Panduan Menambah Baik Dan Mempelajari Kemahiran Di Malaysia

how to reskill and upskill

Pernahkah anda terasa bosan dengan rutin kerja dan ingin mencuba sesuatu yang memberi kelainan? Atau risau jika teknologi Kecerdasan Buatan (AI) akan mengambil alih kerja anda? Sebenarnya, kerjaya profesional adalah sesuatu yang mencabar, terutama sekali jika industri atau bidang kerja tersebut tidak menentu.

Jangan risau kerana masih belum terlambat untuk sesiapa menukar kerjaya. Ditambah pula kemudahan Internet, kini lebih mudah untuk anda menambah baik atau mempelajari kemahiran profesional baharu.

Mengapa perlu tambah baik atau pelajari kemahiran baharu?

Menambah baik kemahiran merujuk kepada memperbaiki atau memperluaskan kemahiran profesional supaya anda boleh menjadi pekerja yang lebih baik dalam bidang anda. Manakala, mempelajari kemahiran baharu merujuk kepada mempelajari sesuatu kemahiran yang baru supaya anda boleh melakukan pekerjaan dalam bidang yang lain. Berikut adalah sebab mengapa pentingnya menambah baik dan mempelajari kemahiran baharu:

  • Kemahiran anda kekal relevan. Menurut World Economic Forum, sistem automasi mungkin akan mempengaruhi satu pertiga daripada semua jenis pekerjaan menjelang pertengahan 2030. Walau bagaimanapun, sistem automasi dijangka akan mewujudkan pekerjaan lebih daripada menggantikan tenaga kerja manusia. Kemahiran profesional yang anda ada sekarang mungkin tidak diguna pakai lagi pada masa hadapan. Namun, dengan kerap mempelajari kemahiran baharu, anda akan kekal relevan dalam dunia pekerjaan.
  • Kerjaya lebih berkembang. Mempelajari kemahiran baharu boleh menambah nilai dan harga anda sebagai seorang pekerja. Juga, dengan adanya kemahiran baharu, lebih senang untuk anda meminta kenaikan pangkat atau gaji.
  • Lebih banyak peluang pekerjaan. Ini sememangnya dapat menambah peluang anda semasa mencari kerja. Sebagai contoh, seorang calon wartawan yang mempunyai kemahiran penterjemahan data mempunyai peluang yang lebih baik berbanding calon wartawan yang lain. Juga, ini merupakan kaedah yang bijak jika anda sedang mencari pekerjaan yang ‘lari’ sedikit daripada pekerjaan semasa anda – sebagai contoh, jika anda seorang pemasar kandungan yang mempunyai kemahiran SEO yang tinggi, anda juga boleh memohon jawatan seperti pakar SEO.
  • Boleh menukar kerjaya lain. Dengan mempelajari kemahiran baharu, ada kemungkinan tinggi untuk anda menukar pekerjaan kepada kerjaya yang lebih bermakna. Contohnya, menukar kepada kerjaya yang memberi lebih manfaat dari segi kewangan, pembelajaran atau kerohanian.

Cara mengenal pasti kemahiran yang perlu dikembangkan

Sebelum anda memulakan perjalanan ini, anda harus fikir masak-masak dan tanya diri anda kemahiran apa yang anda ingin kembangkan. Berikut adalah beberapa soalan untuk anda pertimbangkan:

  • Apa yang anda minat? Memang lumrah manusia untuk lebih bersungguh-sungguh dalam mengejar sesuatu yang berkaitan dengan minat. Minat yang dimaksudkan di sini tidak semestinya sesuatu yang berkenaan dengan pekerjaan anda. Mempelajari sesuatu yang berkaitan dengan minat boleh membuka pelbagai lagi jenis peluang untuk diri anda.
  • Apakah kemahiran yang membantu hasil kerja anda? Anda boleh pertimbangkan kemahiran yang boleh membawa mutu kerja anda ke arah yang lebih baik, produktif dan memberi manfaat. Ini boleh diambil kira sebagai manfaat jangka masa pendek.
  • Apakah kemahiran untuk jangka masa panjang? Anda antara kita yang mungkin akan berpindah kerjaya, atau kehilangan permintaan dari segi pekerjaan. Jadi anda perlu tahu kemahiran apa yang sedang dicari oleh majikan di luar sana.
  • Apakah kemahiran yang dicari? Ada sesetengah majikan atau syarikat yang menerbitkan panduan gaji atau laporan tentang aliran tenaga kerja. Gunakan sumber tersebut untuk mengetahui jawatan apa yang sedang dicari oleh mereka. Contohnya, laporan kerjaya yang sedang meningkat Linkedin Tahun 2021 menerangkan tentang jawatan yang semakin laris dalam pasaran pekerjaan pada tahun tersebut, termasuklah kemahiran yang diperlukan.
  • Apakah kemahiran yang diperlukan jika anda menukar kerjaya? Sebelum menukar kerjaya, ketahui kemahiran yang diperlukan dalam bidang tersebut. Teliti keperluan pekerjaan atau kaji sukatan pelajaran universiti atau kursus dalam talian. Jika anda ingin ubah sedikit aliran kerjaya tanpa menukar industri, gunakan carian kerjaya Linkedin dan cari jawatan dan kemahiran yang lebih kurang sama dengan jawatan anda sekarang.

