Tip Mudah Membeli-Belah Atas Talian Dengan Kad Kredit Anda

Membeli-belah atas talian seronok dan mudah, tapi hanya jika anda tak melebihi had kad kredit anda dan tak berdepan dengan bil yang tak mampu dibayar semula pada akhir bulan. Jika anda seorang kaki beli-belah atas talian dan kurang disiplin kewangan, di bawah adalah beberapa tip untuk elakkan masalah:

Hanya gunakan satu atau dua kad kredit

Elakkan guna terlalu banyak jenis kad kredit kerana anda mungkin akan hadapi kesukaran menjejakki perbelanjaan atas talian anda. Pilih satu atau dua kad kredit yang anda benar-benar faham mengenainya yang mana memberikan kadar faedah dan terma yang terbaik.

Mulakan dengan kad kredit yang berbunga rendah

Walaupun nampak mudah, namun anda akan terkejut berapa ramai orang yang tak endah hal ini! Jika ada lebih dari satu kad, anda perlu sentiasa membeli-belah dengan kad kredit yang kenakan kadar faedah terendah. Dengan cara ini jika anda gagal bayar bil-bil anda pada masanya, sekurang-kurangnya anda dapat kurangkan kos faedah.

Advertisement

Cuba bayar pembelian atas talian dalam tempoh bebas faedah

Kebanyakan bank tak kenakan anda caj faedah dalam tempoh 20 ke 45 hari lepas anda buat pembelian dengan kad kredit. Tempoh ini dikenali sebagai tempoh bebas faedah. Jika anda tak bayar jumlah penuh menjelang akhir tempoh ini, mana-mana baki tertunggak akan dibawa ke bulan seterusnya dan faedah akan dikenakan ke atas jumlah yang anda berhutang. Dengan memastikan bahawa anda berbelanja ikut had, anda boleh nikmati pengalaman berbelanja atas talian tanpa bayaran faedah!

Itu dia – beberapa tip hebat berbelanja atas talian menggunakan kad kredit.

Adakah anda sentiasa lambat buat pembayaran kad kredit anda? Jika ya, bacalah 3 langkah mudah apabila anda gagal mematuhi bayaran minimum kad kredit anda.

Leave your comment