Nak Buat Apa Kalau Kereta Kena Curi?

car theft prevention

Kalau ikutkan peraturan jalan raya, semua pemandu di Malaysia diwajibkan untuk mempunyai insurans kereta. Namun, masih ramai yang mengambil ringan terhadap kepentingan insurans kereta. Salah satu cara untuk mengurangkan premium insurans adalah dengan mengurangkan jumlah perlindungan yang anda bayar. Akan tetapi, ini akan menjejaskan kewangan anda jika kereta anda dicuri.

Walaupun kes curi kereta menunjukkan penurunan dari tahun 2020 hingga 2021 semasa fasa Perintah Kawalan Pergerakan, kes curi kereta kembali berleluasa pada tahun 2023. Antara taktik yang digunakan oleh pencuri kereta adalah dengan menyasar kereta sewa mewah dan alat ganti kereta. Jadi, jika anda rasa anda sayangkan kereta anda, ambil tahu semua langkah berjaga-jaga dan proses tuntutan insurans jika kenderaan anda dicuri.

Dengan adanya risiko kecurian kereta, penting untuk anda tahu proses tuntutan ganti rugi yang mudah dan telus untuk anda.

Perkara wajib tahu tentang tuntutan kecurian kereta

  1. Bayaran ganti rugi yang dilakukan oleh penyedia insurans kereta anda adalah berdasarkan Harga Pasaran atau Jumlah yang Diinsuranskan, bergantung pada yang lebih rendah. Jadi, pastikan Jumlah yang Diinsuranskan adalah cukup untuk anda membayar semula pinjaman kereta dan mendapatkan kereta ganti yang baharu.
  2. Proses tuntutan ganti rugi kecurian kereta adalah sama seperti tuntutan insurans kereta yang lain, tetapi ia memakan lebih masa. Tempoh yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah dalam enam bulan. Namun, bagi kebanyakkan kes, tuntutan akan diproses sebaik sahaja siasatan kecurian (tanpa sebarang kecurigaan) dan semua dokumen yang diperlukan telah dilengkapkan oleh pihak anda.

Bagaimana jika jumlah tuntutan lebih rendah dari Harga Pasaran?

Jika tuntutan ganti rugi anda lebih rendah berbanding Harga Pasaran kereta anda semasa kecuriaan berlaku, anda boleh memfailkan surat rayuan kepada penyedia insurans dengan dokumen-dokumen sokongan yang dapat membantu rayuan anda.

Sebagai contoh, anda boleh dapatkan dokumen sokongan penilaian harga kereta anda seperti di keratan akhbar, iklan dalam talian, sebut harga bertulis atau daripada pengedar kereta yang dipercayai. Namun, kelulusan rayuan ini akan bergantung atas budi bicara penyedia insurans kereta anda.

Adakah kereta anda boleh dikembalikan?

Jika kereta anda berjaya dipulangkan tetapi tuntutan insurans anda belum diselesaikan, anda boleh memilih untuk menarik balik tuntutan tersebut dan membaiki kereta (jika perlu) menggunakan wang anda sendiri, supaya ini tidak menjejaskan Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD).

Namun, jika tuntutan telah diselesaikan oleh penyedia insurans anda, maka hak milik kereta anda akan jatuh di bawah penyedia insurans anda. Setiap proses tuntutan akan mengambil masa sehingga enam bulan bermula dari tarikh laporan kehilangan dilengkapkan. Jadi, anda masih akan menjadi empunya pemilik kereta jika kereta anda telah dijumpai dalam tempoh ini.

Langkah-langkah untuk mencegah kecurian kereta

Kebarangkalian kereta anda dicuri akan bergantung pada kawasan tempat tinggal dan tempat kerja anda. Sebagai cara untuk mengurangkan risiko kereta anda dicuri, Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) telah mewajibkan semua pemilik kereta baharu untuk menggunakan sistem pelumpuh enjin (immobiliser system).

Walau bagaimanapun, kebelakangan tahun ini, pencuri kereta telah menambah baik modus operandi mereka dan kini mampu mengodam sistem pelumpuh enjin. Jadi, sememangnya penting untuk anda tahu tentang hak anda sekiranya kereta anda dicuri.

Berikut adalah beberapa langkah penting yang dikongsikan oleh PIAM (Persatuan Insurans Am Malaysia) untuk mencegah kecurian kereta:

  • Salah satu cara paling mudah untuk mencuri kereta anda adalah dengan mencuri kunci kereta anda. Jadi, jangan sesekali meninggalkan kunci kereta anda di merata-rata tempat seperti di atas bumbung kereta atau di tempat duduk motosikal anda.
  • Jika anda keluar daripada kereta, pastikan semua pintu kereta anda telah dikunci dan mencabut kunci kereta daripada sistem pencucuhan (ignition).
  • Elakkan daripada menyimpan kunci kereta kedua anda di dalam kereta anda. Pencuri kereta yang berpengalaman pasti akan menjumpai kunci kereta kedua anda jika anda menyimpan kunci tambahan di dalam kereta anda.
  • Pada waktu malam, elak daripada meletakkan kereta anda di tempat yang sunyi dan gelap, lebih-lebih lagi jika tempat tersebut banyak berlaku kes kecurian.
  • Gunakan alat kunci kereta di stereng kereta anda atau di kotak transmisi anda (gearbox).

Sumber: PIAM

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.