Pernah Terfikir Nak Melancong Ke Thailand? Ini Prosedur Terkini

Pernah Terfikir Nak Melancong Ke Thailand? Ini Prosedur Terkini

Negara Gajah Putih, atau lebih dikenali sebagai Thailand, merupakan salah satu negara di Asia Tenggara yang menawarkan pelbagai destinasi pelancongan yang unik. Sebagai seorang pelancong, anda boleh memilih untuk melawat rumah ibadat, menerokai pulau-pulau yang indah, berjalan romantis di tepi pantai atau sekadar mengambil peluang untuk membeli-belah.

Walaupun destinasi-destinasi seperti Krabi, Bangkok, Pulau Phi Phi dan Phuket terletak di negara asing – tempat-tempat pelancongan sebegini sudah tidak asing lagi buat rakyat Malaysia. Apa tidaknya, sejak kerajaan Thailand memberi kelonggaran untuk merentas sempadan mereka, semakin ramai rakyat Malaysia yang mengambil peluang untuk melancong. 

Ada yang melancong untuk bercuti dan ada juga yang melawat sanak saudara di sana. Tidak kisahlah apa sebabnya, bagi mereka yang belum pernah ataupun selalu merentas sempadan Thailand, anda pasti ingin tahu tentang proses memasuki Thailand yang terkini bukan?

Peraturan terkini merentas ke Thailand

Selepas lebih kurang dua tahun kita terpaksa berdepan dengan pelbagai sekatan pelancongan akibat wabak COVID-19, kini peraturan pelancongan antarabangsa sudah kembali longgar.

Setakat 1 Julai, 2022 – berikut adalah peraturan terkini yang telah ditetapkan bagi semua pelancong luar yang ingin melancong ke Thailand:

  • Thailand Pass tidak lagi diperlukan untuk rakyat Malaysia yang ingin melancong ke Thailand
  • Pelancong luar tidak perlu menunjukkan insurans COVID-19
  • Perintah kuarantin di hotel ke atas pelancong telah dimansuhkan
  • Pelancong yang telah divaksin tidak perlu menunjukkan bukti dos lengkap sebelum masuk ke Thailand
  • Pelancong yang tidak divaksin (termasuk kanak-kanak) perlu melengkapkan ujian RT-PCR atau Pro-ATK 72 jam sebelum masuk ke Thailand. Keputusan ujian haruslah negatif dan bukti tidak perlu dimuat naik sebelum masuk ke sempadan Thailand
  • Pemakaian pelitup muka tidak lagi wajib

Dokumen asas yang wajib

Berikut adalah dokumen-dokumen asas yang wajib untuk anda bawa untuk pergi ke Thailand tanpa mengambil kira jenis pengangkutan anda. 

  • Pasport perjalanan yang sah
  • Visa (jika diperlukan atau jika anda melancong  melebihi 45 hari)
  • Insurans perjalanan (tidak wajib)
  • Tempahan hotel penginapan
  • Jadual perjalanan penerbangan (jika berkenaan)
  • Keputusan ujian COVID-19 (jika belum divaksin)

Cara pergi ke Thailand

Sebenarnya, cara paling mudah untuk anda memilih jenis pengangkutan yang anda perlukan untuk pergi ke Thailand adalah dengan menentukan destinasi anda. Jadi, tentukan destinasi barulah anda pilih jenis pengangkutan yang paling sesuai.

Menaiki kapal terbang

Secara teorinya, jika dibandingkan dengan menaiki tren, bas dan kenderaan sendiri untuk ke Thailand – menaiki kapal terbang merupakan cara yang paling pantas. Bermula 1 Oktober, pelancong tidak perlu memohon Thailand Pass untuk terbang ke Thailand. Pelancong luar juga tidak perlu menunjukkan bukti vaksinasi atau ujian COVID-19. Namun, syarikat penerbangan dan Imigresen Thailand mempunyai pelepasan untuk melakukan ujian COVID-19 secara rawak ke atas anda.

Semasa di Thailand, anda boleh membuat penerbangan domestik tetapi peraturannya sedikit berbeza. Syarikat penerbangan akan memerlukan sijil vaksinasi atau ujian COVID-19 sebelum anda menaiki penerbangan domestik. Tapi jangan risau, kit ujian kendiri tersedia di mana-mana lapangan terbang, farmasi dan kedai runcit di Thailand.

Kebanyakkan syarikat penerbangan antarabangsa akan mengikut peraturan dan prosedur di negara ketibaan. Jadi, kami galakkan anda untuk menyemak peraturan dan prosedur dengan syarikat penerbangan yang anda akan gunakan.

Menaiki pengangktan sendiri, bas, tren atau feri

Setakat ini, Malaysia telah membuka beberapa pintu sempadan antara Malaysia dan Thailand, iaitu serta jenis pengangkutan yang boleh digunakan.

