Panduan Menggunakan e-Filing LHDN Untuk Memfailkan Cukai Pendapatan Anda

claim tax rebate

Pembayar cukai boleh melengkapkan cukai pendapatan mereka melalui sistem e-filing bermula 1 Mac setiap tahun, kecuali dinyatakan sebaliknya oleh LHDN. Kaedah e-filing ini adalah salah satu cara paling popular kerana ianya ringkas dan mudah untuk digunakan.

Kaedah ini tidak sama berbanding cara lama, di mana anda perlu mencetak keluar borang cukai pendapatan dan mengisinya secara manual dengan tangan. Sebaliknya, e-filing akan mengisi dan mengira cukai pendapatan anda secara automatik. Jadi, anda tidak perlu risau tentang cara untuk mengira cukai pendapatan anda.

Anda juga akan mempunyai lebih masa untuk memfailkan cukai pendapatan anda berbanding cara lama yang mempunyai tarikh luput pada setiap 30 April.

Jika ini kali pertama anda menggunakan kaedah e-filing, anda boleh ikut panduan menyeluruh kami.

1. Cara membuat permohonan dalam talian sebelum memfailkn cukai pendapatan

Pertama sekali, pergi ke laman web mytax.hasil.gov.my dan klik butang Daftar Individu. Kemudian, anda perlu mengisi borang dalam talian dan memuat naik beberapa dokumen pengesahan. Borang tersebut perlu dicetak dan diserahkan kepada cawangan LHDN berdekatan anda. Semasa proses penyerahan tersebut, anda akan menerima PIN log masuk pertama kali.

Tips

Cawangan LHDN yang berada di UTC berdekatan anda beroperasi setiap hari seminggu.

2. Log masuk ke MyTax

Selepas menerima PIN tersebut, pergi ke laman web MyTax dan log masuk menggunakan pilihan Log Masuk Pertama Kali. Anda perlu memasukkan kata laluan yang baharu untuk melengkapkan proses ini (pastikan kata laluan anda kukuh dan selamat).

Klik pilihan perkhidmatan ezHasil di bahagian kiri skrin anda dan pilih e-filing. Selepas halaman tersebut dimuat turun, klik borang cukai pendapatan mengikut tahun pemfailan anda. Pilihan ini mungkin berbeza bergantung pada jenis cukai pendapatan yang anda ingin failkan. Semak jadual di bawah untuk mengetahui jenis-jenis pembayaran cukai pendapatan:

Pembayar cukai
Borang
Tarikh luput
Majikan
E
(e-E)
31 Mac, 2023
Pemastautin yang tidak menjalankan perniagaan
BE
(e-BE)
31 Mac, 2023
Pemastautin yang menjalankan perniagaan
B
(e-B)
31 Mac, 2023
Perniagaan perkongsian
P
(e-P)
31 Mac, 2023
Individu pemastautin (Pekerja Berpengetahuan/Pekerja Berkepakaran)
BT
(e-BT)
31 Mac, 2023
Individu bukan pemastautin
M
(e-M)
31 Mac, 2023 (Individu yang tidak menjalankan perniagaan)
Individu bukan pemastautin (Pekerja Berpengetahuan)
MT
(e-MT)
(Individu yang menjalankan apa-apa perniagaan)

4. Kemaskini butiran anda

Kini anda boleh memulakan proses memfailkan cukai pendapatan anda. Langkah pertama adalah semak butiran peribadi anda. Anda boleh mengemaskini butiran yang baharu, contohnya jika anda ada memperbaharui pasport anda atau anda baru sahaja berkahwin.

5. Tambah butiran lain

Langkah kedua adalah menyemak beberapa lagi butiran mengenai diri anda. Juga, anda perlu menyatakan jika anda ada menjual sebarang aset yang boleh dicukaikan di bawah Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT). Anda juga boleh menyatakan jika anda ada menerima sebarang insentif cukai, jika berkenaan.

6. Sediakan butiran pendapatan

Kemudian, anda perlu menyatakan jika anda ada menerima sebarang sumbangan atau hadiah. Rujuk artikel kami tentang pengurangan cukai supaya anda boleh memahami tentang butiran pengurangan cukai pendapatan dengan lebih lanjut. Pastikan organisasi kebajikan tersebut diluluskan oleh LHDN terlebih dahulu. Jika anda tidak pasti, sila semak senarai pertubuhan kebajikan di laman web LHDN.

Juga, semak jika butiran pengurangan cukai bulanan (MTD/PCB) yang dipaparkan adalah betul. Anda boleh menyemak butiran ini di Borang EA yang disediakan oleh majikan anda.

7. Pelepasan cukai

Di bahagian ini, anda perlu menyatakan jika anda ada membuat sebarang pembelian yang memberikan pelepasan cukai kepada anda, sepanjang tahun lepas. Borang e-filing akan menyediakan bahagian butiran tambahan untuk setiap kategori pelepasan (gerakkan tetikus anda ke atas butang hijau ‘Info’. Jumlah maksimum pelepasan cukai yang anda boleh tuntut bagi setiap kategori juga akan dinyatakan dalam kotak berwarna oren.

Apa-apa tuntutan yang anda lakukan, jangan lupa untuk menyediakan bukti pembelian (seperti resit) untuk  sekurang-kurangnya tujuh tahun.

8. Semak seluruh butiran anda

Selepas anda mengisi kesemua butiran pelepasan dan rebat cukai pendapatan anda, sistem e-filing akan mengira cukai anda secara automatik. Sebarang baki atau pembayaran cukai pendapatan yang terlebih juga akan dimaklumkan kepada anda.

9. Nyatakan, tandatangan dan hantar

Langkah terakhir untuk anda lakukan adalah dengan menyatakan kesemua maklumat yang disediakan adalah betul dan sah. Anda boleh melakukan langkah tersebut dengan mengklik butang ‘Tanda tangan dan hantar’ di halaman terakhir. Setelah selesai, anda perlu menanda tangan penyerahan borang tersebut dengan menyediakan nombor MyKad dan kata laluan MyTax.

Sudah selesai! Mungkin pada mulanya nampak sedikit rumit untuk menggunakan e-filing, tetapi ia sebenarnya mudah dan ringkas. Bagi mereka yang tidak mempunyai komputer atau akses internet, anda boleh menggunakan kaunter komputer di cawangan LHDN.

Kalau anda sudah faham panduan ini, selamat memfailkan cukai pendapatan anda!

Ketahui semua yang anda perlu tahu tentang proses memfailkan cukai pendapatan di Malaysia dengan panduan cukai pendapatan kami.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image