Adakah Ini Majlis Perkahwinan Yang Paling Mewah Di Malaysia?

Adakah Ini Majlis Perkahwinan Yang Paling Mewah Di Malaysia?

Majlis perkahwinan mempunyai kepentingan yang berbeza untuk setiap individu. Bagi sesetengah individu, ia adalah suatu akuan awam yang anda akan menghabiskan sisa hidup anda dengan pasangan anda. Bagi yang lain pula, ia adalah satu acara mengubah hidup yang disambut dengan mereka yang terdekat dan tersayang.

Apa jua anggapan anda, kita semua setuju bahawa kos majlis perkahwinan bukan begitu murah. Di Malaysia, kos perkahwinan boleh mencapai  sekurang-kurangnya RM50,000 secara purata dan ini tidak termasuk kos untuk berbulan madu.

Walau bagaimanapun, jumlah purata ini jauh berbeza jika dibandingkan dengan beberapa majlis perkahwinan yang paling mewah di Malaysia. Teruskan membaca dan ia pasti mengagumkan anda:

1. Rozita Che Wan dan Zain Saidin

rozita(1)

Pasangan popular ini dilaporkan telah mendapat penajaan yang bernilai RM13 juta untuk majlis perkahwinan mereka. 

Dengan penajaan yang bernilai RM13juta, penyatuan pelakon Rozita Che Wan dan teman pelakon beliau, Zain Saidin pada tahun 2013 telah digelar sebagai “perkahwinan yang paling mewah di tahun tersebut”.

Penajaan termasuk barang kemas yang bernilai RM10 juta daripada Kedai Emas Habib dan barangan lain daripada 27 para penaja.

Selain daripada itu, Rozita juga dilaporkan menerima RM23,300 sebagai wang hantaran dan RM9,300 mas kahwin.

Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Setia City di Shah Alam dan telah dihadiri oleh 200 orang tetamu.

2. Benjamin Yong dan Elizabeth Lee

ben(1)

Pasangan yang berprofil tinggi, Benjamin Yong dan Elizabeth Lee mungkin telah membelanjakan RM54,000 untuk persembahan majlis pekahwinan mereka sahaja. 

Pengasas BIG Group, Benjamin Yong dan pengasas bersama Bowerhaus, Elizabeth Lee telah meraikan penyatuan mereka sebagai salah satu acara yang paling mewah pada tahun 2014.

Perkahwinan mereka yang bertema karnival telah berlangsung di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpur. Ianya berlangsung seumpama pesta ria yang meriah, termasuk hiasan tengah karusel berputar, pancaragam ayunan 25 keping, penari aerial trapez, penari balet, perenang serentak, serta pelbagai jenis kek perkahwinan yang berwarna-warni.

Menurut salah satu pemilik majalah pengantin online, pasangan yang berprofil tinggi ini mungkin telah membelanjakan sekurang-kurangnya RM54,000 untuk persembahan sahaja.

Walaupun ia agak sukar untuk menganggarkan jumlah kos perbelanjaan untuk majlis perkahwinan bertema carnival ini, ada kemungkinan yang pasangan tersebut telah membelanjakan sebanyak RM10,000 untuk karusel sahaja dan RM50,000 untuk lampu hiasan.

Kos untuk fotografi mungkin dalam lingkungan RM20,000 dan kos ini hanya untuk perkahwinan mereka yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Sebelum itu, pasangan yang berprofil tinggi ini telah menglangsungkan parti teh pra-kahwin di Sydney, Australia dan upacara teh tradisional Cina di Ritz-Carlton, Kuala Lumpur.

[interaction id=”558cfc819903ebaf49403545″]

3. Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K)

siti(1)

Begini rupanya kek perkahwinan yang berharga RM12,000!

Salah satu majlis perkahwinan selebriti yang paling rumit berlangsung dalam sejarah Malaysia adalah penyatuan puteri pop Siti Nurhaliza dan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K).

Beberapa sumber menganggarkan bahawa jumlah kos perkahwinan yang berlangsung pada tahun 2006 tersebut boleh mencapai lebih daripada RM12 juta. Kos perbelanjaan kek berperingkat mereka yang digelar Indah Percintaan berjumlah RM12,000. Siti juga dilaporkan menerima mas kahwin RM22,222 dan wang hantaran RM30,000.

Pasangan ini kemudiannya menafikan tuntutan tersebut, dengan mengatakan bahawa kebanyakkan barang termasuk barang kemas dan pakaian, adalah ditaja.

Walau bagaimanapun, mereka menerima RM1juta daripada sebuah stesen televisyen tempatan untuk menyiarkan majlis perkahwinan mereka. Perkahwinan mereka berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan telah dihadiri oleh 2,500 orang tetamu and disiarkan kepada 6.3 juta penonton seluruh negara.

