Rahsia Mendapat Dan Mengekalkan Kad Debit

Terdapat banyak khabar angin pasal kad debit. Ini tak memeranjatkan kerana sudah semakin ramai orang membeli-belah tanpa wang tunai dan mereka kurang cenderung membeli-belah secara kredit. Di samping ianya sangat mudah, kad debit juga sangat praktikal serta dapat membebaskan anda dari risiko hutang yang terpaksa ditanggung akibat dari perbelanjaan seharian.

Walaupun ada banyak kebaikan kad debit dalam kehidupan harian anda, penting bagi anda berhati-hati buat keputusan sebelum mendapatkannya. Perkara-perkara berikut akan membantu anda buat pilihan yang bijak kerana anda perlu timbang sama ada mahu atau tidak untuk mula guna kad debit.

Buat penyelidikan atas talian menggunakan sumber yang dipercayai

Anda perlu sentiasa buat penyelidikan terhadap kad debit yang nak dipilih. Ambil kesempatan layari “laman pengumpul” (aggregator site) yang kumpul maklumat mengenai pelbagai produk kewangan pada satu platform (contohnya iMoney). Ini memudahkan anda membanding kad mana yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik. Reputasi pembekal kad debit juga merupakan faktor yang perlu fikir, walaupun kebanyakan pengeluar kad debit di Malaysia adalah bank yang mempunyai kredibiliti yang baik.

Selidik ciri-ciri, yuran dan caj

Adalah satu kemestian untuk pilih kad debit yang ada ciri-ciri atau manfaat terbaik. Namun, anda juga perlu lihat yuran dan caj yang tersembunyi. Sebagai contoh, sesetengah kad debit mungkin perlukan anda membayar yuran tahunan. Selain itu, ia mungkin kenakan bayaran apabila anda buat pengeluaran melalui bank lain. Mengetahui ciri-ciri ini akan membantu anda buat keputusan dengan mudah sama ada ianya berbaloi untuk dapatkan kad tersebut.

Baca cetakan halus (fine print)

Cetakan halus (fine print) adalah sesuatu yang anda tak harus terlepas pandang. Tambahan pula, ia perlu difahami sepenuhnya. Ia merupakan cetakan yang perlu diteliti dan bukan untuk dibaca secara sambil lewa, kerana ia selalunya mengandungi terma dan syarat-syarat yang mungkin kelihatan biasa dilihat, tapi setelah dikaji lebih mendalam, boleh mengejutkan banyak pihak. Perlu dinasihatkan bahawa anda perlu ambil sedikit masa untuk meneliti T & C (terma & syarat) sebelum melibatkan diri dengan perjanjian kontrak yang tidak diingini. Selain itu rujuk kepada laman sesawang seperti iMoney, yang menyatakan tentang cetakan halus dan terma dan syarat lain produk kewangan dengan cara mudah dan mesra pengguna.

Berfikir dengan tenang sebelum mendapatkan kad debit

Kadang-kala, rasa teruja menyebabkan anda membuat keputusan yang kurang bijak. Adalah sangat penting untuk pastikan bahawa anda benar-benar perlukan kad debit sebelum mendapatkannya. Emosi boleh menjejaskan pertimbangan. Anda dinasihatkan supaya membiarkan minda bertenang untuk beberapa hari, mungkin juga berbincang dengan seseorang yang dipercayai seperti pasangan anda atau penasihat kewangan.

Sebaik sahaja terima kad debit, perkara seterusnya yang harus di ambil berat ialah bagaimana nak gunakannya dengan sewajarnya. Berikut adalah beberapa tip daripada kami:

Tetapkan jumlah penampan

Perkara yang anda tak wajar buat ialah menggunakan kad debit hingga mencecah hadnya. Tetapkan jumlah penampan yang bertindak sebagai “isyarat merah” apabila anda mencapai penimbal ini, di mana anda perlu berhenti berbelanja untuk bulan tersebut. Ini amalan yang baik, terutamanya jika anda sudah ada komitmen lain (misalnya bil, sewa, utiliti dan lain-lain). Mempunyai sedikit wang tambahan di dalam akaun akan membantu anda mengelakkan penalti serta lain-lain caj yang tak perlu.

Jangan gunakan kad debit anda untuk pembelian yang besar

Kad debit tak tawarkan perlindungan yang lebih kepada pengguna seperti yang ditawarkan kad kredit. Sebaik-baiknya, anda perlu ada perlindungan insurans dan perlindungan pengguna yang lebih apabila membuat pembelian mahal. Ini tak selalunya didapati pada kad debit.

Berhati-hati dengan kecurian identiti

Pencuri identiti semakin berani dan semakin kreatif. Sentiasa berwaspada dengan cara anda menggunakan kad anda. Jangan sekali-kali menggunakan mesin ATM yang kelihatan “meragukan”. Percaya pada naluri anda, penjenayah mungkin ada mengintai berdekatan. Juga, elakkan diri dari menggunakan kad debit di tempat-tempat ada sedikit saja kredibiliti atau tiada langsung. Satu kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa kebanyakan kes kecurian identiti berpunca dari restoran yang sesak ramai orang dan tidak boleh dipercayai.

Berdisiplin dan berhati-hati akan memberi anda kelebihan dalam mengendalikan kad debit. Dengan mengambil langkah-langkah sedemikian, anda akan sentiasa dalam keadaan terkawal.

Sedia untuk dapatkan kad debit? Lihatlah jadual perbandingan kad debitkami!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image