Adakah Anda Perlu Menyimpan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Di Rumah?

Adakah Anda Perlu Menyimpan Kit Ujian Kendiri COVID-19 Di Rumah?

Setiap negara yang berhadapan dengan pandemik COVID-19 sedang dan telah mengambil pelbagai langkah berjaga-jaga bagi mengawal penularan virus merbahaya ini, termasuklah Malaysia.

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengeluarkan kenyataan yang diberikan oleh Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) Ahmad Shariff Hambali mengenai pengiktirafan penggunaan Kit Ujian Kendiri COVID-19.

Adakah anda wajib mendapatkan kit ujian?

Anda tidak wajib untuk mendapatkan kit ujian kendiri kerana ujian ini dilakukan atas usaha anda sendiri dalam memastikan kecurigaan terhadap status risiko COVID-19 anda.

Advertisement

Tujuan sebenar kit ujian adalah untuk membantu orang awam menjalankan saringan secara sendiri dengan cepat dan mudah sebelum mengambil tindakan yang seterusnya, sekaligus mengurangkan beban petugas kesihatan.

Selain itu, kit ujian kendiri dapat merendahkan risiko jangkitan kerana anda tidak perlu hadir secara bersemuka di pejabat atau pusat kesihatan yang mana risiko jangkitannya tinggi.

Menurut KKM lagi, antara golongan yang wajib membuat ujian secara peribadi atau di pusat kesihatan adalah kontak rapat yang mempunyai gejala

Bilakah anda perlu mengambil kit ujian?

Jika anda bercadang untuk mengambil kit ujian kendiri, anda perlu terlebih dahulu tahu tentang tempoh yang sesuai sebelum mengambilnya supaya keputusan ujian anda lebih tepat.

Selepas seseorang individu itu dijangkiti oleh COVID-19, virus tersebut dianggarkan akan mengambil tempoh dua (2) hingga empat belas (14) hari untuk aktif di dalam badan individu tersebut. Sebagai contoh, katakan anda mengambil kit ujian sebelum virus itu aktif di dalam badan anda dan hasil keputusan ujian anda negatif, secara tidak sedar anda akan menyebarkan virus tersebut kepada orang lain.

Jadi, tempoh yang paling sesuai untuk anda ambil kit ujian adalah selepas tiga hingga lima hari,

Setakat ini, 15 kit ujian telah diberikan kelulusan dan sedang dipasarkan selepas melepasi penilaian teknikal dan pengujian prestasi yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Nama ProdukNama Syarikat PengesanJenis Sampel
Salixium-COVID-19 Rapid Antigen Rapid TestReszon Diagnostic International Sdn BhdRTK-AntigenAir liur dan calitan hidung
Gmate COVID-19 Ag Saliva for Home UseCitymedic Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
BERIGHT-COVID-19 Antigen Rapid Test DeviceMedinics (M) Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
ALLTest COVID-19 Antigen Rapid TestGlobal Science Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
JusChek COVID-19 Antigen Rapid TestNeopharma Biotech Asia Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
Longsee 2019-nCoV Ag & Influenza A/B Rapid Co-Detection Kit ImmunochromotographyJingga Anggun Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
Sichuan Xincheng SARS-CoV-2 Antigen AssayHexamine Sdn BhdRTK-AntigenCalitan hidung
Flowflex SARS-CoV-2 Antigen Rapid Test (Self-testing)Translab (M) Sdn BhdRTK-AntigenCalitan hidung
STANDARD Q COVID-19 Ag Saliva Home TestNeoscience Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
ProDetect COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva)Medical Innovation Ventures Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
NEWGENE Bioengineering COVID-19 Antigen Detection KitDewina Consult Sdn BhdRTK-AntigenAir liur dan calitan hidung
Lituo COVID-19 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold)Tree Med Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
GRUENBANKA SARS-CoV-2 Antigen Detection Kit (Colloidal Gold Method)Pahang Pharmacy Sdn BhdRTK-AntigenAir liur
Humasis COVID-19 Ag Home TestMalaysian Diagnostics Corporation Sdn BhdRTK-AntigenCalitan hidung
LYHER Novel Coronavirus (COVID-19) Antigen Test Kit (Colloidal Gold)Teda Wellness Solutions Sdn BhdRTK-AntigenCalitan hidung

Susulan aduan dan kebimbangan pengguna kit ujian tentang harga jualan kit ujian yang agak mahal, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) teah menetapkan harga siling yang berpatutan untuk semua pengguna. Kawalan harga ini berkuat kuasa 5 September 2021 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan Akta Kawalan Bekalan 1961. Berikut adalah harga kit ujian COVID-19:

Kit UjianHarga BorongHarga Runcit
Kit Ujian Pantas Antigen COVID-19 (ujian sendiri)RM16.00 (1 set)RM19.90 (1 set)

Berapakah kadar bayaran Ujian Pengesanan COVID-19?

Kebanyakan orang awam masih keliru atau tidak tahu tentang kadar bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kesihatan kerajaan. Berikut adalah jenis kadar bayaran:

Jenis Ujian Kadar Bayaran WarganegaraKadar Bayaran Bukan Warganegara
Rt-PCRRM150.00RM250.00
RTK AntigenRM60.00RM120.00
RTK AntibodiRM30.00RM60.00
Penting: Ujian Antibodi adalah untuk penerima vaksin menilai tindak balas dan tahap perlindungan individu terhadap virus COVID-19

Namun, bayaran ujian pengesanan COVID-19 di fasiliti kerajaan tidak dikenakan bagi:

  • Penjawat awam yang menjalankan tugas rasmi di dalam dan luar negara.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang disyaki positif COVID-19.
  • Warganegara dan bukan warganegara yang merupakan kontak rapat kepada kes positif COVID-19.
  • Penduduk di Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
  • Individu di bawah pengawasan bagi penyakit seperti influenza like illness (ILI) dan jangkitan pernafasan akut teruk/Severe Acute Respiratory Illness (SARI).
  • Pengembara dari luar negara yang mendapat pengecualian bayaran ujian pengesanan COVID-19.

Rancang perbelanjaan saringan COVID-19 anda

Kini timbul pula persoalan tentang kemampuan orang awam untuk menjalani pelbagai ujian saringan COVID-19, termasuklah kit ujian kendiri.

Seperti yang telah dijelaskan oleh MDA, penggunaan kit ini tidak menggantikan fungsi diagnostik Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) yang lazimnya digunakan oleh pihak KKM.

Sebagai contoh, anda merupakan kontak rapat bergejala dengan seseorang yang positif COVID-19 dan ingin melakukan kit ujian kendiri, dan jika keputusan ujian kendiri anda positif, anda perlu menyusuli dengan ujian saringan wajib di hospital atau klinik swasta yang menawarkan ujian saringan COVID-19.

Namun, seperti yang sudah dijelaskan di jadual atas, sekiranya anda disahkan negatif COVID-19 dengan menggunakan kit ujian kendiri, anda tidak perlu lagi mengeluarkan perbelanjaan untuk melakukan ujian saringan di fasiliti kesihatan. Ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan perbelanjaan anda dan ahli keluarga terdekat anda.

Jadi, pastikan anda sudah memahami penggunaan kit ujian kendiri bersedia dari segi kewangan supaya ia tidak mendatangkan kekangan dan cabaran pada kemudian hari.

Leave your comment