Ditolak Lagi? Dapatkan Penglulusan Permohonan Kad Kredit Anda Sekarang!

Ditolak Lagi? Dapatkan Penglulusan Permohonan Kad Kredit Anda Sekarang!

Penolakan sangat menyakitkan hati. Walaupun permohonan kad kredit dianggap sebagai sesuatu yang tidak beremosi, prosesnya tidak begitu mudah. Apabila permohonan anda ditolak, besar kemungkinannya anda akan berasa sedih.

Jika permohonan anda ditolak, janganlah putus asa! Cari sebab permohonan anda tidak memenuhi kriteria bank, baiki masalah tersebut dan anda akan mendapat kad kredit yang diinginkan.

Berikut adalah tiga langkah untuk mendapatkan penglulusan permohonan kad kredit anda!

Advertisement

Langkah 1: Mengetahui sebab penolakan permohonan kad kredit anda

Menerima surat penolakan permohonan daripada bank boleh menghancurkan harapan anda untuk mendapatkan kad kredit yang terbaik untuk anda.

Tetapi sebelum anda membakar surat penolakan itu, fikirkanlah sebab bank tersebut menolak permohonan anda. Semak surat itu sama ada sebab penolakan dicatatkan. Kebanyakan bank tidak akan memberitahu anda sebab penolakan.

Oleh itu, anda perlu memanggil bank tersebut untuk mengetahui lebih lanjut tentang penolakan permohanan anda. Biasanya, bank tidak mendedahkan informasi ini, jadi anda mesti menggunakan inisiatif sendiri untuk memanggil pihak yang berkaitan.

Di sini adalah beberapa alasan biasa yang boleh mengakibatkan permohonan kad kredit anda dinafikan:

Dengan meneliti kriteria bank untuk penglulusan permohonan kad kredit, anda boleh membetulkan kesilapan tedahulu sebelum permohonan seterusnya!

Langkah 2: Bersihkan laporan kredit anda

Daripada semua alasan yang digunakan untuk menafikan permohonan kad kredit anda, laporan kredit yang buruk adalah paling penting dan sukar untuk dibetulkan. Ia juga akan mengambil masa yang panjang untuk membetulkan laporan kredit anda. Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) yang diuruskan oleh Biro Kredit ialah tempat penyimpanan laporan pinjaman dan maklumat kredit orang awam Malaysia dalam tempoh 12 bulan lepas. Laporan ini juga disediakan untuk semua individu dan institusi kewangan dalam negara ini.

Dalam laporan ini, anda dapat melihat baki pinjaman (seperti pinjaman rumah, sewa beli, kad kredit, pinjaman peribadi dan overdraf), akaun-akaun khusus (seperti pinjaman tidak berbayar atau di bawah program pengurusan hutang khas seperti AKPK), dan permohonan kredit atau pinjaman.

Maklumat seperti baki jumlah pinjaman dan pembayaran juga dimasukkan dalam laporan ini.  Jadi, institusi kewangan boleh menentukan jika anda boleh menjelaskan hutang dengan baik  serta menentukan nisbah biaya (DSR) hutang anda, yang akan dijelaskan di bawah.

Dapatkan satu salinan laporan CCRIS anda sekarang dan jika laporan anda tidak kurang memuaskan, cuba mengambil langkah untuk memperbaikinya. Langkah-langkah ini termasuk:

Jika anda mempunyai disiplin untuk memelihara tiga langkah yang tersebut untuk enam sehingga 12 bulan, skor kredit anda pasti akan meningkat. Anda boleh memeriksa laporan CCRIS anda sebelum membuat permohonan kad kredit yang diingini sekali lagi.

Anda juga boleh melaporkan kepada pihak Biro Kredit jika skor kredit anda didapati mempunyai kesilapan.

3. Mengurangkan nisbah hutang kepada pendapatan

Juga dikenali sebagai nisbah bayaran khidmat hutang (DSR), peminjam boleh mengukur pembayaran hutang setiap bulan berdasarkan pendapatan anda. Mereka menggunakan konsep ini sebagai alat ukur sebelum meluluskan kad kredit anda. Nisbah ini dinyatakan dalam bentuk peratus, jadi yang mempunyai lebih rendah peratusan, dikira lebih baik.