Bagaimanakah cara untuk mengembangkan kemahiran?

Melalui pendidikan formal

  • Memang betul bahawa kebanyakan kemahiran boleh dipelajari melalui pengalaman hidup atau pendidikan tidak formal. Namun, tiada cara lain untuk anda mendapatkan sijil profesional rasmi tanpa pendidikan formal. Contohnya, anda tidak boleh mengharapkan video YouTube untuk mengajar anda cara-cara melakukan neurosurgeri. Namun, perbelanjaan pendidikan lepasan ijazah juga perlu diambil kira. Segulung Ijazah Sarjana Ekonomi boleh menelan belanja sehingga RM16,100 di universiti tempatan seperti di Universiti Malaya, dan RM35,700 setahun di universiti swasta  seperti di University of Nottingham Malaysia.

Selain daripada mengeluarkan duit daripada poket anda sendiri atau simpanan KWSP, ini apa yang anda boleh buat untuk membiayai pendidikan anda:

  • Biasiswa lepasan ijazah. Lepasan ijazah juga layak untuk mendapat biasiswa yang kebiasaannya dianggap hanya tersedia untuk penuntut diploma dan sarjana muda. Ada universiti yang menawarkan jurusan atau program pengajian antarabangsa, seperti Biasiswa Chevening, yang menawarkan biasiswa khususnya untuk mereka yang mempunyai pengalaman bekerja.
  • PTPTN. Ini merupakan pinjaman pendidikan kerajaan yang boleh digunakan untuk membiayai pendidikan lepasan ijazah anda. Namun manfaat pinjaman – bergantung pada pendapatan dan jumlah kos kursus, anda mungkin tidak akan dapat pembiayaan biasiswa secara penuh. Pinjaman PTPTN juga hanya tersedia untuk sesetengah kursus di institusi awam sahaja.
  • Pinjaman Bank. Sesetengah bank di Malaysia menawarkan pinjaman untuk pendidikan di luar dan dalam negara. Kebiasaannya, pinjaman bank adalah lebih fleksibel berbanding pinjaman PTPTN, namun pada kadar faedah yang lebih tinggi.

Pendidikan formal juga boleh memakan masa yang agak lama. Bergantung pada kursus, anda mungkin memerlukan sekurang-kurangnya satu tahun untuk menamatkan kursus sepenuh masa – dan lebih lama untuk kursus separuh masa.

Melalui cara mampu milik atau percuma

Ada banyak lagi cara untuk anda menuntut ilmu tanpa melibatkan yuran universiti. Kami ada beberapa idea untuk anda renungkan:

  • Cari peluang di tempat kerja. Jika ada projek atau tugas yang perlu diselesaikan, anda boleh menawar diri untuk menolong dengan kerja tersebut. Walaupun pertolongan itu sedikit, anda masih dapat mengembangkan kemahiran yang kebiasaannya tidak dipraktikkan, dan anda juga dapat berhubung dengan rakan sekerja dari bidang lain. Ini cara yang bijak untuk mengembangkan kemahiran anda tanpa menambah beban kerja. Contohnya, anda boleh menyediakan pembentangan PowerPoint tentang untuk pekerja yang baru masuk di tempat kerja. Jika tiada projek baharu di tempat kerja, mungkin anda boleh memperelokkan cara pengurusan kerja. Kemudian bincangkan cara penyelesaiannya bersama penyelia anda. Yang paling menarik tentang cara ini adalah anda memperbaiki dan belajar kemahiran baharu sambil dibayar gaji. Ingat, pastikan tugas sedia ada anda terurus sebelum anda mengejar komitmen lain.
  • Mulakan projek sampingan. Projek sampingan adalah projek yang anda lakukan di luar waktu kerja anda. Ini adalah peluang yang sesuai untuk anda praktikkan kemahiran sedia ada, atau berfikir secara kritis dan kreatif. Bolehlah anda sembang tentang kemahiran dan pengalaman tersebut di temuduga seterusnya nanti.Semasa memilih projek sampingan, anda boleh fikirkan bidang yang anda minat (sesuatu yang anda tidak pernah berkesempatan untuk pelajari), bagaimana projek ini boleh menambah baik matlamat pembelajaran, kewangan atau kerjaya anda, bagaimana projek ini boleh menambah pendapatan anda atau jika projek ini sekadar untuk mengisi masa lapang anda. Kami ada beberapa idea untuk anda seperti menjadi sukarelawan, mengarang blog, surat berita atau fail media digital, memulakan idea laman web atau aplikasi telefon pintar dan menjalankan kedai dalam talian.
  • Pembelajaran dalam talian. 

