Sewa-Beli – Ingkar, Penarikan Dan Lain-Lain Masalah Lazim

Perjanjian sewa-beli yang melibatkan kenderaan adalah merupakan satu perjanjian untuk menyewa dan membelinya kemudian. Dalam perjanjian sewa-beli anda setuju menyewa kenderaan tersebut sehingga anda membayar penuh jumlah hutang sewa-beli. Gangguan berlaku bila penyewa tak dapat membayar ansuran, yang boleh membawa kepada penarikan. Juga ingatlah bahawa penjamin anda boleh dipertanggungjawabkan ke atas kegagalan anda membuat pembayaran.

Sewa-beli – ingkar dalam pembayaran dan penarikan

Apabila anda “ingkar” dalam perjanjian sewa-beli anda, ia bermaksud ada gagal memenuhi komitmen anda kepada bank. Bila ini berlaku, bank boleh tarik balik kereta anda. Biasanya penarikan berlaku bila:

  • Anda gagal buat pembayaran dua bulan berturut-turut, atau anda gagal buat pembayaran terakhir, dan
  • Dalam kes di mana penyewa telah meninggal dunia, ingkar pembayaran selama empat bulan akan membolehkan bank menarik balik kereta.

Oleh itu, lebih baik anda buat pembayaran pada masanya atau dikenakan yuran penalti. Bagaimanapun jika anda rasa tak dapat buat bayaran ansuran, langkah yang baik ialah segera menghubungi bank anda untuk menyelesaikannya.

Prosedur penarikan kereta yang sah oleh bank

Cara penarikan dibuat

Kadang-kadang langkah-langkah menindas dibuat. Contohnya, kita semua pernah dengar tentang “samseng’ yang dihantar untuk menarik kereta atau menjual kereta pada harga yang sangat rendah. Sememangnya, tindakan undang-undang boleh diambil jika prosedur penarikan tak sejajar dengan Akta Sewa-BeIi 1967.

Etika penarikan

Pada umumnya, penarikan kenderaan hanya boleh dilakukan oleh penarik yang berdaftar. Penarik disarankan mematuhi etika berikut:

  • Tidak boleh guna cara yang ganas atau menindas ketika melakukan penarikan.
  • Penyewa mesti diberi notis yang cukup mengenai penarikan dan diberi masa untuk ambil barang-barangnya dari kenderaan.
  • Orang yang bertanggungjawab melakukan penarikan hanya boleh masuk ke kawasan rumah hanya dengan kebenaran orang yang tinggal di situ.

Bagaimana menangani masalah berkenaan penarikan

Cari pembeli. Anda boleh memperkenalkan pembeli yang sanggup membeli kenderaan tersebut mengikut harga yang ditetapkan dalam notis pemberitahuan yang diterima selepas penarikan. Dapatkan nasihat dari bank jika anda menghadapi kerumitan kewangan. Bank mungkin boleh guna pertimbangan dalam menyemak semula pembayaran bulanan anda untuk meringankan beban anda. Walau bagaimanapun bank tidaklah perlu berbuat demikian. Buat aduan atau dapatkan nasihat. Sekiranya anda menjadi mangsa tindakan yang menindas atai jika hak anda dicabuli semasa penarikan, buatlah aduan kepada bank sewa-beli anda tersebut. Anda juga boleh mengadu kepada Persatuan Syarikat Sewa-Beli Malaysia untuk dapatkan sokongan.

Penjamin sewa-beli

Berkenaan dengan penjamin, mereka adalah bertanggungjawab atas hutang anda sehingga semuanya dibayar balik. Dengan menjadi seorang penjamin, seseorang itu terikat dengan perjanjian sewa-beli tersebut seperti anda juga, dan bertanggungjawab membayar hutang anda sekiranya anda gagal berbuat demikian. Hak penjamin di bawah perjanjian sewa-beli Penjamin mempunyai hak-hak berikut:

  • Menerima satu salinan perjanjian sewa-beli berkenaan
  • Bebas dari tanggungjawab jaminan dan terlindung dari sebarang tuntutan pihak bank bila semua hutang telah dibayar
  • Boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penyewa kerana tidak memenuhi tanggungjawabnya

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.