Perbankan Keutamaan (Priority Banking): Adakah Anda Layak?

Pelanggan-pelanggan Perbankan Keutamaan menikmati lebih banyak perkhidmatan-pekhidmatan peribadi.

Pelanggan-pelanggan Perbankan Keutamaan menikmati lebih banyak perkhidmatan-pekhidmatan peribadi.

Pernah terfikir kenapa sentiasa ada sebuah kaunter (atau satu tingkat) dikhaskan untuk “Perbankan Keutamaan” di bank anda? Pernah terfikir kenapa kaunter-kaunter ini selalunya kosong walaupun bank sesak dengan pelanggan-pelanggan?

Dalam artikel ini, iMoney memberitahu anda segalanya tentang perkhidmatan bank yang semakin popular ini, dan bagaimana anda boleh mendaftar jika anda berpendapatan lumayan.

Advertisement

Apa Itu Perbankan Keutamaan

Seperti namanya, Perbankan Keutamaan merujuk kepada satu set perkhidmatan eksklusif atau produk-produk kewangan yang dikhaskan bank untuk pelanggan-pelanggan terpilih yang memenuhi kriteria tertentu. Perbankan Keutamaan juga dikenali sebagai “Perbankan Keistimewaan”, “Perbankan Swasta”, “Perbankan Premier” dan lain-lain istilah yang selalunya menggambarkan ciri eksklusif.

Bagaimana Saya Boleh Menjadi Pelanggan Perbankan Keutamaan?

Bank-bank yang berbeza mempunyai kriteria yang berlainan untuk keahlian Perbankan Keutamaan mereka. Secara amnya, ia melibatkan deposit atau jumlah pelaburan minimum dengan bank dalam lingkungan RM250,000. Contohnya: jika anda mempunyai RM50,000 dalam simpanan dan RM200,000 dalam akaun pelaburan dengan bank yang sama, anda adalah calon yang layak.

Teorinya, keahlian Perbankan Keutamaan hanya diberi “melalui undangan” daripada bank, tetapi secara praktikal, pelanggan-pelanggan perbankan dengan jumlah deposit atau pelaburan yang cukup banyak dalam akaun mereka tidak mempunyai masalah untuk “meminta” keahlian walaupun mereka tidak diundang.

Faedah-faedah Untuk Pelanggan-Pelanggan Perbankan Keutamaan

Ada beratus variasi keistimewaan Perbankan Keutamaan, di mana kebanyakan bank sentiasa membuat perubahan untuk memberi apa yang mereka fikir  pelanggan-pelanggan elit mereka mahu. Secara amnya, faedah-faedah tersebut termasuk:

  • Kaunter-kaunter istimewa di semua cawangan khas untuk memberi pekhidmatan kepada pelanggan-pelanggan Perbankan Keutamaan, bermakna kurang masa menunggu ketika membuat urusan bank.
  • Pengurus Perhubungan Awam berdedikasi  yang ditugaskan untuk menjawab pertanyaan kewangan, menguruskan transaksi perbankan, membantu pengurusan aset dan secara keseluruhannya membantu pengurusan keperluan kewangan anda.
  • Pemberitahuan awal mengenai promosi istimewa (seperti faedah tinggi deposit tetap) serta diberi keutamaan untuk menyertai promosi-promosi berikut.
  • Kadar perbankan yang lebih baik merangkumi akaun-akaun simpanan, deposit tetap dan pinjaman rumah.
  • Kelulusan yang lebih mudah untuk gadai janji dan pinjaman.
  • Pelbagai jenis barangan percuma, seperti tiket atau seminar khas untuk jemputan (invite-only), kad kredit dengan pengecualian yuran tahunan, tawaran istimewa dan diskaun dengan peniaga-peniaga tempatan.

Leave your comment