Kelulusan Lebih Tinggi. Kadar Lebih Rendah.
Dapatkan Kelulusan dengan Kadar dari 3.45% setahun.

Sertai 85.46% pemohon yang berjaya mendapat kelulusan. Kami memadankan anda dengan sehingga 15 Bank untuk mencari pinjaman yang sempurna bagi profil anda.

Dapatkan pinjaman rumah yang terbaik untuk anda

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Soalan Lazim

  • iMoney ialah platform perbandingan kewangan nombor 1 Malaysia. Kami telah melantik FINTOS Advice Consultancy — pakar kewangan berlesen — sebagai rakan penilaian pinjaman rumah rasmi kami. Maknanya, anda bukan sekadar bandingkan kadar. Anda dapat pakar yang betul-betul bantu susun profil dan pastikan anda dapat tawaran terbaik dari bank.

  • Betul-betul percuma. Penilaian DSR, semakan kredit, dan analisis profil awal anda — semuanya tanpa kos. Dan yang penting, ia adalah ‘semakan lembut’ yang tidak tinggalkan sebarang kesan pada rekod CCRIS rasmi Bank Negara anda. Anda boleh semak dengan tenang, tanpa risiko.

  • Ketelusan adalah nilai teras kami. Penilaian awal sentiasa percuma. Kalau anda memilih untuk beri mandat kepada FINTOS untuk uruskan keseluruhan proses — dari negosiasi bank hingga kelulusan pinjaman — yuran perundingan profesional akan dibentangkan dan dipersetujui bersama anda sebelum apa-apa tindakan diambil. Tiada kejutan, tiada caj tersembunyi. Bagi pinjaman itu sendiri, duti setem dan yuran guaman standard akan dikenakan — tapi FINTOS sering bantu cover kos ni melalui margin pinjaman yang lebih tinggi.

  • Boleh. Penolakan bukan bermakna anda tidak layak selamanya — ia bermakna profil kredit sebelum ni tidak cukup kuat. Penasihat FINTOS akan kenal pasti punca sebenar penolakan itu dan susun semula profil kewangan anda — termasuk gabungkan hutang sedia ada jika perlu — supaya permohonan seterusnya lebih kukuh dan bertepatan dengan kriteria bank yang dipilih.

  • J: Ada. Sistem bank konvensional memang kerap menolak secara automatik berdasarkan isu-isu sebegini. Tapi FINTOS menilai setiap kes secara individu Kami membantu individu yang menghadapi pelbagai cabaran kewangan dan berusaha untuk merangka penyelesaian yang yang praktikal: sama ada melalui pelan penyatuan hutang, penyusunan semula kewangan, atau strategi lain yang sesuai dengan situasi anda.

  • Boleh. Pemohon yang bekerja sendiri layak jika ada bukti pendapatan yang konsisten — penyata bank, rekod cukai, atau akaun perniagaan. Penasihat FINTOS pakar dalam membantu pemilik perniagaan dan individu yang bekerja sendiri menyusun dan mengatur dokumentasi mereka untuk memenuhi penilaian bank yang ketat.

  • DSR adalah peratusan jumlah bayaran hutang bulanan anda berbanding pendapatan bersih. Kebanyakan bank mahu DSR di bawah 60–70% sebelum luluskan pinjaman. Semakin rendah DSR anda, semakin tinggi margin yang bank sanggup beri. Penasihat FINTOS pakar membuat analisis dan akan mencadangkan cara terbaik untuk optimumkan DSR anda sebelum membuat pemohonan kepada bank.

  • Selain harga rumah, anda perlu sediakan lebih kurang: 10% bayaran pendahuluan, yuran guaman (SPA, Perjanjian Pinjaman, Pertukaran Hakmilik), duti setem, yuran penilaian hartanah, dan premium insurans MRTA atau MLTA. Kelebihan FINTOS: Kami bantu dapatkan margin pinjaman sehingga 120% — maknanya kos-kos ini boleh dicover dalam pinjaman anda sendiri, tanpa perlu keluarkan duit tunai lebih.

  • Tempoh maksimum untuk pinjaman rumah bank komersial di Malaysia adalah 35 tahun, atau sehingga peminjam mencapai umur 70 tahun — yang mana lebih awal dahulu. Tempoh yang lebih panjang bermakna ansuran bulanan lebih rendah, tapi jumlah faedah lebih tinggi. FINTOS bantu anda cari keseimbangan terbaik.

  • Pinjaman Flexi — paling fleksibel. Bayar lebih bila ada lebihan, dan boleh tarik balik lebihan itu bila-bila masa. Semi-Flexi — boleh bayar lebih untuk kurangkan faedah, tapi nak tarik balik perlu notis dan mungkin ada yuran. Pinjaman Berjangka — struktur tetap. Bayaran sama setiap bulan, kurang fleksibel tapi mudah urus. FINTOS bantu anda pilih struktur yang paling sesuai dengan tabiat kewangan anda.

  • Pinjaman konvensional kenakan faedah atas baki prinsipal yang tertunggak. Pinjaman Islam pula guna kontrak berasaskan untung seperti Tawarruq atau Murabahah — patuh Syariah, tanpa faedah dalam erti kata konvensional. Bayaran bulanan kedua-duanya hampir sama, tapi struktur undang-undang berbeza. Yang mana lebih baik? Bergantung pada nilai peribadi dan syarat bank. FINTOS bantu anda compare kedua-dua dan pilih yang terbaik.

  • Dengan dokumen yang lengkap, penilaian awal FINTOS dan kelulusan-dalam-prinsip boleh siap dalam masa 1–2 hari bekerja. Kelulusan rasmi bank biasanya ambil masa 3–7 hari bekerja untuk kelulusan bersyarat, dan 2–4 minggu untuk dokumentasi penuh bergantung kepada bank yang dipilih. FINTOS pantau setiap langkah supaya tiada kelewatan yang tidak perlu.

  • Anda tidak akan dibiarkan dalam kegelapan. Kami akan memberikan kemas kini berterusan mengenai status permohonan anda terus ke nombor telefon bimbit berdaftar anda. Anda juga boleh menyemak terus dengan penasihat kewangan FINTOS yang ditetapkan khusus untuk anda pada bila-bila masa.

  • Beberapa perkara mudah yang boleh buat bezaan besar: jaga rekod kredit, kurangkan hutang tanpa cagaran, elak hantar permohonan ke banyak bank serentak (boleh jejaskan skor), dan pastikan dokumen lengkap. Tapi cara paling berkesan? Cara terbaik mutlak untuk meningkatkan peluang anda adalah dengan menggunakan penilaian percuma iMoney × FINTOS untuk mendapatkan pakar menyusun permohonan anda sebelum bank melihatnya.