Mengapa Akaun Simpanan Menjadi Penyelamat?

Ramai orang pandang ringan keperluan untuk menyimpan. Tapi orang bijaksana dulu-dulu mengajar kita bahawa menyimpan sekarang akan lebih melengkapkan kita untuk masa hadapan. Walaupun akaun simpanan tidaklah terlalu popular pada masa sekarang, ia masih lagi berbaloi untuk kita melihat produk bank ini.

Jenis-jenis akaun simpanan

Seperti juga namanya, akaun simpanan membolehkan anda mengumpul wang atas nama anda. Ia boleh jadi akaun individu atau akaun bersama (dengan kawan, saudara-mara atau rakan kongsi). Selain dari itu, terdapat juga jenis-jenis tertentu yang anda mungkin berminat untuk mempertimbangkannya.

Akaun simpanan hasil tinggi
Akaun ini tawarkan kadar faedah yang lebih tinggi. Ini adalah sejenis pelaburan yang baik kerana ia adalah sangat berrisiko rendah. Kelemahannya hanyalah ia mungkin memerlukan deposit minimum yang lebih tinggi. Kadangkala, akaun jenis ini juga adalah eksklusif kepada golongan yang berpendapatan tinggi.

Akaun faedah tetap
Selalunya digelar deposit tetap atau akaun simpanan tetap, akaun jenis ini tawarkan kadar faedah yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat satu tempoh yang tetap yang mana sepas itu baru boleh dikeluarkan wang dari akaun ini. Perkara terbaik tentang akaun ini adalah terdapat pilihan tempoh masa tersebut. Seseorang boleh pilih akaun jangka pendek (contohnya 1 bulan hingga 3 bulan) atau panjang yang panjangnya boleh mencecah sehingga 5 tahun.

Keperluan untuk buka akaun simpanan

Menurut undang-undang yang berkaitan pencegahan pembersihan wang haram, bank selalunya mempunyai keperluan yang ketat berkaitan pembukaan akaun simpanan. Dokumen yang biasanya diperlukan termasuklah sijil kelahiran, kad pengenalan dan / atau pasport. Bank juga mungkin perlukan pemohon hadir sendiri sebelum memberikan akses kepada mana-mana akaun simpanan yang baru dibuka.

Ingat juga bahawa terdapat deposit permulaan minimum untuk setiap jenis akaun simpanan. Sesetengah bank mungkin perlukan anda mengekalkan amaun deposit tetap untuk menikmati faedah yang lebih tinggi.

Faedah mengekalkan akaun simpanan

Terdapat kebaikan mempunyai serta mengekalkan akaun simpanan anda sendiri. Di antaranya adalah seperti berikut:

Wang yang terjamin
Sukar untuk dapatkan wang apabila anda benar-benar memerlukannya. Mempunyai akaun simpanan membolehkan anda menggunakan dana dalam kes kecemasan. Anda tak perlu mohon pinjaman peribadi untuk membiayai keperluan ini.

Memperlihatkan kedudukan yang baik
Mendapatkan pinjaman yang besar adalah lebih mudah apabila anda ada akaun simpanan yang kukuh. Ia membolehkan pemberi pinjaman yakin bahawa anda boleh bayar pinjaman walaupun akaun simpanan anda mempunyai jumlah yang lebih kecil dari pinjaman yang diingini.

Pelaburan yang baik
Akaun simpanan dianggap sebagai salah satu produk pelaburan yang paling selamat. Kelemahannya hanyalah ia cuma menawarkan pendapatan yang kecil. Walau bagaimanapun, ia benar-benar memberi kita peluang untuk mendapatkan wang secara tetap.

Tidak terlewat untuk anda buat persediaan bagi masa depan anda. Pertimbangkan idea untuk masukkan sejumlah kecil wang ke dalam akaun simpanan anda sekerap mungkin untuk menjaga kewangan anda. Tak sesiapapun tahu kalau-kalau akan berlakunya kegawatan ekonomi di tahun-tahun yang akan datang, jadi lebih bijak kalau bersedia.

Mengetahui bank mana yang menawarkan akaun simpanan yang terbaik hari ini!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.