Jenis kenderaanSenarai sempadan
Kenderaan sendiriBukit Kayu Hitam, Padang Besar, ICQS Wang Kelian, Pengkalan Kubor, ICQS Bukit Bunga, Sungai Kolok, ICQS Bukit Berapit dan Rantau Panjang
Bas (dari Kuala Lumpur)Padang Besar, Bukit Kayu Hitam
TrenPadang Besar
Sungai Kolok

Dokumen tambahan menaiki kenderaan sendiri

Berikut adalah dokumen yang diperlukan untuk membawa kereta sendiri atau kenderaan yang dipinjamkan:

  • Pasport perjalanan yang sah
  • Geran kereta
  • Perlindungan insurans perjalanan
  • Perlindungan insurans kereta 
  • Borang maklumat kenderaan (TM 2) dan borang maklumat penumpang (TM 3)
  • Borang kad putih (white card) untuk setiap pemegang pasport (RM2 setiap satu nama)
  • Borang Ikrar

Juga, berikut adalah dokumen tambahan jika anda menggunakan kenderaan orang lain:

  • Geran kereta yang asal
  • Salinan MyKad pemilik kenderaan
  • Surat kebenaran bertulis 

Prosedur tambahan menaiki tren

Dengan menaiki tren, anda boleh ke Thailand melalui dua sempadan (Padang Besar dan Sungai Kolok). Setibanya di sempadan, anda perlu mendapatkan cop di pasport anda, tunjukkan sijil vaksinasi di aplikasi MySejahtera anda. 

Dah selesai, anda boleh mencari teksi atau van mini di sempadan Padang Besar. Jika anda ingin sambung menaiki tren, anda perlu membeli kereta api SRT Thailand yang menuju ke Hat Yai atau Bangkok. Rancang perjalanan tren anda kerana buruk padahnya jika anda tertinggal keretapi. 

PerkhidmatanNo. TrenWaktu TibaNo. TrenWaktu BerlepasWaktu Tiba
ETS9276
9278
0004
0418
9480955 (Msia)
0855 (Thai)
1050 (Msia)
0950 (Thai)
KTM Komuter2940
2942
0711
0816
9480955 (Msia)
0855 (Thai)
1050 (Msia)
0950 (Thai)
PerkhidmatanNo. TrenWaktu TibaNo. TrenWaktu BerlepasWaktu Tiba
ETS9272
9274
1241
1523
9501640 (Msia)
1540 (Thai)
1735 (Msia)
1635 (Thai)
KTM Komuter2946
2950
2954
1026
1226
1426
9501640 (Msia)
1540 (Thai)
1735 (Msia)
1635 (Thai)

Untuk pulang kembali dari Hat Yai ke Padang Besar, sila rujuk jadual yang berikut:

No. TrenWaktu berlepasWaktu TibaPerkhidmatanNo. TrenWaktu Berlepas
9470730 (Thai)
0830 (Msia)
0825 (Thai)
0925 (Msia)
ETS9277
9425
1340
1550
9470730 (Thai)
0830 (Msia)
0825 (Thai)
0925 (Msia)
KTM Komuter2951
2955
1035
1235
No. TrenWaktu berlepasWaktu TibaPerkhidmatanNo. TrenWaktu Berlepas
9491400 (Thai)
1500 (Msia)
1455 (Thai)
1555 (Msia)
ETS92791646
9491400 (Thai)
1500 (Msia)
1455 (Thai)
1555 (Msia)
KTM Komuter2963
2965
2969
1635
1735
1835

Tidak perlu Visa untuk ke Thailand

Bermula 1 Oktober, 2022, Thailand’s Centre for COVID-19 Situation Administration (CCSA) mengumumkan – pelancong dari Malaysia kini boleh berada di Thailand sehingga 45 hari berbanding tempoh semasa iaitu 30 hari di bawah peraturan Visa Exemption. Peraturan ini berkuat kuasa sehingga 31 Mac 2023.

Dalam kata lain, rakyat Malaysia tidak perlu mendapatkan pengesahan visa untuk melancong ke Thailand. Ini kerana Malaysia adalah antara 64 negara yang dibenarkan untuk masuk ke Thailand tanpa perlu mendapatkan visa jika tempoh pelancongan tersebut tidak melebihi 45 hari. Namun, jika anda bercadang untuk melancong ke Thailand lebih daripada 45 hari, anda perlu memohon visa di Kedutaan Thai. Gunakan pautan ini untuk butiran yang lebih terperinci.

Hati-hati sebelum melancong

Salah satu langkah berjaga-jaga yang anda boleh ambil adalah dengan menyemak senarai insurans perjalanan konvensional dan takaful di iMoney yang melindungi anda semasa anda sedang bercuti. Walaupun insurans perjalanan bukanlah sesuatu yang wajib, tetapi lebih baik untuk ada insurans perjalanan dan tidak memerlukannya berbanding memerlukannya dan tiada.

Sekali lagi – sentiasa semak peraturan dan prosedur terkini sebelum melancong ke Thailand. Selamat bercuti dan Sawadikap Thailand!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image