Pelaburan Emas Di Malaysia: Patutkah Anda?

Pelaburan emas mengalami peningkatan dari segi populariti. Ketika artikel ini dikeluarkan (1 Jun 2012), harga emas berada di kedudukan AS $49.93 (atau RM159.58) per gram berbanding 5 tahun yang lalu, sekitar AS $20. Sekiranya anda melabur dalam emas bagi lingkungan tempoh tersebut, anda telah berjaya mendapatkan keuntungan hampir 150%!

Ramai rakyat Malaysia telah meminta nasihat iMoney bagaimana mereka boleh melabur dalam emas tanpa membeli jongkong emas fizikal atau emas bulion. Lagipun memegang jongkong emas fizikal sebagai satu pelaburan boleh menjadi sangat berisiko!

Di Malaysia, sesetengah bank menawarkan akaun pelaburan emas yang membolehkan anda untuk membeli dan menjual emas tanpa memiliki bar fizikal. iMoney telah mengenal pasti lima bank Malaysia yang menawarkan akaun pelaburan emas seperti berikut:

  1. UOB Bank Akaun Premier Emas (PGA) atau Akaun Simpanan Emas (GSA)
  2. Public Bank Akaun Pelaburan Emas
  3. Akaun Pelaburan Emas Maybank
  4. Kuwait Finance House Akaun Emas -i
  5. CIMB Bank Akaun Deposit Emas

Memilih bank yang sesuai

Walaupun produk-produk tersebut mungkin kelihatan serupa antara satu sama lain dari segi luaran, ia sebenarnya mempunyai beberapa perbezaan. Kuwait Finance House, sebagai contoh, menggunakan bulion emas generik yang mempunyai tahap ketulenan emas 99.5%, manakala bank-bank seperti UOB Bank, Public Bank dan Maybank memberikan tuntutan tahap ketulenan emas 99.99%.

Selain itu, ketika memilih bank yang sesuai adalah penting untuk melihat “penyebaran membeli-menjual” bank, iaitu perbezaan antara harga yang anda bayar apabila anda membeli emas dan harga yang anda terima apabila anda menjual emas.

Contohnya, jika kos untuk membeli satu gram emas dari Maybank ialah RM160 dan pada masa yang sama, Maybank hanya akan membayar anda RM150 apabila anda menjual satu gram emas, ” penyebaran beli-jual” akan menjadi RM10. Kadangkala, “penjualan- pembelian” dinyatakan dalam bentuk peratusan.

Untuk memaksimumkan keuntungan anda, anda disarankan memilih bank yang mempunyai “penyebaran beli-jual” yang terendah.

Akhir sekali, tumpukan kepada bayaran dan caj tersembunyi. Sesetengah bank seperti UOB Bank dan Public Bank akan mengenakan anda bayaran sekiranya baki emas anda (iaitu jumlah pelaburan emas yang anda ada dalam akaun pelaburan emas anda) jatuh di bawah paras tertentu. Bank lain seperti CIMB Bank boleh mengenakan yuran penutupan akaun awal jika anda memilih untuk menutup akaun anda dalam tempoh 6 bulan.

Berminat untuk memulakan? Ingin tahu bank yang menawarkan akaun emas pelaburan terbaik? Daftar Jadual Perbandingan Akaun Pelaburan Emas iMoney Sekarang!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.