3 Cara Terbaik untuk Menyimpan Wang

by
Tags: ,

Seperti banyak perkara lain dalam hidup, menyimpan wang anda memerlukan keazaman dan disiplin.

Antara berjuta soalan mengenai hal-hal kewangan, tanpa diragui soalan yang paling popular ialah “Bagaimana Untuk Menyimpan Wang Saya?”. Berikut adalah 3 cara yang biasa dilakukan yang boleh membantu anda menyimpan jumlah wang yang besar apabila sampai waktu persaraan.

1) Mencarum Kepada EPF, JANGAN Keluarkan

Untuk warga Malaysia, EPF, tanpa diragui, adalah cara yang paling mudah untuk menyimpan wang anda. Termasuk caruman peribadi 11% anda, caruman mandatori 13% majikan anda (bagi pekerja-pekerja dengan pandapatan kurang daripada RM5,000 sebulan) menjadikan 24% jumlah keseluruhan daripada gaji bulanan anda disimpan di bawah nama anda setiap bulan.

Tambahan lagi, purata pulangan 5% setahun EPF adalah lebih tinggi berbanding mana-mana faedah deposit tetap dalam pasaran sekarang.

Tips: Pertama sekali, dapatkan pekerjaan di syarikat yang mencarum kepada EPF. Cuba simpan wang anda dalam akaun EPF anda selama yang boleh kerana tiada deposit-deposit bank yang lain dengan kadar faedah tinggi dalam pasaran. Jika boleh, JANGAN guna mana-mana sub akaun EPF anda untuk membayar rumah anda atau membeli sebuah komputer, supaya anda boleh mengambil kesempatan penuh terhadap kadar faedah tinggi EPF untuk memaksimakan pulangan anda.

2) Simpan Sedikit Wang Anda Dengan Cara Lama Yang Berkesan

Menyimpan wang anda memerlukan keazaman dan disiplin. Jika anda belum berbuat demikian, cuba simpan peratusan yang kecil dari gaji anda setiap akhir bulan dan simpan dalam akaun bank yang berlainan, sebaiknya yang tidak mempunyai kemudahan pengeluaran (contoh ATM).

Bila anda mempunyai jumlah yang sederhana, pindahkan wang tersebut ke akaun deposit berfaedah tinggi supaya ia boleh menjana faedah-faedah yang lebih tinggi lagi, dan pada masa yang sama menghalang anda daripada mengakses dana setiap kali anda ingin mendapatkan telefon mudah alih atau sepasang kasut baru.

Untuk mencari deposit-deposit tetap yang terbaik dalam pasaran sekarang, sila lihat jadual perbandingan deposit tetap kami.

Tips: Seperti banyak perkara lain dalam hidup, menyimpan ialah satu usaha yang sukar bagi kebanyakan orang terutama pada permulaannya. Untuk memudahkan anda dalam perjalanan menyimpan wang anda, anda mungkin mahu bermula dengan jumlah sederhana (contohnya 5-10% dari gaji anda) supaya ia tidak mempengaruhi aliran tunai anda hingga ke tahap di mana anda berputus asa sama sekali. Selepas satu tempoh masa, anda boleh cuba meningkatkan jumlah itu setelah tabiat menyimpan menjadi kebiasaan. Dan juga, bila sampai ke topik menyimpan, ia membantu untuk bermula dari usia muda supaya anda boleh mengaut keuntungan faedah kompaun dalam jangka masa panjang.

3) Guna Wang Anda Untuk Melabur Dalam Sesuatu

Jika anda mempunyai toleransi yang sederhana terhadap risiko, masih jauh dari umur persaraan dan mempunyai jumlah wang yang banyak dalam simpanan atau akaun deposit tetap, anda mungkin mahu mempertimbangkan tentang menggunakan sebahagian daripada wang anda untuk tujuan-tujuan pelaburan.

Syer, emas atau hartanah; pelaburan adalah cara yang baik untuk menyimpan LEBIH BANYAK wang kerana pulangannya lebih berpotensi berbanding, contohnya, menyimpan wang anda ke dalam bank. Namun keburukannya ialah pelaburan melibatkan RISIKO – risiko tiada prestasi daripada pelaburan-pelaburan anda, atau dalam kes-kes tertentu, risiko peruapan nilai pelaburan-pelaburan anda disebabkan keadaan pasaran yang teruk.

Tips: Tidak semua kategori pelaburan adalah sama, jadi anda dinasihatkan untuk membuat kaji selidik sebelum anda melibatkan diri dengan mana-mana pelaburan. Sebagai contoh: hartanah dianggap sebagai pelaburan berisiko sederhana; biasanya menikmati pertumbuhan yang konsisten tetapi juga mempunyai kecairan yang rendah (iaitu tidak mudah ditukar kepada tunai). Tapi syer pula dianggap sebagai pelaburan berisiko tinggi; ia mudah terpengaruhi oleh naik turun nilai disebabkan oleh pasaran yang tidak tetap, yang bermakna anda berpotensi untuk UNTUNG banyak atau RUGI banyak. Apa-apapun bentuk pelaburan yang anda pilih, ia adalah lebih baik untuk anda berusaha untuk belajar mengenainya sebelum memberi komitmen.

Suka artikel ini? Anda juga mungkin ingin membaca mengenai kepentingan kepelbagaian dalam pelaburan.

 

Get even more financial clarity with an iMoney account for FREE

We’ve tailored insightful tidbits just for you.

Or
Continue with email

By signing up, I agree to iMoney’s
Terms & Conditions and Privacy Policy

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.
newsletter image