Misalnya, Amy mempunyai pendapatan RM4,500 sebulan dan dia mempunyai pembayaran hutang berjumlah RM2,000 setiap bulan. Ini juga termasuk hutang kad kredit, pinjaman kenderaan dan pinjaman peribadi. Nisbah DSR Amy adalah 44%, iaitu RM2,000 (hutang) yang dibahagikan dengan RM4,500 (pendapatan).

Dari contoh tersebut, Amy mungkin tidak akan dapat kad kredit yang diingini kerana nisbah hutang kepada pendapatannya terlalu tinggi.

Mengambil pinjaman kewangan yang terlalu besar berbanding dengan pendapatan bulanan anda boleh mempunyai akibat yang parah. Apabila hutang anda bertambah, skor kredit anda akan merosot serta proses mendapatkan pinjaman bank yang lain akan menjadi lebih sukar.

Jika DSR ialah sebab utama kad kredit anda dinafikan, rujuklah langkah-langkah ini untuk menolong permohonan anda:

  • Berhenti menggunakan kad kredit anda jika pembayaran hutang belum dibayar habis.
  • Memindah baki hutang kad kredit anda melalui program pemindahan baki (balance transfer). Dengan faedah pemindahan baki 0%, anda boleh mengurangkan pembayaran faedah hutang anda.
  • Menganalisis bajet anda dan memotong perbelanjaan mewah untuk membayar balik hutang pinjaman anda.

Langkah 4: Memohon kad kredit yang paling sesuai

Sebab lain yang mengakibatkan penolakan permohonan kad kredit anda ialah anda tidak memenuhi syarat-syarat dan keperluan kad kredit tersebut.

Oleh sebab itu, lihatlah syarat-syarat kad dahulu sebelum memohon kad daripada bank. Bandingkan kad kredit untuk mengetahui semua keistimewaan dan keperluan sebelum membuat permohonan kad kredit.

Pendapatan minimum untuk mendapatkan kad kredit di Malaysia adalah RM2,000 sebulan atau RM24,000 setahun. Untuk melindungi hak pemegang kad serta membantu mereka mengelakkan diri daripada hutang yang besar, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menampilkan peraturan menyatakan bahawa mereka yang berpendapatan RM36,000 setahun dan bawah hanya boleh memiliki dua kad kredit. Selain itu, had kredit maksimum pemegang kad diperluaskan kepada tidak boleh melebihi dua kali ganda gaji bulanan mereka.

Jika anda dalam kategori ini, ia menjadi lebih penting untuk memastikan bahawa kedua-dua kad kredit anda boleh membantu anda menjimat wang dan bukan sebaliknya. Ini bermakna anda perlu menggunakan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda! Sehingga hari ini, terdapat pelbagai kad di pasaran, seperti petrol, pelancongan, barangan runcit, membeli-belah, dan juga untuk makanan. Dengan mendapatkan kad yang sesuai dengan gaya hidup anda, anda boleh mendapat ganjaran besar daripada perbelanjaan anda. Cari kredit kad yang terbaik di Malaysia.

Dengan mengetahui garis panduan kad kredit umum dalam negara ini, periksa keperluan dan syarat-syarat bank untuk kad tersebut. Janganlah memohon kad jika anda tidak dapat memenuhi keperluan yang ditetapkan. Skor kredit anda akan dijejaskan apabila permohonan kad kredit anda ditolak. Ianya suatu langkah yang buruk untuk “mencuba nasib” dengan memohon kad yang anda tahu tidak mungkin akan diluluskan oleh bank. Ini akan mempunyai kesan negatif ke atas laporan CCRIS anda pada masa hadapan.

Kadang-kadang, masalah penolakan awal kad anda mudah untuk diperbaiki. Oleh sebab itu, jangan putus asa jika ditolak. Kemungkinan besar kesilapannya dalam pengisian borang permohonan anda sahaja – samada anda memohon kad kredit online atau secara peribadi di bank.

Walaupun ia adalah kesilapan yang mudah, tunggu sebanyak tiga sehingga enam bulan sebelum apply kad kredit yang seterusnya. Setiap kali anda menghantar permohonan, pihak bank akan menyiasat sejarah permohonan kredit anda, jadi anda perlu memastikan bahawa anda memberikan masa yang secukupnya diantara satu permohonan kredit dengan yang lain.

Terlalu rumit untuk difahami? Cubalah permohonan kad kredit kami. Pakar kad kredit kami akan berhubung dengan anda melalui telefon untuk membantu anda selanjutnya!

Leave your comment