Cara Menghantar Wang Ke Luar Negara Dari Malaysia

pemindahan wang ke luar negara

Sebelum ini, penghantaran wang ke luar negara dari Malaysia dilakukan dengan kaedah yang rumit – sama ada dengan pemindahan bank, kiriman wang, atau cek juruwang. Kesemua kaedah ini juga terhad kepada beberapa bandar sahaja. Kini, dengan kewujudan pelbagai institusi bukan bank yang menyediakan perkhidmatan kiriman wang ke luar negara, telah menjadikan proses ini lebih mudah, cepat dan selamat.

Anda mungkin menggunakan kaedah penghantaran wang ke luar negara hanya sekali, ataupun berkali-kali secara berkala. Tanpa mengira keperluan anda, terdapat pelbagai kaedah untuk menghantar wang dengan kadar caj yang rendah, terutamanya jika anda belum pernah mencuba.

Anda boleh menghantar wang ke mana-mana lokasi di serata dunia melalui pelbagai penyedia perkhidmatan kiriman wang di Malaysia seperti MoneyGram, Western Union, PayPal atau melalui Penghantaran Bertelegraf Bank. Kini, anda boleh menghantar wang dengan mudah ke akaun peribadi seseorang atau ke telefon pintar penerima.

1. MoneyGram

MoneyGram menyediakan salah satu servis penghantaran wang antarabangsa yang paling laju di dunia – dalam masa 10 minit sahaja. Sekiranya terdapat sebarang kesulitan, tempoh maksimum untuk penghantaran wang adalah selama 3 hari bekerja.

Penyedia perkhidmatan kiriman wang ini mempunyai kira-kira 350,000 lokasi ejen di 200 buah negara. Proses kiriman wang ini dipermudahkan lagi tanpa memerlukan akaun bank untuk penerima dan pengirim wang. Anda boleh memindahkan wang dengan jumlah maksimum sehingga US$10,000 (RM41,158) melalui MoneyGram, pada satu-satu masa.

Penghantaran wang melalui MoneyGram terdiri daripada lima langkah mudah:

Langkah 1Semak anggaran kos penghantaran wang menggunakan MoneyGram. Secara lazimnya, MoneyGram mengenakan caj rata yang bergantung kepada jumlah yang dihantar untuk penghantaran wang, .
Langkah 2Pergi ke mana-mana lokasi ejen MoneyGram. Anda boleh mencari ejen MoneyGram dengan menggunakan pengesan ejen MoneyGram.
Langkah 3Isi Borang Penghantaran Wang untuk diserahkan kepada MoneyGram, bersama dokumen-dokumen lain seperti salinan passport, lesen memandu atau MyKad. Serahkan wang yang anda ingin kirimkan berserta dengan caj bayaran yang dikenakan.
Langkah 4Simpan resit dan catatkan Nombor Rujukan (lapan digit).
Langkah 5Maklumkan kepada penerima wang dan berikan mereka Nombor Rujukan tersebut.

Sila ambil perhatian:

  • Jika anda menghantar wang ke akaun bank, anda memerlukan nama dan nombor akaun bank penerima.
  • Jika anda menghantar ke dompet digital penerima, anda memerlukan nombor telefon penerima berserta dengan kod panggilan negara tersebut.

Selepas itu, penerima perlu pergi ke ejen MoneyGram, isi Borang Penerimaan, dan sediakan dokumen pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan tempatan di lokasi tersebut. Selepas butiran disahkan, penerima boleh menerima wang mereka dalam bentuk tunai.

Anda boleh menyertakan mesej sehingga 10 patah perkataan dan pilih matawang bagi wang yang anda kirimkan dan matawang yang diterima oleh penerima.

Anda juga boleh menghantar wang ke luar negara dengan menggunakan MoneyGram melalui akaun CIMBclicks atau Maybank2u.

2. Western Union

Western Union merupakan salah satu penyedia perkhidmatan kiriman wang yang terkenal, yang mempunyai kira-kira lebih 525,000 lokasi ejen di 200 buah negara. Western Union menyediakan perkhidmatannya melalui 100,000 ATM dan kiosk di seluruh dunia. Western Union juga menjalankan transaksi lebih daripada 150 jenis matawang, dengan yuran pindahan wang yang bermula dari RM5.00.

