5 Cara Terpantas Untuk Menyimpan Wang

wallet tied

Anda tidak perlu menjadi pakar kewangan untuk memulakan habit penyimpanan wang dan anda juga tidak perlu berhenti perbelanjaan. Banyak cara yang boleh dilakukan seperti berdiet. Apabila anda mahu menurunkan berat badan, anda perlu mengubah cara hidup anda termasuklah cara pemakanan dan juga senaman. Terdapat pelbagai jenis diet trend tetapi realitinya diet yang berkesan dan yang mampu menurunkan berat badan hanya dengan permakanan yang sihat dan juga senaman.

Serupa juga dengan kes di atas, untuk menabung atau menyimpan wang kita hanya perlu ada kekuatan untuk kurangkan perbelanjaan ataupun tingkatkan pendapatan. Tetapi untuk melakukan semua ini, anda perlu ubah cara hidup anda terlebih dahulu.

Advertisement

Jika anda rasa anda ingin mencuba, di sini terdapat 5 cara terpantas untuk penjimatan dalam situasi kewangan anda sekarang.

1) Merombak semula

Langkah pertama untuk menjimatkan duit adalah dengan mengurangkan perbelanjaan.

Sebelum bermula, lihat dan semak kembali ke mana wang anda banyak dibelanjakan dan cari cara untuk mengurangkannya. Contoh, jika sewa rumah anda adalah rm800 sebulan, tidak salah untuk anda untuk mengurangkan jumlah itu dengan menyewa rumah yang lebih murah ataupun pindah kembali ke rumah keluarga anda atau cuba mencari kawan untuk berkongsi sewa bilik bersama.

Tiada had cara untuk anda berjimat. Kuncinya adalah anda tidak perlu menyeksa diri dengan berhenti perbelanjaan secara drastik tetapi apa yang anda perlu lakukan hanyalah dengan mengurangkan perbelanjaan secara konsisten.

Terdapat beberapa contoh untuk anda mengubah cara hidup yang mampu mengurangkan perbelanjaan bulanan anda.

5 Cara Tercepat Untuk Menyimpan Wang-1a

Anggaran perbelanjaan bulanan dan pelan penyimpanan

 

2) Tingkatkan pendapatan

Duit sudah berkurangan. Apa yang anda perlu lakukan? Selain daripada mengurangkan perbelanjaan, anda juga perlu meningkatkan pendapatan. Tidak kira betapa hebatnya anda menyimpan duit, pendapatan tambahan akan berguna jua nanti.

Untuk menambahkan pendapatan anda, fikir tentang kerjaya yang mampu memberikan gaji yang lumayan. Rujuk kepada infografik kami untuk senarai gaji yang tertinggi di Malaysia mengikut pekerjaan dan industri.

Walaubagaimanapun, jika anda tidak merancang untuk menukar pekerjaan, anda boleh kerap berbincang dengan majikan anda tentang prestasi dan sasaran untuk anda layak mendapat kenaikan pangkat atau lain-lain ganjaran.

Cara lain untuk menambahkan pendaptan anda adalah dengan mencari kerja sambilan seperti menulis, pekerjaan bebas, menulis blog dan mungkin menjadi guru tusyen. Untuk memilih kerja sambilan juga haruslah tepat bergantung kepada kecenderungan dan kepakaran anda.

Anda juga boleh mengiklankan servis atau perkhidmatan anda di Facebook secara percuma untuk menambahkan pendapatan. Gunakan laman social anda untuk mempertingkatkan pendapatan bulanan.

3) Jana wang dari ‘barangan terpakai’

Seperti yang diperkatakan sebelum ini dan ingin kami ulangi lagi — mengurangkan perbelanjaan sahaja tidak cukup. Anda juga boleh menambah pendapatan anda dengan menjual barangan terpakai. Terdapat banyak forum, laman Facebook dan laman sesawang yang boleh anda menukar dan menjual barangan terpakai.

Duit adalah motivasi yang kuat untuk kita memulakan apa yang patut dimulakan sebelum ini. Jika terdapat banyak pakaian atau barangan yang anda tidak mampu dimuatkan ke dalam almari, maka cubalah untuk menjualnya jika anda tidak mahu memakainya lagi (pastikan masih dalam keadaan yang baik). Setiap ringgit tambahan membawa anda kepada gol anda. Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jom jadi kreatif!

4) Dapatkan ganjaran apabila anda berbelanja

Berjimat tidak bermaksud kita hidup umpama sami, rahib atau paderi. Anda boleh memanjakan diri sekali-sekala. Anda masih boleh menikmati makan malam di luar, memanjakan diri dengan terapi membeli-belah. Kuncinya adalah dengan memilih tempat perbelanjaan yang berbaloi dengan pendapatan anda.

Salah satu cara untuk mendapatkan diskaun adalah dengan berbelanja melalui laman web.

Kebanyakan barangan di Internet adalah lebih murah kerana mereka tidak perlu membayar sewa kedai. Anda juga boleh menebus kupon untuk mendapatkan lebih diskaun di kedai web.

Beberapa laman web e-dagang yang terkenal menawarkan kod-kod baucer diskaun. Maka anda boleh memuat turun baucer yang menawarkan diskaun terkini di laman web seperti iPrice.my. Kesemua kod baucer dikemaskini setiap hari untuk memastikan anda tidak terlepas peluang untuk berjimat.

Cara lain untuk mendapat ganjaran berbelanja adalah dengan mengunakan kad kredit. Ambil masa seketika untuk mengetahui tentang ganjaran dan diskaun yang ditawarkan oleh kad tersebut. Dengan itu, lebih mudah untuk anda medapatkan wang pulangan dan mata ganjaran setiap kali anda berbelanja!

5) Faedah berganda yang magik

Setelah mengubah dan menjana lebih pendapatan, menyimpan wang di dalam tin atau meletakkannya di bawah katil bukanlah cara penyimpanan wang yang bagus.

Berusaha sedikit untuk menjadi lebih pintar dan berjimat dalam pada masa yang sama dengan mengira wang yang akan didapati dari bantuan faedah berganda.

Terdapat beberapa cara untuk anda menyimpan duit dan mendapat imbuhan ke atasnya seperti:

1) Akaun deposit tetap – Merupakan satu alternatif mudah dan bebas risiko kepada saham/bon. Deposit tetap ialah pelaburan bagi orang yang mahukan instrumen pelaburan yang berisiko rendah atau cara penyimpanan wang berfaedah yang lebih tinggi.

2) Tabung unit amanah – Risiko rendah apabila melabur di dana unit amanah kerana seorang pengurus dana akan dilantik untuk memastikan portfolio pelabur dipelbagaikan.

Kadangkala satu matlamat mampu merangsang kita untuk mendapatkan wang dengan segera seperti menyimpan untuk satu percutian atau membeli rumah. Bagaimanapun, terdapat satu peluang di mana sebaik sahaja anda membuat perubahan ini, anda tidak akan kembali kepada tabiat lama anda.

 

Ingin menyertai dunia pelaburan? Mulakan dengan simpanan tetap.

Leave your comment