Pinjaman Peribadi Boleh Membantu Menyelesaikan Masalah Hutang Anda

Pinjaman Peribadi Boleh Membantu Menyelesaikan Masalah Hutang Anda

Jika anda mempunyai hutang yang seperti dari kad kredit dan pinjaman peribadi, anda sebenarnya boleh melakukan penyatuan hutang untuk kesemua hutang tersebut atau lebih dikenali sebagai debt consolidation. Kaedah ini sering dilakukan oleh individu yang mempunyai masalah hutang berlebihan dan terbeban dengan bayaran ansuran bulanan yang tinggi.

Apakah itu penyatuan hutang?

Kaedah penyatuan hutang adalah mengambil pinjaman peribadi untuk menyelesaikan hutang beberapa hutang yang lain. Dengan ini, anda hanya perlu membayar balik satu pinjaman dan mengurangkan jumlah bayaran ansuran bulanan.

Siapakah yang mendapat manfaat daripada melakukan penyatuan hutang ini?

Advertisement
  1. Individu yang terbeban dengan bayaran bulanan ansuran untuk pinjaman seperti kad kredit, peribadi dan lain-lain.
  2. Individu yang ingin mengurangkan bayaran ansuran bulanan.
  3. Individu yang sering terlepas bayaran ansuran bulanan kepada beberapa buah bank yang berbeza.

Kesemua individu seperti diatas boleh melakukan teknik penyatuan hutang ini bagi memastikan mereka berada dalam keadaan pengurusan kewangan yang baik serta boleh mendapat penjimatan.

Kebaikan yang diperoleh apabila anda melakukan teknik penyatuan hutang adalah seperti berikut:

#1 Hutang Yang Banyak Jadi Satu Sahaja

Hidup anda menjadi lebih tenang apabila hanya perlu bayar dan fokus kepada satu hutang sahaja. Sebelum ini, anda mungkin rasa sukar untuk membuat bayaran kepada beberapa jenis hutang dan kepada pihak bank yang berbeza.

Kesannya, mungkin ada bayaran ansuran dari hutang tersebut yang terlepas pandang dan menyebabkan skor kredit anda menjadi buruk disebabkan terlewat membuat bayaran. Apabila rekod anda menjadi tidak baik, semakin sukar untuk anda membuat permohonan pinjaman baru kepada pihak bank pada masa akan datang.

Selain daripada itu, jika sebelum ini anda mungkin terpaksa membuat bayaran kepada beberapa buah bank yang berbeza, kini anda hanya perlu bayar kepada satu bank sahaja. Melalui satu bayaran sahaja, semua bayaran ansuran anda telah selesai. Perkara ini bukan sahaja memudahkan pembayaran anda malah menjimatkan masa anda.

#2 Jimat Kadar Faedah

Kebanyakan individu yang melakukan penyatuan hutang adalah untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah berbanding pinjaman sebelum ini. Kadar faedah yang lebih rendah akan memberi penjimatan yang sangat banyak.

Setiap bank biasanya sering menawarkan kadar faedah yang berbeza mengikut kadar penetapan yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM). Oleh sebab itu, jika anda mahu mendapat penjimatan dari kadar faedah, anda perlu sentiasa melihat kadar faedah semasa setiap bank.

Cara paling mudah adalah dengan membuat perbandingan melalui laman web seperti iMoney.my. Anda boleh melihat perbandingan kadar faedah semasa setiap bank yang berbeza dengan mudah dan cepat.

#3 Ansuran Bulanan Lebih Rendah

Apabila anda mendapat kadar faedah yang lebih rendah, secara automatiknya anda juga akan membuat bayaran ansuran yang lebih rendah. Selain itu, melalui kaedah penyatuan hutang ini juga, anda boleh membuat bayaran ansuran menjadi lebih rendah dengan menambah tempoh pinjaman menjadi lebih panjang.

Cara ini akan membantu anda yang sedang mengalami masalah terbeban dengan bayaran ansuran yang terlalu tinggi. Sekurang-kurangnya, anda masih boleh menyusun kewangan anda menjadi lebih baik serta tidak menambah hutang lain.

Bagaimana mahu lakukan penyatuan hutang ini?

Langkah 1: Semak baki hutang

Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan menyemak semula hutang anda dari segi jumlah baki tertunggak, jumlah ansuran bulanan dan kadar faedah semasa. Jika anda tidak pasti jumlah baki tertunggak, anda boleh dapatkan maklumat tersebut dari pihak bank yang anda buat pinjaman.

Contoh:

Pinjaman peribadi – RM10,000 : RM300 sebulan @ 12% kadar faedah

Kad kredit – RM15,000 : RM550 sebulan @ 15% kadar faedah

Contoh diatas menunjukkan bahawa anda mempunyai dua jenis pinjaman iaitu pinjaman peribadi dan kad kredit.

Langkah 2: Jumlahkan semua

Kemudian, jumlahkan semua hutang tersebut untuk dapatkan jumlah baki hutang keseluruhan.

Contoh:

Jumlah hutang – RM25,000 : RM850 sebulan

Jumlah baki hutang dan bayaran ansuran tersebut menunjukkan jumlah hutang baru yang bakal anda ambil untuk melakukan penyatuan hutang.

Langkah 3: Pilih produk baru

Langkah seterusnya adalah dengan memilih produk baru seperti pinjaman peribadi. Pilih produk yang boleh memberi pinjaman yang sama iaitu RM25,000 dengan bayaran ansuran bulanan lebih rendah dari RM850 sebulan.

Pastikan juga anda memilih pinjaman baru yang memberikan kadar faedah yang lebih rendah dari pinjaman sedia ada bagi memastikan anda mendapat keuntungan. Selain itu, bagi individu beragama Islam, anda boleh memilih pinjaman peribadi yang patuh shariah.

Jika kelayakan pinjaman baru anda tidak mampu untuk menyatukan semua hutang sedia ada, anda boleh pilih untuk selesaikan hutang yang mempunyai kadar faedah yang paling tinggi terlebih dahulu.

Langkah 4: Mohon dengan bank

Selepas selesai membuat perbandingan produk, anda boleh terus mohon produk tersebut dengan bank atau melalui online sahaja. Jika permohonan anda berjaya diluluskan, anda boleh membayar hanya satu pinjaman sahaja dengan bayaran ansuran bulanan yang lebih rendah.

Selepas ini, anda tidak perlu risau lagi tentang bayaran ansuran bulanan yang tinggi.

Kesimpulannya, pinjaman peribadi juga mampu menyelesaikan masalah hutang yang berlebihan serta mengurus kewangan anda dengan baik.

Leave your comment