Dengan menggunakan Western Union, anda boleh memindahkan wang melalui tiga cara:

Secara bersemukaMula dalam talian dan selesaikan secara bersemukaPenghantaran dalam talian
Lakukan transaksi di mana-mana lokasi ejen Western Union.Isi butiran penting melalui laman sesawang Western Union, kemudian pergi ke kiosk ejen untuk membuat pembayaran.Lakukan transaksi anda melalui aplikasi atau laman sesawang Western Union.

Semasa menghantarkan wang, anda boleh memilih cara untuk penerima menerima wang. Di Malaysia, cara ini boleh dilakukan melalui penghantaran terus ke satu-satu akaun bank atau mengambil wang tunai secara bersemuka di cawangan Western Union. Negara lain juga menawarkan penghantaran ke nombor telefon pintar sebagai cara alternatif.

Western Union disokong oleh kebanyakan bank di Malaysia, seperti Public Bank, RHB Bank, Bank Rakyat, Agrobank, Hong Leong Bank, Ambank, Bank Muamalat dan Pos Malaysia. Jadi, anda masih boleh mengirimkan wang ke luar negara melalui Western Union dengan menggunakan salah satu bank-bank tersebut.

Anda boleh memantau status transaksi anda dengan menggunakan kemudahan Pengesan Status Transaksi Wang (Track Money Transaction Progress) melalui laman sesawang Western Union. Transaksi mungkin mengambil masa satu sehingga lima hari bergantung kepada lokasi dan jenis bank.

3. PayPal

PayPal adalah salah satu cara yang lebih kerap digunakan untuk membayar transaksi apabila membuat pembelian dengan penjual dari luar negara. Ia merupakan salah satu cara yang paling mudah dan selamat untuk mengirimkan wang ke luar negara. Anda hanya memerlukan alamat e-mel atau nombor telefon penerima. Penerima harus mempunyai akaun PayPal untuk menerima pembayaran. Jika penerima tidak mempunyai akaun PayPal, mereka perlu mendaftar untuk membuka akaun secara percuma.

Transaksi melalui PayPal terdiri daripada tiga langkah mudah:

Langkah 1Log masuk ke akaun PayPal anda dan masukkan alamat e-mel atau nombor telefon bimbit penerima.
Langkah 2Isi jumlah penghantaran anda.
Langkah 3Penerima akan menerima notifikasi daripada PayPal serta-merta. Anda boleh menggunakan akaun PayPal untuk melihat status transaksi anda.

Penerima boleh memilih untuk menyimpan wang ke dalam akaun PayPal mereka atau memindahkan wang tersebut ke dalam akaun bank kad kredit mereka atau meminta pengeluaran cek dari PayPal.

PayPal membenarkan anda untuk menggabungkan semua pembayaran luar negara (dan juga tempatan) di dalam satu akaun, untuk pengurusan yang lebih baik. Anda juga boleh memautkan kad kredit atau kad debit ke akaun PayPal agar lebih mudah.

Jika anda membuat pembelian dengan penjual, pembelian anda tidak akan dikenakan caj transaksi, sebaliknya penerima (penjual anda) yang akan dikenakan caj kecil untuk setiap penjualan yang dilakukan. Anda hanya perlu menanggung caj kecil bagi pertukaran matawang jika pembelian dilakukan dengan penjual dari luar negara.

Namun begitu, transaksi yang tidak melibatkan barangan mungkin akan dikenakan caj servis bergantung kepada negara destinasi. Caj ini akan dikenakan dalam jumlah wang yang anda hantar, jadi anda harus mengambil kira semasa mengira wang kiriman anda.

Penghantaran wang melalui PayPal merupakan salah satu daripada pilihan yang paling selamat, kerana setiap transaksi dilindungi oleh penyulitan canggih dan pengawasan penipuan 24-jam.

