Mula Berdagang Saham Dalam Empat Langkah Mudah

Jadi anda mahu berdagang saham tapi tak tahu nak mula di mana? Di sini ada 4 cara mudah untuk bantu anda bermula:

Langkah 1: Kenali pasaran anda

Terdapat banyak pasaran saham yang berbeza di seluruh dunia. Antara yang paling popular adalah Bursa Saham New York, Bursa Saham London dan Bursa Saham Tokyo. Bergantung kepada minat dan pilihan risiko anda, anda akan dapati syarikat-syarikat tertentu yang tersenarai di pasaran saham asing lebih menarik.

Langkah 2: Buka akaun Sistem Depositori Pusat (Central Depository System a.k.a CDS)

Sebelum bermula, anda perlu buka akaun Sistem Depositori Pusat (Central Depository System a.k.a CDS) dengan Bursa Malaysia. Akaun CDS merupakan sistem kemasukan buku elektronik untuk merekod dan mengekalkan pemilikan saham dan pemindahan.Sama saja dengan simpan duit dalam akaun bank, anda “simpan” saham dalam akaun CDS.

Terdapat dua jenis akaun CDS:
(i) Akaun penama
(ii) Akaun langsung

Akaun penama
Dengan akaun penama, broker saham / remisier anda pegang saham bagi pihak anda. Manfaat utama akaun penama adalah broker saham / remisier anda biasanya kendalikan apa-apa tugas pentadbiran / kertas kerja untuk anda (contohnya isi borang bagi hak dan terbitan bonus). Anda masih akan terima sebarang dividen yang dibayar oleh syarikat-syarikat anda sendiri.

Akaun langsung
Akaun langsung adalah bertentangan sama sekali dengan akaun penama. Anda sendiri yang perlu kendalikan semua aktiviti dan tugas yang berkaitan dengan pemilikan saham (contohnya terima dan deposit sebarang cek pembayaran dividen, mengurus sebarang dokumen yang diperlukan).

Dalam proses memilih di antara keduanya, anda perlu fikir apa yang terbaik untuk anda. Tanya diri anda sama ada anda ada masa untuk urus sendiri beberapa tugas. Adakah anda biasa dengan apa yang perlu dibuat. Adakah anda punyai kesabaran untuk kendalikan isu-isu ini?

[Nota: Kini, kebanyakan broker tawarkan bantuan kepada pelanggan baru dalam membuka akaun CDS apabila mendaftar.]

Langkah 3: Pilih broker anda

Sebaik sahaja anda buka akaun CDS, anda perlu pilih broker yang boleh dipercayai untuk bantu anda melaksanakan dagangan saham. Terdapat banyak perkhidmatan broker yang berbeza ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia. Jika anda minat dalam dagangan saham asing, jangan lupa periksa sama ada broker yang anda pilih ada tawarkan perkhidmatan tersebut.

Broker yang berbeza mengenakan kadar pembrokeran, yuran serta opsyen dagangan yang berbeza. Sebagai contoh, satu broker mungkin kenakan kadar pembrokeran yang lebih rendah tapi tak tawarkan dagangan pasaran saham asing.

Langkah 4: Buat penyelidikan anda

Bukannya mudah nak jana kekayaan dari pelaburan dan perdagangan saham. Anda perlu selidik syarikat pelaburan yang berkenaan. Ini termasuklah ambil masa untuk selidik sama ada strategi perniagaan syarikat tersebut sesuai dan boleh dilaksanakan, kualiti pengurusannya, hubungannya dengan pembekal dan pelanggan, serta bagaimana status kedudukannya berbanding dengan pesaingnya. Namun begitu, ramai peniaga saham profesional masih perlu bekerja keras untuk membuat keuntungan yang konsisten dalam jangka masa panjang – maknanya anda perlu berhati-hati!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.