Kad Debit Vs Kad Kredit – Bahagian 2

Di bahagian 1, kami terangkan bagaimana kad debit dan kad kredit berfungsi, serta beberapa perbezaan di antaranya. Sekarang mari kita selidik dan lihat beberapa kelebihan dan kelemahan kad debit berbanding kad kredit.

Kelebihan kad debit

• Oleh kerana wang ditolak terus dari akaun simpanan anda, masalah hutang tidak akan berlaku! Kad debit sangat sesuai bagi mereka yang mendapati diri sentiasa berhutang kerana anda hanya boleh belanja wang yang anda miliki.• Sangat mudah untuk pohon kad debit. Biasanya anda hanya perlu ada akaun simpanan atau semasa di bank. Tiada pemeriksaan kredit!

• Kad kredit membolehkan anda guna wang yang belum anda miliki…LAGI. Dalam erti kata lain, anda boleh buat pembelian pada bila-bila masa, di mana sahaja, asalkan ia tidak melebihi had kredit anda.• Kad kredit boleh tingkatkan skor kredit anda. Pembayaran bil kad kredit tepat pada masanya boleh meningkatkan skor kredit anda, yang seterusnya membolehkan anda mendapat kadar yang lebih baik bagi lain-lain pinjaman.

Kelemahan kad debit

• Walaupun sukar untuk terlebih belanja kerana wang sebenarnya diambil dari akaun bank anda setiap kali anda leret kad, terdapat kebarangkalian anda terguna melebihi had wang dalam akaun. Ianya mungkin menyebabkan pihak bank mengenakan yuran overdraf. • Tidak seperti kad kredit, kad debit jarang ada perkhidmatan dan program ganjaran.
Dan kini kita beralih pula kepada kad kredit.

• Caj faedah. Menggunakan kad kredit adalah seperti menggunakan wang yang dipinjam dan apabila anda guna wang pinjaman, caj faedah akan dikenakan. Jika anda tak bayar bil-bil tepat pada masanya, anda mungkin terpaksa bayar lebih dari apa yang anda beli.• Anda menggunakan wang yang bukan milik anda. Jika anda tak punya wang yang cukup untuk bayar balik hutang kad kredit pada akhir bulan, terdapat risiko bahawa anda akan mula membina timbunan hutang yang besar, dan akhirnya berada dalam keadaan kewangan yang teruk.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image