Pinjaman Kereta Di Malaysia – Kadar Konvensional Vs Kadar Boleh-Ubah

Jika anda memandu kereta, pinjaman kereta adalah adalah sesuatu yang kemungkinan besarnya anda pasti kena ambil sekali atau dua kali dalam hidup. Dalam artikel ini, iMoney akan terangkan perbezaan antara pinjaman kereta konvensional dan pinjaman kereta boleh-ubah… dan apa kesannya pada kocek anda pada jangka masa panjang.

Pinjaman kereta konvensional

Pinjaman kereta konvensional adalah pinjaman yang kadar faedahnya dikira berdasarkan jumlah pokok yang anda pinjam dan tempoh pinjaman. Dengan pinjaman kereta konvensional, bayaran bulanan adalah “tetap”. Jadi jika anda bayar lebih pun untuk satu-satu bulan, yang lebih itu akan dikira sebagai bayaran untuk bulan depan, tapi ini tak akan mengurangkan bayaran faedah yang anda kena bayar.

Contoh bagaimana pinjaman kereta konvensional berfungsi

Jumlah pokok pinjaman anda: RM100,000
Kadar faedah pinjaman: 2.5%
Tempoh pinjaman: 5 tahun

Faedah: 2.5% x RM100,000 x 5 tahun = RM12,500
Bayaran bulanan anda: (Jumlah pokok + faedah) / 60 bulan = RM1,875

Jika anda bayar RM2,000 pun pada satu-satu bulan dan bukan RM1,875, duit lebih yang anda bayar ini tak akan mengurangkan jumlah faedah yang anda kena bayar.

Pinjaman kereta boleh-ubah

Pinjaman kereta boleh-ubah lebih fleksibel kerana menawarkan anda peluang mengurangkan bayaran faedah, dengan memasukkan wang lebih ke dalam akau semasa anda yang berpaut dengan akaun pinjaman kereta. Jika anda maklum dengan urusan gadai-janji, pinjaman kereta boleh-ubah berfungsi macam pinjaman perumahan fleksi. Buat masa ini hanya Mach dari Hong Leong saja yang kami tahu ada menawarkan pinjaman kereta kadar faedah boleh-ubah di Malaysia.

Contoh bagaimana pinjaman kereta boleh-ubah berfungsi

Andaikan kadar faedah dan tempoh pinjaman adalah sama dengan contoh pinjaman konvensional, inilah perkiraannya bila anda masukkan RM10,000 ke dalam akaun berpaut:

Jumlah pokok pinjaman anda: RM100,000
Jumlah dalam akaun berpaut anda: RM10,000
Jumlah baru yang dikenakan faedah: RM100,000 – RM10,000 = RM90,000

Faedah: 2.5% x RM90,000 x 5 tahun = RM11,250
Bayaran bulanan anda: (Jumlah pokok + faedah) / 60 bulan = RM1,687.50

Pinjaman mana patut anda pilih?

Tiada yang betul atau salah dalam memilih pinjaman kereta. Umumnya, kebanyakan orang akan cari pinjaman kereta kadar faedah boleh-ubah kerana ia akan memberi anda peluang melangsaikan pinjaman lebih cepat dan juga menawarkan opsyen mengurangkan bayaran faedah jika anda ada wang lebih. Namun, bagi orang yang suka jadual yang tetap, mereka akan pilih pinjaman konvensional kerana keketapannya memudahkan perkiraan. Tapi dalam soal pinjaman kereta, yang pentingnya ialah anda selidik dulu tawaran-tawaran yang ada, dan anda punyai strategi pembayaran yang jelas.

Sedang cari pinjaman kereta konvensional yang sesuai? Lihat jadual perbandingan iMoney tentang pinjaman kereta untuk mengetahui kadar faedah terkini yang ditawarkan oleh pelbagai bank di Malaysia.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image