6 Kesilapan Besar Dalam Pelaburan Yang Harus Dielakkan

6 Kesilapan Besar Dalam Pelaburan Yang Harus Dielakkan

Artikel ini ditaja oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, di bawah inisiatif InvestSmart itu.

securities-commission-malaysia      invest smart

Orang sering berkata “Belajar daripada kesilapan yang lalu”. Oleh itu, semua pelabur tidak kira yang berpengalaman atau sebaliknya, akan cuba sedaya upaya untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam pelaburan dengan mendapatkan sebanyak mungkin maklumat sebelum mula melabur! Cara yang terbaik ialah dengan mengenal pasti kesilapan yang mungkin dilakukan dan mencari cara yang terbaik untuk mengelakkan daripada berlaku. Kami telah membuat penyelidikan untuk anda, berikut adalah 6 kesilapan dalam pelaburan yang harus dielakkan:

Advertisement

1. Melabur tanpa membuat perancangan

Setiap portfolio pelaburan perlu memiliki  strategi asas berdasarkan matlamat kewangan yang ingin dicapai. Malangnya, ramai yang melabur hanya berdasarkan trend dan khabar angin. Ada juga yang melabur ribuan ringgit dalam saham kerana pengaruh rakan-rakan. Anda perlu membuat perancangan dan tahu apa yang hendak dicapai.

Langkah 1A: Matlamat kewangan perlulah boleh diukur

Matlamat jangka pendekMatlamat jangka panjang
Membayar deposit rumah dalam tempoh 3 tahunBersara dalam tempoh 30 tahun
RM50,000RM1 juta

Langkah 1B: Nilai tahap toleransi risiko anda

UmurJumlah perolehan masa depanTempoh masa
Lebih muda usia anda, lebih tinggi tahap toleransi risiko.Potensi bagi mendapatkan perolehan yang lebih tinggi pada masa depan akan meningkatkan toleransi risiko anda.

Sekiranya anda mempunyai anak, toleransi risiko anda mungkin menjadi lebih rendah.

Langkah 1C: Pelbagaikan portfolio pelaburan anda berdasarkan tahap toleransi risiko

Portfolio pelaburan yang dipelbagaikan terdiri daripada beberapa kategori pelaburan, atau dipanggil kumpulan aset.  Setiap kumpulan aset boleh dipelbagaikan lagi. Sebagai contoh, salah satu daripada kumpulan aset anda mungkin terdiri daripada saham dan ia boleh dipelbagaikan lagi dengan melabur dalam saham daripada industri yang berbeza. Dengan cara ini anda dapat mengagihkan risiko pelaburan anda kepada aset kelas yang berbeza.

investment-mistake-table(2ndBMarticle)

 

2. Tidak membuat penyelidikan

Elakkan melabur dalam sesuatu yang anda tidak faham. Namun, jangan jadikan ini sebagai sebab untuk anda tidak melabur. Ambil masa untuk mempelajari pelaburan yang anda rasa berpotensi dan cuba fahami bagaimana ia berfungsi. Kebanyakan maklumat adalah percuma dan boleh diperoleh dalam talian. Baca mengenai pelaburan tertentu yang anda minat sebelum membuat sebarang pelaburan. Anda juga boleh mendapatkan bantuan profesional dengan melantik penasihat kewangan untuk membantu merancang portfolio pelaburan. Namun begitu, sentiasa ambil tahu mengenai portfolio dan fahami perancangan pelaburan anda.

Berikut adalah laman web yang boleh rujuk sebelum memulakan pelaburan:

3. Tidak memahami pelaburan anda

Anda perlu membuat penyelidikan sebelum memulakan pelaburan. Tetapi, mempercayai  apa yang dibaca tanpa usul periksa juga agak berisiko.
Apa jua bahan bacaan yang digunakan dalam membuat kajian sepatutnya dijadikan sebagai panduan asas sahaja. Setiap orang mempunyai matlamat kewangan dan perancangan pelaburan. Tidak ada panduan pelaburan yang sesuai untuk semua orang, jangan percaya sepenuhnya tanpa membuat rujukan terlebih dahulu. Ingat: jadikan bahan bacaan tersebut sebagai sumber rujukan sahaja! Bahagian yang paling penting dalam membuat penyelidikan bukanlah mengingati segala maklumat yang dibaca, tetapi memahami bagaimana maklumat tersebut boleh digunakan dalam membuat perancangan pelaburan. Sebagai contoh, melabur dalam saham bukan hanya memerlukan anda memahami bagaimana ia berfungsi tetapi memahami industri dan syarikat yang ingin diceburi, risiko, yuran dan caj terlibat

Dokumen-dokumen berikut dapat membantu anda untuk lebih memahami pelaburan-pelaburan yang ingin diceburi:

Prospektus SyarikatLaporan Tahunan Syarikat
- Objektif pelaburan
- Strategi pelaburan
- Faktor Risiko
- Prestasi kewangan (dimana terpakai)
- Yuran dan caj
Ketahui prestasi tahun sebelumnya melalui penyata kewangan:

- Kunci kira-kira
- Penyata pendapatan
- Perubahan dalam ekuiti
- Polisi perakaunan
- Nota-nota penjelasan

4. Membiarkan ketamakan menguasai diri

Mendapat pulangan pelaburan adalah sesuatu yang menyeronokkan. Ia membuatkan anda rasa teruja dan lebih yakin untuk melabur lebih banyak wang. Keseronokan yang dirasai kadangkala akan mempengaruhi pertimbangan anda dan tanpa disedari ketamakan telah menguasai diri. Membiarkan emosi menguasai keputusan bolehmenyebabkan anda mengalami kerugian dalam pelaburan. Walaupun ramai yang menyedari perkara ini (secara teorinya), namun ia masih berlaku lebih-lebih lagi ketika pasaran saham sedang naik. Pelabur seakan hilang pertimbangan dan membuat tawaran tidak masuk akal untuk saham dengan harga yang tidak berbaloi. Walau bagaimanapun, bagi memastikan sesuatu pelaburan itu bertahan lama, anda perlu berfikir panjang kerana pelaburan bukanlah suatu skim cepat kaya. Jadikan objektif kewangan, tempoh masa yang ditetapkan serta toleransi risiko anda menjadi perisai daripada membuat keputusan yang tidak rasional. Disiplinkan diri!

5. Mendengar khabar angin dan desas-desus

Bayangkan anda baru sahaja mendapat tahu daripada seorang kenalan di kedai kopi, yang mana dia juga diberitahu oleh seorang rakan lain, mengenai Syarikat X yang bakal bergabung dengan Syarikat Y lantas harga saham kedua-dua syarikat tersebut akan melambung dalam masa beberapa minggu seterusnya. Adakah anda akan membuat keputusan pelaburan berdasarkan maklumat ini?
Kadangkala kita terpedaya dengan sesuatu yang dikatakan “tip panas”. Seperti yang diketahui, maklumat sebegini mungkin adakalanya benar, tetapi selalunya tidak berasas.  Seandainya maklumat ini tidak benar, anda mungkin akan mengalami kerugian ribuan ringgit.
Jangan terpedaya dengan tip-tip yang tidak berasas. Berpegang teguh dengan perancangan anda dan matlamat pelaburan boleh dicapai.

6. Berlengah-lengah

“Saya masih muda untuk menyimpan dan melabur untuk masa persaraan”. “Saya perlu simpan sejumlah wang dahulu sebelum boleh mula melabur”, “Saya akan tunggu harga saham naik atau turun sebelum mula bertindak”
Adakah ungkapan ini biasa didengari? Ini adalah antara alasan-alasan yang diberikan untuk bertangguh dalam memulakan pelaburan.
Kadangkala mungkin alasan-alasan sebegini boleh diterima, tetapi selalunya tidak boleh diterima kerana ia hanyalah alasan yang sering diberikan untuk bertangguh dalam memulakan pelaburan. Kenapa? Kerana takut gagal dan kehilangan wang. Apabila menyentuh mengenai pelaburan, lebih awal anda bermula, lebih tinggi peluang anda untuk mendapat pulangan. Jangan ambil mudah kos melepas yang akan ditanggung kerana menangguhkan keputusan untuk memulakan pelaburan.

Selain pelaburan, anda juga boleh menjimat wang dengan menggunakan kad kredit pulangan tunai (cashback) atau kad kredit ganjaran yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Kesimpulan

Bagi orang yang tidak biasa, melabur mungkin sesuatu yang menggusarkan. Walau bagaimanapun, setelah mengetahui dan memahami apa yang bakal dihadapi (dan mengelakkan diri daripada melakukan 6 kesilapan yang dinyatakan), anda sebenarnya sudah berada di landasan yang betul. Ingat, sentiasa bersedia dengan maklumat yang sahih sebelum membuat sebarang keputusan dalam pelaburan. Jangan bergantung kepada nasib sahaja, sebaliknya dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan!

© Suruhanjaya Sekuriti Malaysia menafikan semua waranti, sama ada melalui sebutan ataupun yang terimplikasi, termasuk waranti tanpa limitasi bagi ketepatannya, kelengkapannya atau kandungan maklumat yang menjadi sebahagian daripada laman web ini. Anda dinasihatkan merujuk pada pakar yang berkaitan seperti perancang kewangan bertauliah, jururunding pencukaian, penasihat pelaburan dan peguam bagi nasihat terperinci. Untuk maklumat lanjut mengenai penyiaran semula kandungan ini, sila emel: admin@investsmartsc.my.

Leave your comment