Sebagai jaminan tambahan, jika barangan atau servis yang anda beli gagal diterima atau tidak menepati gambaran yang diberikan oleh penjual, PayPal akan membayar balik wang anda sepenuhnya termasuk kos penghantaran. PayPal berurusan dengan 26 matawang yang berbeza.

4. Pemindahan Bertelegraf Bank (Telegraphic Transfer)

Penghantaran Bertelegraf sering digunakan bersama penghantaran eletronik, pindahan bank, atau sistem penghantaran Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunications (SWIFT). Secara asasnya, ia adalah penghantaran wang antarabangsa yang dilakukan melalui sistem bank anda.

Kebiasaannya, anda akan dikenakan caj kecil yang bergantung kepada jumlah penghantaran wang. Jumlah ini bergantung kepada jenis bank anda, dan sesetengah bank akan mengenakan caj untuk penerimaan penghantaran.

Anda memerlukan akaun simpanan atau semasa, sebaik-baiknya bersama akses dalam talian akaun untuk melakukan Penghantaran Bertelegraf. Semasa menghantar wang ke luar negara, anda boleh mengira jumlah pertukaran matawang anda dengan serta-merta. Jumlah ini akan didebitkan secara terus dari akaun anda ke akaun penerima.

Penghantaran Bertelegraf adalah dilindungi oleh rangkaian SWIFT dan Kod Kebenaran Transaksi (TAC). Dalam kes ini, anda hanya memerlukan lebih maklumat tentang penerima berbanding kaedah penghantaran yang lain. Ini juga bermaksud bahawa permintaan penghantaran anda akan diproses pada hari yang sama (jika penghantaran dibuat di antara jam 9.30am dan 4.30pm).

Selain memerlukan nama penuh dan alamat penerima, anda juga memerlukan alamat bank, Nombor Akaun Bank Antarabangsa (IBAN), dan kod bank SWIFT penerima. Juga, terdapat had limit wang pindahan yang bergantung kepada status penempatan anda.

Berikut adalah proses tersebut:

Langkah 1Log masuk ke akaun bank dalam talian anda.
Langkah 2Pilih Penghantaran Bertelegraf Antarabangsa di menu. Peletakan ciri ini bergantung kepada bank anda.
Langkah 3Isi jumlah pindahan anda, status penempatan anda, tujuan penghantaran, dan hubungan bersama penerima.
Langkah 4Isi semua butiran penting pindahan:
1) Nama penerima.
2) Alamat penerima.
3) Nama bank penerima.
4) Alamat bank penerima.
5) Kod bank SWIFT penerima.
6) Nombor Akaun Bank Antarabangsa (IBAN) penerima.

5. Merchantrade eRemit

Merchantrade eRemit menawarkan kaedah penghantaran wang yang sama seperti MoneyGram. Ciri mudah ini membolehkan pengguna menghantar wang kepada 200 negara di dunia. Keunikkan Merchantrade adalah ia membolehkan pengguna untuk menghantar wang khusus ke akaun syarikat atau perniagaan.

Penerima boleh menerima wang dalam bentuk tunai melalui cawangan bank pilihan anda atau pusat pengambilan wang yang telah ditetapkan.

Merchantrade menawarkan pendaftaran elektronik know-your-customer (eYKC), yang membolehkan anda mendaftar untuk servis ini melalui aplikasi mereka. Sebagai alternatif, anda juga boleh memilih wakil pemasaran yang akan melawat pejabat anda untuk mengesahkan secara bersemuka (hanya tersedia di Lembah Klang).

Langkah 1Muat turun aplikasi Merchantrade eRemit.
Langkah 2Ikut arahan pendaftaran servis. Pendaftaran mungkin mengambil masa 24 jam bagi pengesahan.
Langkah 3Pilih negara dan rangkaian pembayaran anda.
Langkah 4Masukkan jumlah dan semak kadar anda.
Langkah 5Isi butiran penerima.
Langkah 6Pilih tujuan penghantaran dan sumber penghantaran.
Langkah 7Lengkapkan pembayaran melalui Financial Process Exchange (FPX) atau Merchantrade Money.

