Menu
Kadar Faedah

5.10%

Bayaran Bulanan

RM1,357

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama
  • Kadar yang dihadkan untuk berdepan perubahan BR (Base Rate)
  • Diskaun ke atas duti setem
  • Terbaik untuk jumlah pinjaman bernilai RM500,000-RM600,000
Terma & Syarat
  • Umur Minima: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90% + 5% untuk pembiayaan MRTT
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan CIMB Islamic Bank sesuai untuk saya?

CIMB Islamic Bank menyediakan pembiayaan hartanah yang mematuhi Shariah melalui produk Ijarah Property Financing-i. Ianya adalah berdasarkan konsep Ijarah Muntahiyah Bittamik yang menawarkan pemindahan hak milik hartanah pada hujung tempoh pinjaman sedikit pembayaran kepada pihak bank.

Pembayaran sewa Ijarah Property Financing-i mungkin akan berubah-ubah bergantung kepada Base Financing Rate (BFR) tetapi produk Conditional Prepayment Rate (CPR) telah dihadkan pada 10.75% setahun. Demi mempromosikan pembiayaan perumahan Islamik, CIMB Islamic juga menawarkan diskaun duti setem ke atas produknya. Pengecualian sebanyak 20% diberikan untuk pinjaman perumahan baru manakala pengecualian penuh ditawarkan untuk pelanggan yang melakukan refinancing dari produk konvensional kepada Islamik.

CIMB Islamic telah mengembalikan ciri tiada tempoh lock-in. Pelanggan baru CIMB Islamic boleh menjual hartanah atau melakukan refinancing tanpa menanggung penalti penyelesaian awal.

Margin pembiayaan yang ditawarkan oleh CIMB Islamic Bank boleh mencecah sehingga 95% dan tempoh maksimum pinjaman ditetapkan pada 35 tahun (mengikut garis panduan terkini Bank Negara Malaysia) ATAU sehingga umur peminjam mencecah 70 tahun.

Pakej Pinjaman Perumahan CIMB Islamic

Pakej Ijarah Property Financing-i yang mematuhi Shariah direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelanggan perbankan Islamik. Anda boleh bandingkana ciri utama produk ini di bawah.

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Ijarah Property Financing-i
  • Kadar keuntungan dihadkan pada 10.75% setahun sekiranya BFR meningkat
  • Pengecualian 20% duti setem bagi permohonan baru
  • Pengecualian 100% duti setem bagi refinancing dari produk Konvensional kepada Islamik
  • Tiada yuran pemprosesan
Tidak

Adakah saya layak untuk memohon pinjaman perumahan CIMB Islamic?

Semua warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang berumur lebih dari 18 tahun boleh memohon pinjaman perumahan CIMB Islamic.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan CIMB Islamic Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan CIMB Islamic Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari CIMB Islamic Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan CIMB Islamic?

Selain dari rangkaian cawangan yang luas, CIMB Islamic menawarkan fasiliti pembayaran lain yang menjadikan pembayaran semula pinjaman sesuatu yang mudah.

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa CIMB Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran secara online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
Mesin ATM CIMB Islamic Bank
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa CIMB Islamic Bank anda untuk melakukan pembayaran di semua cawangan CIMB.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan CIMB Islamic Bank.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada CIMB Islamic Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan OCBC Al-Amin
Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada OCBC Al-Amin adalah 3.92%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun.
Pinjaman Perumahan MBSB
MBSB menawarkan pinjaman rumah bermula dari BLR-1%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini adalah 5 tahun.
Pinjaman Perumahan Kuwait Finance House
Di Kuwait Finance House, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 2.96%. Ia tidak mempunyai pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Terdapat tempoh berkunci selama 5 tahun untuk gadai janji ini.
Pohon di sini
DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di