e-LATIH mempunyai hampir 200 kursus dalam talian yang percuma untuk rakyat Malaysia.

e-Latih menyediakan pelbagai jenis bidang untuk anda – dan kebanyakannya adalah percuma. Berikut kami kongsikan beberapa cara popular untuk anda kembangkan kemahiran anda melalui dalam talian:

  • Kem latihan dalam talian. Ini adalah satu program pembelajaran yang singkat dan padat dengan kandungan untuk anda menukar kerjaya lain – yang biasanya bagi mereka yang mencari kerjaya dalam bidang teknologi, reka bentuk dan pemasaran digital. Cara ini sangat popular kerana ia menawarkan program berstruktur melalui kelas interaktif bersama tenaga kerja yang berpengalaman. Ada juga kem latihan dalam talian yang membantu anda mengukuhkan peluang mendapat kerja selepas anda tamat belajar. Tetapi, harga kem latihan dalam talian boleh menelan belanja. Sebagai contoh, General Assembly Malaysia menawarkan kem latihan dalam talian selama 40 jam untuk 10 minggu pada harga RM7,000.
  • Kursus universiti yang percuma. Platform seperti Coursera dan edX (atau Massive Open Online Classrooms, MOOCs) menawarkan akses untuk kursus universiti secara percuma. Anda akan diajar kursus yang sama seperti pelajar di universiti. Anda hanya perlu membayar yuran untuk mendapatkan sijil tamat kursus atau akses untuk tugasan bermarkah, pada harga sekitar US$30 untuk setiap kursus.
  • Kursus dalam talian yang percuma atau mampu milik. Platform pembelajaran popular seperti Udemy menyediakan kursus dalam anggaran US$100 (RM420). Namun, kebiasaannya Udemy menawarkan diskaun sehingga 90% untuk kursus mereka. Ini bermaksud, anda hanya perlu membayar lebih kurang RM60 untuk satu kursus. Ini adalah cara yang berbaloi kerana sesetengah kursus menyediakan 50 jam kandungan video. Juga, Google menyediakan kursus dalam talian untuk pemasaran digital dan teknologi daripada dua hingga 20 jam. Anda juga boleh mencuba e-LATIH, sebuah platform pembelajaran dalam talian yang ditubuhkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF). Setakat ini, e-LATIH mempunyai lebih 200 kursus dalam talian (berserta sijil tamat kursus) yang boleh diakses secara percuma oleh rakyat Malaysia.

Mempraktikkan kemahiran anda

Mengetahui cara untuk mengembangkan kemahiran dan mempratikkannya adalah dua perkara yang berbeza. Petuanya adalah untuk mengikut strategi SMART (terperinci, boleh diukur, boleh dicapai, relevan, dan waktu yang mencukupi), dan kemudian pecahkan matlamat tersebut kepada matlamat yang lebih kecil. Barulah mudah untuk anda laksanakannya.

Sebagai contoh, jika anda seorang jurugambar yang ingin mempelajari cara menyunting gambar menggunakan Adobe Photoshop dalam masa sebulan. Anda boleh meluangkan 10 minit/hari dengan mempelajari tutorial Photoshop. Walaupun tidak lama, ini sememangnya lebih mudah untuk diikuti berbanding dua jam/hari. Juga, pembelajaran waktu yang singkat boleh menambah waktu pembelajaran anda.

Komitmen harianJumlah satu tahunMatlamat yang boleh dicapai
10 minit60.83 jamMembaca 250 muka surat buku (lapan8 buku berdasarkan 300 perkataan setiap minit dan 500 perkataan setiap muka surat)
15 minit91.25 jamMelengkapkan kem latihan pembinaan laman web kem latihan pembinaan laman web di platform Udemy (55 jam kandungan video, dan tambahan masa untuk memahami pembelajaran tersebut)
30 minit182.25 jamMelengkapkan enam kursus universiti di platform Coursera atau edX (berdasarkan pembelajaran lima jam seminggu untuk kursus enam minggu)

Maksudnya di sini, lebih mudah untuk anda belajar melalui sesi yang singkat tetapi padat. Mulakan dengan 10 minit/hari dan ia mungkin boleh mengubah kerjaya anda.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image