10 cara mudah untuk jimatkan wang [GAMBAR]

Tidak kira sama ada anda bergelut dengan bil bulanan atau anda adalah rakyat Malaysia yang bebas hutang, berikut adalah 10 cara mudah untuk jimatkan wang yang mampu menjadi panduan kepada anda.

1. Putuskan hubungan dengan TV anda

save money 1

Advertisement

Sekiranya anda melanggan pakej TV satelit ataupun kabel siaran, inilah masanya untuk anda menilai semula langganan anda. Mungkin anda boleh memilih pakej yang sedikit dan ini akan merendahkan yuran langganan anda, atau anda boleh batalkan langganan anda dan tonton rancangan kegemaran anda di atas talian. Anda juga mampu mengambil peluang ini untuk meluangkan masa berjauhan dari TV yang anda boleh gunakan untuk fokus kepada hobi anda. Bijak!

2. Jejak perbelanjaan anda

save money 2

Sebelum anda mula berjimat, anda perlu tahu apa dan berapakah nilai perbelanjaan anda. Gunakan alatan atas talian percuma untuk jejak perbelanjaan anda. Dengan mempunyai satu bajet, anda boleh tentukan berapa nilai perbelanjaan bulanan anda dan kemudian tentukan berapa jumlah simpanan serta di mana anda perlu berjimat.

3. Gunakan pengangkutan awam

public transport

Jika menunggang basikal ke tempat kerja anda adalah sesuatu yang mustahil dan sesuai, anda patut lakukannya. Jika tidak, cuba gunakan pengangkutan awam. Anda pasti akan terperanjat dengan jumlah penjimatan yang anda boleh perolehi apabila anda menyingkirkan kos petrol, tol dan parkir dari perbelanjaan harian,

4. Mula bancuh kopi anda sendiri

save money 4

Sekiranya anda tidak boleh teruskan hidup tanpa kafein, inilah masanya untuk melabur ke atas mesin dan biji kopi yang berkualiti serta beberapa alat tapisan. Lakukannya dengan betul dan kopi anda boleh mencecah semurah RM1 secawan. Demikian rupa, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada barista berhampiran pejabat anda dan simpan wang di dalam dompet setiap pagi.

 5. Bawa bekal makan tengah hari

save money 5

Mulakan membawa bekal makan tengah hari ke pejabat. Jika secara purata anda belanjakan RM10 sehari untuk makan tengah hari, anda boleh jimatkan lebih kurang RM200 bagi satu bulan dengan hari bekerja selama 20 hari. Ini bernilai RM2,400 setahun! Itu adalah motivasi yang cukup untuk anda mula bawa bekal.

6. Semak semula langganan anda

save money 6

Semak semula langganan anda. Sekerap mana sebenarnya anda pergi ke gim? Betulkah anda perlukan data sebanyak 3GB untuk telefon bimbit anda? Langganan beroperasi dengan menyelindung (dan memanjangkan) kos tahunan sebenar mereka, maka pastikan yang anda hanya melanggan barangan atau servis yang anda benar-benar mahu dan perlukan.

7. Cari kad kredit yang paling sesuai dengan gaya hidup anda

save money 7

Bagaimana dengan penggunaan kad kredit anda? Jika anda sering tidak membuat pembayaran penuh, carilah kad kredit dengan kadar faedah terendah serta tiada yuran tahunan. Namun, jika anda selalunya membayar jumlah penuh setiap bulan, dapatkan kad yang mempunyai program ganjaran yang terbaik. Gunakan alat perbandingan atas talian ini untuk mencari kad yang terbaik untuk anda. Dan perkara yang paling penting untuk anda ingat ialah gunakan kad kredit anda dengan berhemat dan bayar bil anda tepat pada masanya untuk elak dari perlu bayar lebih faedah.

8. Automasikan pembayaran bil anda

save money 8

Individu yang pelupa atau tidak teratur cenderung untuk terlepas membayar bil mereka pada masanya. Pertimbangkan untuk mengautomasikan pembayaran bil anda untuk elakkan yuran bayaran lewat dengan menetapkan akaun bank anda untuk membayar bil secara automatik. Jangan tunggu sehingga saat terakhir dan berdepan risiko dikenakan caj bayaran lewat kerana kadang-kadang, penalti akan dikenakan bagi pembayaran lewat.

9. Pertimbangkan hiburan anda

save money 9

Daripada anda keluar dan membelanjakan ratusan ringgit untuk makanan dan minuman serta tiket wayang, anjurkan parti ke rumah. Jemput kawan-kawan anda untuk menonton filem atau cuma bersantai dan berborak dengan minuman. Jika anda perlu juga keluar, rancangkan tempat berkumpul di sebuah restoran yang mana kad kredit anda boleh dapatkan diskaun.

10. Banding, banding, banding

save money 10

Jika anda sering membeli barangan sama dari kedai yang sama, berhenti sekarang. Untuk jimatkan wang, selalu bandingkan harga barangan tersebut di beberapa kedai dan dapatkan harga yang termurah. Sesetengah barangan mungkin mempunyai diskaun di satu kedai tapi tidak di kedai lain. Tentukan barangan yang anda sering beli dan selalu perhatikan nilai mereka. Perbandingan harga bukan sahaja terhad kepada barangan runcit, tapi ia juga adalah untuk produk kewangan. Anda boleh gunakan pelbagai alatan perbandingan kami untuk mencari pinjaman perumahan, kad kredit, pinjaman peribadi, malah insurans kereta yang terbaik di pasaran.

Leave your comment