Pada tahun 2010, E! News Asia menamakan pasangan ini sebagai Pasangan  Selebriti Ketiga Yang Paling Berkuasa di Asia, selepas penghibur Cina, Simon Yam dan isteri, Qi Qi dan pasangan superstar Bollywood, Aishwarya Rai dan suaminya, Abhishek Bachchan.

4. Marion Caunter dan SM Nasarudin SM Nasimuddin

marion(1)

Majlis perkahwinan Marion Caunter dan SM Nasarudin mungkin telah mencapai kos sebanyak RM5 juta.

Penyatuan di antara personaliti televisyen popular Marion Caunter dan Pengerusi Eksekutif, Kumpulan Naza Usahasama, SM Nasarudin SM Nasimuddin merupakan salah satu majilis perkahwinan yang paling diperkatakan di dalam arena hibuaran tempatan.

Majlis perkahwinan yang bertema mawar putih berlangsung di Mandarin Oriental, dan dihadiri oleh bintang-bintang terkemuka seperti Elainy Daly, Deborah Henry, Tom Abang Saufi dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.  Bintang pop tempatan Ning Baizura dan Sean Ghazi menyampaikan persembahan beserta pancaragam Russell Curtis.

Jumlah tetamu yang telah menghadiri majlis perkahwinan tertutup ini pada tahun 2010 tidak diketahui. Namun, Mandarin Oriental dianggarkan telah mencaj RM300 untuk kos makan setiap individu.

Menurut satu majalah pengantin online, jumlah kos perkahwinan tersebut mungkin mencapai RM5 juta.

5. Serina Redzuawan dan Gavin O’Luanaigh

serina(1) (1)

Satu Malam: Suatu perkahwinan Malaysia, yang disiarkan di saluran Asian Food Channel (AFC), telah mempamerkan majlis perkahwinan mewah di antara anak perempuan Chef Wan, Serina (kanan) dan Mat Salleh O’Luanaigh.

Selaku anak kepada chef terkenal negara, Redzuawan Ismail (Chef Wan), perkahwinan Serina bersama dengan Mat Salleh O’Luanaigh merupakan salah satu perkahwinan yang kita akan ingati untuk masa yang lama.

Upacara perkahwinan yang berlangsung untuk tiga hari dan dihadiri hampir 1,000 tetamu, telah ditayangkan di AFC (Astro – Saluran 703). Majlis ini menunjukkan dedikasi Chef Wan untuk melangsungkan perkahwinan impian anak perempuannya, termasuk pemilihan teliti beliau dari menu makanan sehingga mencari pereka baju dan barang kemas yang terbaik negara ini.

Walaupun kebanyakkan komponen dalam perkahwinan ini telah ditaja (termasuk tiara dan gaun petang Serina yang dianggarkan berkos RM15,000), pasangan ini dijangka telah membelanjakan sehingga RM20,000 di studio fotografi, Kudegraphy. Mereka juga mendapatkan perkhidmatan daripada beberapa orang jurugambar untuk majlis tersebut.

Selain daripada itu, pasangan ini juga dijangka telah membayar RM3,000 untuk perkhidmatan daripada artis solekan, Baby Elle.

Semasa upacara akad nikah, O’Luanaigh dilaporkan telah menyerahkan hadiah perkahwinan bernilai RM1,000 dan mas kahwin RM30,000 sebelum menyarungkan cincin di jari Serina.

Untuk ramai orang, menyambut hari istimewa mereka boleh dijadikan satu upacara yang sangat mahal. Namun, ramai berpendapat bahawa kos yang telah dibelanjakan adalah wajar kerana ia (secara teori) berlangsung sekali dalam seumur hidup. Walaupun ia mudah untuk terperangkap dalam kegilaan perkahwinan, adalah penting untuk anda berpegang kepada bajet anda, terutamanya jika kita bukan seorang anak perempuan kepada seorang yang terkenal. Lagipun, bukan semua orang boleh menghiasi tempat perkahwinan mereka dengan bunga ros putih dan merah jambu, supaya ia berkelihatan seperti suatu cerita fantasi.

Janganlah anda berbelanja terlalu banyak untuk perkahwinan anda supaya anda boleh hidup bahagia bersama dan bebas daripada hutang untuk selama-lamanya.

Laman web tempatan seperti The Wedding Notebook dan Bridal Guide akan memberikan anda idea tentang bagaimana anda boleh pelan baget perkahwinan anda.

Adakah anda tahu tentang majlis perkahwinan yang lebih mewah dan telah berlangsung di Malaysia baru-baru ini? Beritahu kami di bahagian komen dibawah.

Diterjemah oleh Rebecca Shamasundari & Thamil Tannarsu

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.