Beberapa Pertimbangan Sebelum Memilih Broker Saham Pertama Anda

Anda memerlukan seorang broker saham untuk mula melabur dalam pasaran saham.

Anda memerlukan seorang broker saham untuk mula melabur dalam pasaran saham.

Tiada cara lain di sebaliknya. Jika anda ingin melabur dalam saham, anda memerlukan seorang broker saham yang akan melakukan penjualan dan pembelian sebenar saham-saham bagi pihak anda.

Namun begitu, memilih broker bukan senang seperti memilih seseorang yang mengenakan caj terendah (walaupun ia adalah perkara pertama yang anda perlu fikirkan). Dalam artikel ini, iMoney akan menunjukkan anda beberapa faktor-faktor yang anda patut pertimbangkan apabila mengupah seorang broker saham buat kali pertama.

1) Yuran Broker Saham

Broker-broker saham mengenakan yuran apabila anda membeli atau menjual saham. Bagi pelabur baru dengan dana yang terhad, setiap sen diambil kira, oleh itu ia mungkin lebih baik untuk anda mempertimbangkan broker-broker dengan yuran terendah, daripada mereka yang mengenakan caj premium untuk perkhidmatan-perkhidmatan yang anda mungkin tidak akan gunakan.

Contoh:
Perbezaan antara broker yang mengenakan caj 0.1% kepada anda dan broker yang mengenakan caj 0.6% adalah RM250 jika anda membeli atau menjual saham-saham yang bernilai RM50,000!

Untuk mengetahui broker yang mempunyai yuran terendah, sila lihat carta perbandingan akaun perdagangan saham iMoney.

2) Pendahuluan Tunai (Cash Upfront) atau Akaun-Akaun Kolateral (Collateralised Accounts)

Apabila membuka akaun perdagangan saham, broker anda mungkin menawarkan anda pilihan akaun Pendahuluan Tunai atau akaun Kolateral, atau kedua-duanya sekali. Untuk Pendahuluan Tunai, yuran brokeraj adalah lebih rendah, tetapi perdagangan anda lazimnya terhad kepada jumlah deposit dalam akaun amanah (contohnya jika anda mempunyai RM100 dalam akaun amanah anda, anda boleh memperdagangkan saham-saham bernilai RM100). Untuk Kolateral, yuran brokeraj anda adalah lebih tinggi tetapi had dagangan adalah berkali ganda daripada jumlah yang didepositkan atau ditetapkan kepada akaun amanah anda.

Tidak kira jenis seorang pelabur apakah anda, pastikan anda memilih seorang broker yang menawarkan akaun yang sesuai dengan strategi pelaburan anda.

3) Minimum

Sesetengah broker-broker saham berkeras yang anda depositkan dan kekalkan baki minimum dalam akaun amanah anda untuk memperdagangkan saham-saham. Ini mungkin dalam linkungan serendah RM1,000, ke RM10,000 atau lebih. Jika anda mempunyai dana yang terhad untuk tujuan pelaburan, pilihan terbaik anda ialah pilihan minimum terendah, atau pilihan tiada syarat minimum.

4) Platform Perdagangan Dalam Talian

Walaupun ada sesetengah pelabur-pelabur yang terus bekerjasama rapat dengan ejen broker saham atau remisier untuk tujuan perdagangan saham; ramai pelabur-pelabur generasi baru tidak beralih ke platform perdagangan dalam talian untuk memerhati dan mengurus sendiri aktiviti-aktiviti perdagangan mereka. Jika anda dalam kategori kedua ini, tidak rugi bagi anda untuk melihat dan mengkaji forum-forum dalam talian dan lihat pendapat orang lain mengenai perdagangan dalam talian dengan broker pilihan anda. Ingat: gangguan perkhidmatan talian yang kerap adalah tidak baik apabila ia melibatkan wang anda!

5) Pengeluaran Wang

Fikirkan bagaimana anda mahu mengeluarkan wang dari akaun perdagangan saham anda (yang anda akan buat tidak lama lagi). Bagi unit broker bank, it mungkin melibatkan panggilan telefon yang mudah atau menekan butang dalam talian untuk memindahkan wang ke akaun simpanan yang berkaitan atau akaun semasa. Bagi firma broker, proses tersebut mungkin mengambil masa lebih lama kerana ia melibatkan perangkaan, proses perbankan dan pelepasan cek-cek ke dalam akaun anda. Walaupun anda akan mendapat wang anda dengan salah satu cara tersebut, kecepatan pengeluaran adalah berbeza dan mungkin satu perkara yang besar bagi pelabur-pelabur tertentu.

6) Kejujuran dan Reputasi Broker Saham

Apabila anda memberi kepercayaan kepada sebuah syarikat dengan jumlah wang yang besar, anda perlu selalu berusaha keras memastikan sama ada syarikat tersebut boleh dipercayai. Unit-unit broker bank lazimnya boleh dipercayai di mana mereka adalah sebahagian daripada bank-bank tersebut, namun ini tidak menyifatkan yang syarikat-syarikat broker, terutamanya syarikat-syarikat besar, tidak boleh diharapkan. Mungkin pendekatan terbaik adalah dengan bertanyakan pedagang saham yang mantap mengenai broker yang digunakan. Tetapi jika anda tidak mempunyai hubungan sedemikian, ingat bahawa Internet adalah rakan anda.

Perlukan lebih maklumat mengenai perdagangan saham di Malaysia? Ketahui bagaimana anda boleh mula berdagang saham-saham dalam 4 langkah mudah!

Bersedia untuk mula melabur dalam saham? Sila lihat carta perbandingan akaun perdagangan saham dan cari broker saham yang sesuai untuk anda.

Leave your comment