Merchantrade eRemit juga menawarkan pilihan penghantaran wang yang boleh dilakukan melalui rangkaian Western Union. Ini memberikan lebih banyak kaedah penghantaran wang.

6. Pos Malaysia

Sebelum ini, anda menggunakan servis pos untuk memindahkan wang ke luar negara, ataupun di dalam negara yang sama. Walaupun terdapat pelbagai kaedah penghantaran wang yang lebih canggih, anda masih boleh memanfaatkan servis pejabat pos jika anda mahu menggunakan cara yang lama.

Tidak semua cawangan Pos Malaysia menawarkan servis penghantaran wang, dan anda perlu menyemak senarai rasmi pejabat-pejabat pos yang tersedia. Disebabkan ini merupakan servis legasi negara, tiada pilihan dalam talian atau aplikasi telefon pintar.

Untuk menggunakan servis penghantaran wang pejabat pos, sila ikut langkah-langkah berikut:

Langkah 1Pergi ke pejabat pos yang menawarkan servis penghantaran wang.
Langkah 2Isi borang yang diperlukan dan lengkapkan bayaran.
Langkah 3Dapatkan Nombor Kawalan Pindahan Wang (MTCN) dan hantar kepada penerima.
Langkah 4Penerima harus pergi ke pejabat pos yang menawarkan servis ini di negera mereka dan isi borang "Penerimaan Wang".
Langkah 5Penerima harus menghantar borang yang telah dilengkapkan dan menyediakan dokumen pengenalan (bergantung kepada negara) untuk menerima wang yang dihantar.

Sebagai peringatan, kebiasaannya pejabat pos yang menawarkan servis ini juga merupakan cawangan Western Union yang berdaftar. Oleh itu, anda bebas untuk memilih rangkaian penghantaran wang anda.

7. Valyou

Valyou adalah servis penghantaran wang digital, hampir sama seperti MoneyGram dan Merchantrade. Satu manfaat yang ditawarkan oleh Valyou adalah pilihan untuk menghantar duit secara terus kepada dompet digital (sekiranya penghantar dan penerima menggunakan Valyou Mobile Wallet). Namun, ini hanya tersedia untuk negara yang tertentu seperti Bangladesh, Cambodia, Nepal, dan Pakistan.

Servis ini juga menawarkan servis penghantaran ke rumah di Vietnam. Ya, anda boleh menghantar wang secara terus dalam bentuk tunai, yang memberi manfaat jika penerima tidak memiliki akaun bank.

Terdapat tiga pilihan penghantaran wang ke luar negara yang ditawarkan oleh Valyou:

  • Secara bersemuka di pejabat cawangan.
  • Melalui penghantaran wang dalam talian.
  • Melalui wallet mudah alih.

Berikut adalah cara untuk menghantar wang dalam talian:

Langkah 1Buat akaun dengan memuat turun aplikasi Valyou eKYC.
Langkah 2Ikut arahan pendaftaran servis. Ini mungkin mengambil masa 24 jam untuk mengesahkan identiti anda. Anda perlu memautkan akaun bank bersama servis ini jika anda ingin membayar menggunakan FPX.
Langkah 3Log masuk ke akaun baharu anda.
Langkah 4Isi negara destinasi, jumlah dan semak kadar anda.
Langkah 5Isi butiran penerima.
Langkah 6Pilih tujuan penghantaran dan sumber wang penghantaran.
Langkah 7Lengkapkan pembayaran melalui FPX.

Dengan memilih penyedia penghantaran wang yang mengendalikan jenis penghantaran wang anda dengan tepat – tanpa mengira tujuan peribadi atau professional – anda tidak perlu risau kerana penghantaran anda dikawal dengan selamat dan kaedah yang digunakan adalah pada kadar yang berpatutan. Pilih dengan betul dan anda akan terkejut betapa banyak wang yang anda boleh jimat dengan menghantar wang ke luar negara dari Malaysia – pantas, mudah dan selamat!

* Artikel ini telah dikemaskini pada Disember 30, 2022.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.