakin tinggi jumlah pembayaran anda.
Terdapat dua jenis pinjaman, pinjaman bercagar dan tidak bercagar. Di Malaysia, pinjaman peribadi yang sering dimohon oleh orang ramai adalah pinjaman peribadi tidak bercagar.
-
Pinjaman peribadi adalah penting bagi orang-orang yang memerlukan wang tunai segera, sama ada ia adalah pembelian tiket besar atau untuk menangani masalah kewangan jangka pendek. Sebelum anda memohon pinjaman peribadi, fikir sama ada terdapat pilihan pembiayaan lain yang mungkin lebih sesuai dengan keperluan anda. Fikir dengan teliti tentang keupayaan anda membayar balik hutang, serta pertimbangkan apa yang akan berlaku jika anda berhenti menjana pendapatan.
-
Anda boleh mendapat kelulusan hanya dalam satu (1) hari.
-
Kadar faedah pinjaman peribadi kelulusan pantas adalah berbeza-beza. Gunakan Kalkulator Pinjaman Peribadi iMoney untuk mencari kadar faedah dan keuntungan terbaik untuk anda.
-
iMoney menyediakan kalkulator pinjaman peribadi untuk memudahkan pengiraan bayaran dan kadar faedah bulanan anda. Untuk menggunakan kalkulator ini, hanya kembali ke bahagian atas halaman ini, masukkan jumlah yang ingin dipinjam berserta tempoh pinjaman. Sejurus itu, kalkulator akan melakukan semua pengiraan yang perlu untuk memberi penyelesaian yang terbaik dan murah untuk anda.
-
Semasa anda memohon pinjaman peribadi kelulusan pantas kami, pastikan anda semak dan pilih jadual pembayaran balik menggunakan Kalkulator Pinjaman Peribadi iMoney. Juga, tempoh pembayaran yang lebih lama mungkin akan merendahkan faedah/keuntungan bulanan tetapi menaikkan jumlah penuh faedah/keuntungan anda.
-
Berikut adalah contoh pengiraan pembayaran bulanan untuk pinjaman peribadi kelulusan pantas:
Anda ingin meminjam RM20,000 daripada penyedia A selama 5 tahun. Kadar faedah yang ditawarkan adalah 4.99% setahun, tanpa fi pemprosesan tetapi anda boleh dikenakan caj pembayaran lewat sebanyak 1% setahun ke atas jumlah yang tertunggak.
Apa yang saya dapat daripada pinjaman ini?
Jumlah pinjaman: RM20,000
Tempoh pinjaman: 5 tahun (60 bulan)
Kadar faedah pinjaman: 4.99% setahun
Berapakah jumlah pembayaran saya untuk 5 tahun?
RM20,000 x 4.99% setahun = RM998 setahun x 5 tahun = RM4,990
Berapakah jumlah penuh pinjaman saya?
RM20,000 + RM4,990 = RM24,990
Berapakah jumlah ansuran bulanan saya untuk 5 tahun?
RM24,990 ÷ 60 bulan (5 tahun) = RM416.50
-
Anda digalakkan untuk menyemak terma dan persetujuan pinjaman untuk memahami segala pembayaran yang ada. Ini mungkin termasuk duti setem, fi pembatalan, fi pemprosesan serta bayaran satu kali.
-
Berikut adalah dokumen yang kebiasaannya diperlukan untuk permohonan pinjaman peribadi kelulusan pantas:
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Slip gaji tiga (3) bulan terkini
- Penyata bank tiga (3) bulan terkini
- Borang EA atau BE terkini (serta resit cukai rasmi)
- Penyata EPF enam (6) bulan terkini
Bekerja sendiri atau pemilik perniagaan:
- Salinan MyKad (depan dan belakang)
- Kad Pendaftaran Perniagaan
- Borang B terkini (serta resit cukai rasmi)
- Penyata bank syarikat enam (6) bulan terkini
-
Ya, RHB Easy-Pinjaman Ekspres menawarkan tempoh kelulusan dalam 10 minit sahaja.
-
Berikut adalah perbandingan pinjaman peribadi kelulusan pantas oleh institusi bukan bank di senarai iMoney:
Instittusi Bukan Bank
Tempoh Kelulusan
Kadar Faedah/Keuntungan
Jumlah Pinjaman
Tempoh Pinjaman
JCL Personal Loan
2 hari
12.00% setahun - 18.00% setahun
RM1,000 - RM50,000
12 - 60 bulan
JCL i-Fund Personal Financing
3 hari
18.00% setahun - 20.00% setahun
RM1,000 - RM50,000
12 - 60 bulan
YIR Personal Financing
2 - 3 hari
5.99% setahun
RM2,500 - RM150,000
12 - 120 bulan
AEON i-Cash Personal Financing
1 hari
7.92% setahun
RM1,000 - RM100,000
12 - 82 bulan
-
Penyedia pinjaman peribadi akan menyemak butiran yang berikut tentang anda:
- Rekod sejarah pembayaran anda
- Kredit skor
- Komitmen kewangan semasa
- Kelas pendapatan anda (T20, M40 atau B40)
- Simpanan semasa dan masa depan serta aset yang lain
Namun, butiran yang akan disemak bergantung kepada terma dan syarat penyedia.
-
Cagaran:Aset (contohnya rumah) yang dimiliki oleh peminjam, yang diberikan kepada pemberi pinjaman sebagai jaminan bahawa pinjaman yang diberikan akan dibayar balik. Peminjam akan kehilangan aset yang dicagar jika gagal menyelesaikan bayaran balik dengan sepenuhnya.Yuran Penyelesaian Awal:Sejenis penalti yang dikenakan oleh pihak bank sekiranya pinjaman anda dibayar awal daripada tempoh pinjaman dengan sepenuhnya. Yuran ini biasanya dikenakan sebagai sejumlah peratusan daripada jumlah pinjaman anda.Penjamin:Penjamin adalah individu yang telah bersetuju untuk mengambil alih tanggungjawab untuk membayar balik pinjaman anda jika anda gagal atau tidak mampu untuk membayarnya.Caj Bayaran Lewat:Bayaran yang dikenakan oleh pihak bank apabila anda tidak membayar ansuran pinjaman tepat pada masanya.Tempoh Pinjaman:Ini bermakna "tempoh" atau "jumlah tahun". Jika pinjaman rumah anda mempunyai "tempoh" sepanjang 30 tahun, maka proses pembayaran balik pinjaman anda akan mengambil masa 30 tahun.
-
Ya, anda boleh memohon walaupun skor kredit anda tidak memuaskan. Namun, anda mungkin perlu membayar kadar faedah yang lebih tinggi atau menyediakan penjamin serta cagaran.