Kepentingan Kepelbagaian Dalam Pelaburan

Kepelbagaian adalah konsep yang paling kurang diberi penekanan dan kurang difahami dalam membuat pelaburan.

Secara intuitif ia masuk akal, anda tak harus “meletak semua telur anda dalam satu bakul”.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat menyediakan contoh terbaik tentang konsep ini di laman webnya:

“Pernahkah anda perasan bahawa penjual jalanan sering menjual produk yang seolah-olah tidak berkaitan – seperti payung dan cermin mata hitam? Pada mulanya, mungkin nampak ganjil. Lagipun, bila masa orang nak beli kedua-dua item pada masa yang sama? Mungkin tidak – dan itulah sebabnya. Penjual jalanan tahu bahawa apabila hari hujan, lebih mudah nak jual payung tapi sukar nak jual cermin mata hitam. Dan apabila cerah, sebaliknya adalah benar. Dengan menjual kedua-dua barangan – dalam erti kata lain, dengan mempelbagaikan barisan produk – penjual boleh kurangkan risiko kerugian wang pada pada setiap hari”

Sumber: www.sec.gov

Maklumat penting terdapat pada ayat terakhir. Apabila kita membuat kepelbagaian, kita mengurangkan risiko kerugian wang. Ramai pelabur mendakwa mereka faham perkara ini, tapi tindakan mereka menunjukan yang sebaliknya.

Anda fikir mempunyai portfolio 50 stok memberi anda kepelbagaian yang cukup? Tidak, jika semua 50 syarikat beroperasi di negara yang sama dan terdedah kepada kuasa-kuasa ekonomi yang sama.

Anda fikir mempunyai semua wang anda di bank tempatan memberi anda peluang hampir tiada kehilangan wang? Tidak jika nilai mata wang turun mendadak (ya, anda mungkin tak “kehilangan” wang apabila nilai mata wang turun tapi kuasa beli wang anda berkurangan. Kita hidup dalam “ekonomi global” ).

Anda fikir mempunyai beberapa pelaburan hartanah melindungi anda dari pasaran hartanah yang lemah? Tidak jika semua hartanah anda adalah jenis yang sama (contohnya pangsapuri kediaman) dan terletak dalam kawasan geografi sama. Malah, mempunyai berbilang gadai janji selalunya meningkatkan risiko, kerana apa-apa keuntungan atau kerugian menjadi banyak.

Jadi apa yang merupakan satu portfolio kepelbagaian yang baik?

Secara umumnya, portfolio yang dipelbagaikan mempunyai sedikit saja pendedahan kepada faktor atau peristiwa tertentu. Faktor atau peristiwa ini boleh jadi yang umum seperti keadaan ekonomi sesebuah negara, atau yang khusus seperti lokasi harta.

Masalahnya ialah mengenal pasti dan mengurangkan pendedahan anda kepada seberapa banyak faktor-faktor atau peristiwa. Menurut kebiasaannya, ada dua cara anda boleh tingkatkan kepelbagaian portfolio pelaburan anda:

  • Meningkatkan bilangan pelaburan, atau
  • Meningkatkan jenis pelaburan.

Satu portfolio sebanyak 50 saham selalunya kurang pelbagai dari portfolio sebanyak 5,000 saham, dan yang kemudian ini pula adalah sentiasa kurang pelbagai dari portfolio sebanyak 5,000 saham dengan beberapa peruntukan kepada bon dan wang tunai.

Orang sering berfikir anda perlukan wang yang banyak untuk mempunyai portfolio yang pelbagai. Lagipun, bagaimana nak milikki portfolio 5,000 syarikat jika anda hanya ada beberapa ribu ringgit saja untuk melabur?

Berita baik – ini adalah sebuah mitos. Hari ini, dengan serendah beberapa ribu ringgit aja, ia memungkinkan anda mempunyai saham beribu-ribu syarikat dan beratus-ratus apartmen kediaman, bangunan pejabat atau pusat membeli-belah di seluruh dunia – melalui Dana Dagangan Bursa (ETF) dan Amanah Pelaburan Hartanah (REIT).

Yang “best”nya ialah tak perlu kos yang besar nak buat pelaburan ini.

Suka artikel ini? Anda mungkin juga minat Syarikat besar = harga saham tinggi? Anda silap!

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.