Pinjaman Rumah: Membantu Anda Memahami BLR (Kadar Pinjaman Asas)

Untuk pembeli-pembeli rumah, ia sentiasa bermanfaat untuk BLR anda adalah serendah yang boleh.

Untuk pembeli-pembeli rumah, ia sentiasa bermanfaat untuk BLR anda adalah serendah yang boleh.

Kepada pembeli-pembeli rumah yang berpengalaman, BLR adalah sesuatu yang tidak perlu diperkenalkan. Tetapi jika anda memohon pinjaman rumah buat pertama kali, anda mungkin terfikir apakah BLR dan kenapa ia sangat diambil berat. Untuk yang tidak berpengalaman, biar iMoney membantu anda memahami tiga huruf ringkas yang amat bermakna ini apabila anda bercadang untuk membeli sebuah rumah.

Apa itu BLR?

Menurut definisi rasmi, BLR, atau Kadar Pinjaman Asas, adalah kadar faedah minimum dikira oleh institusi-institusi perbankan berdasarkan formula yang mengambil kira kos perbelanjaan institusi-institusi dan caj-caj pentadbiran lain.

Dalam istilah biasa, BLR adalah kadar faedah asas sebagai rujukan asal bank, sebelum membuat keputusan dalam berapa banyak yang perlu dicaj untuk pinjaman anda.

Apa Maksud % Dalam BLR?

Apabila anda mencari pinjaman rumah di Malaysia, ia adalah perkara biasa bagi semua bank menawarkan BLR diikuti dengan peratusan (cth BLR-2.4%). Walaupun ia kelihatan seperti satu formula yang sukar, ia cuma memaklumkan kadar faedah yang mereka tawarkan kepada anda berdasarkan BLR yang ditetapkan oleh Bank Negara.

Contoh:

BLR seperti yang ditetapkan oleh Bank Negara                   : 6.6%
BLR ditawarkan oleh Bank                                                    : BLR-2.4%
Faedah Sebenar untuk Pinjaman Rumah anda                    : 6.6% – 2.4% = 4.2%

Adakah Saya Mendapat Faedah Daripada BLR Tinggi Atau BLR Rendah?

Untuk pembeli-pembeli rumah, ia sentiasa bermanfaat untuk mendapatkan BLR anda serendah yang boleh. Sebagai contoh: untuk pinjaman rumah bernilai RM500,000 dalam tempoh 30 tahun, perbezaan dalam faedah antara BLR 4.2% dan 4.15% (cth hanya 0.05%) boleh melebihi RM5,000!

homeloan-728x90-bm

Apa Yang Menyebabkan BLR Naik Dan Turun?

BLR sentiasa mengalami pelarasan bergantung kepada ekonomi. Secara amnya, ia meningkat ketika wang pasaran dalam trend menaik dan menurun apabila sebaliknya berlaku. Di Malaysia,  BLR tertinggi yang direkodkan ialah 12.27% pada tahun 1998, manakala yang terendah ialah 5.55% pada tahun 2009.

Bolehkah Saya Berunding Untuk BLR Yang Lebih Baik Untuk Pinjaman Rumah Saya?

Ya, anda sentiasa boleh berunding untuk kadar yang lebih baik, terutamanya bila anda mempunyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Sesetengah faktor yang boleh membantu anda termasuk:

  • mempunyai rekod yang baik dengan bank
  • seorang pelanggan perbankan utama
  • mempunyai dokumentasi membuktikan anda memiliki nilai bersih/aset yang tinggi
  • membeli kediaman bernilai tinggi

Perlu bantuan untuk mendapatkan pinjaman rumah yang anda perlukan? Sila lihat carta perbandingan pinjaman rumah kami untuk mendapatkan kadar-kadar terkini yang ditawarkan oleh bank-bank di Malaysia.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.