Pernahkan Anda Jadi Mangsa Penipuan Dalam Talian? Berikut Adalah 4 Tanda Amaran

Pernahkan Anda Jadi Mangsa Penipuan Dalam Talian? Berikut Adalah 4 Tanda Amaran

Rakyat Malaysia mudah menjadi mangsa penipuan dalam talian. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengambil langkah mengadakan kempen untuk mengatasi penipuan dalam talian yang semakin menjadi isu biasa di kalangan rakyat Malaysia. Bilangan rakyat Malaysia yang ditipu semakin meningkat dalam beberapa tahun yang lepas, tetapi kesedaran tentang isu ini masih berada pada tahap rendah.

Sebagai contoh, pada tahun 2021, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan 1585 kes kerugian berjumlah RM580.88 juta dari penipuan jenis ‘Macau scam’.

Manakala satu lagi jenis penipuan dalam talian yang popular adalah ‘Love Scam’, yang telah mencatatkan jumlah kerugian sebanyak RM17.1 juta dalam hanya 361 kes.

Walaupun kita sudah mendengar dan membaca banyak cerita mengenainya, masih terdapat ramai orang lagi yang kehilangan jumlah besar wang hasil titik peluh mereka kepada penipuan dalam talian. Anda boleh menjadi mangsa seterusnya! Oleh itu, adalah bijak untuk mengetahui mekanisme penipuan dalam talian dan bagaimana untuk mengelakkannya dengan apa cara sekalipun.

Berikut adalah apa yang anda perlu ketahui mengenai penipuan dalam talian:

Ketahui bagaimana ia berfungsi

Memandangkan sebahagian besar penipuan dalam talian melibatkan pinjaman peribadi, langkah pertama untuk mengelakkan daripada ditipu adalah untuk mengetahui bagaimana pinjaman berfungsi.

Dengan pinjaman jenis ini, anda meminjam sejumlah wang daripada bank atau pemberi pinjaman untuk digunakan sesuka hati. Sesetengah orang mengambil pinjaman peribadi untuk memperbaiki rumah, atau memulakan perniagaan, atau membeli iPhone. Perjanjian ini berbeza dengan pinjaman perumahan atau kenderaan.

Perjanjian akan disediakan oleh pemberi pinjaman di mana butiran pembayaran balik, kadar faedah dan pelbagai butiran lain dinyatakan.

Keseluruhan proses ini tidak memerlukan pemberi pinjaman untuk membayar apa-apa wang pendahuluan kerana segala bayaran yang perlu dibuat akan ditolak dari jumlah wang yang dipinjam.

Ia juga penting untuk mengetahui siapa peminjam anda. Adakah anda memohon pinjaman daripada institusi kewangan berlesen seperti bank, atau pemberi pinjaman wang atau syarikat kredit? Pinjaman daripada institusi kewangan berlesen adalah pilihan paling selamat kerana ia dikawal selia oleh bank pusat.

Ketahui jenis penipuan

Banyak penipuan dalam talian wujud hari ini. “Pinjaman dengan bayaran pendahuluan” adalah di mana peminjam membuat pembayaran pendahuluan pada waktu kelulusan. Inilah kaedah yang digunakan oleh kebanyakan penipu pinjaman, tetapi pertimbangkan ini – ia benar-benar tidak masuk akal untuk anda membayar wang yang anda tidak ada untuk mendapatkan pinjaman.

Seperti yang telah dibincangkan diatas, ‘Macau Scam’ merupakan antara jenis penipuan atas talian yang paling berleluasa di Malaysia. Jadi bagaimana boleh anda mengenali penipuan atas talian sebegini?

‘Macau Scam’ biasanya dijalankan melalui panggilan telefon. Kebiasaannya, pihak yang menjalankan penipuan ini akan menyamar sebagai wakil dari makhamah atau pihak berkuasa seperti PDRM atau Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tetapi, ‘Macau Scam’ juga boleh dijalankan secara dalam talian menggunakan modus operandi yang sama. Melalui dalam talian, ‘Macam Scam’ dilaksanakan menghantar mesej peribadi yang kononnya dari pihak berkuasa.

Manakala, lagi satu jenis penipuan dalam talian yang popular, iaitu ‘Love Scam’ pula biasanya dijalankan dalam media sosial seperti Facebook, dan Twitter. E-mel juga merupakan tempat dimana penipuan jenis ini bermaharajalela.

Satu lagi taktik biasa yang digunakan oleh penipu adalah memancing data (phishing). Dalam kes seperti ini, penipu akan menyamar untuk menipu anda memberi maklumat peribadi seperti butiran perbankan dan kad kredit serta kata laluan.

Terdapat beberapa cara ini boleh dilakukan. Seorang penipu mungkin menyamar sebagai kakitangan institusi kewangan yang terkenal atau syarikat pinjaman dengan laman web yang kelihatan sah, atau cara yang biasa ialah melalui e-mel.

Walaupun ia sukar untuk mengetahui penipuan terkini, kecuali jika mangsa muncul di berita, terdapat beberapa tanda amaran yang anda patut tahu

Tanda Amaran Penipuan Pinjaman

1. Pemberi pinjaman yang tidak mengambil kira sejarah kredit anda

Terdapat banyak pinjaman dan kad kredit yang sesuai dengan pelbagai tujuan seperti memulakan perniagaan atau menyatukan hutang. Pemberi pinjaman yang tidak mengambil berat dengan sejarah kredit adalah membimbangkan. Iklan yang mengatakan “Tidak susah – wang cepat dijamin” atau “Kami tidak peduli tentang kredit anda. Pinjaman ini untuk anda” adalah terlalu baik untuk menjadi kenyataan dan anda perlu berwaspada terhadapnya.

Syarikat yang sah hanya akan meluluskan pinjaman selepas mereka menilai sejarah kredit peminjam dan mengesahkan kesahihan maklumat dalam borang permohonan.

2. Bayaran pendahuluan

Anda perlu berhati-hati apabila pemberi pinjaman menuntut fi permohonan terlebih dahulu. Dalam kebanyakan kes, pemberi pinjaman yang sah tidak akan meminta peminjam membayar apa-apa sebelum peminjam menerima pinjaman.

Sesetengah penipu memanggil ini sebagai “fi pemprosesan” atau memberitahu peminjam bahawa bayaran pendahuluan sedemikian diperlukan akibat rekod kredit buruk peminjam. Bayaran ini, jika diperlukan, biasanya akan ditolak daripada jumlah pinjaman sebelum pembayaran.

3. Digesa untuk bertindak segera

Penipu akan menekan anda untuk memberi maklumat peribadi atau menghantar wang sebelum apa-apa kertas kerja dilakukan. Mereka akan berkata ia adalah tawaran satu kali sahaja atau mendesak anda bertindak dengan serta-merta supaya tidak terlepas ansuran tanpa faedah. Anda perlu sentiasa meminta kertas kerja dan meneliti perjanjian sebelum memohon apa-apa, terutamanya jika ia melibatkan wang.

4. Meminta maklumat peribadi

Jangan sekali-kali memberi maklumat kad kredit atau akaun bank anda melalui telefon atau Internet melainkan anda mengetahui sebab maklumat tersebut diminta dan syarikat yang ingin mengetahuinya.

Ketahui jenis perkhidmatan

Dalam era ini, ramai penipu muncul untuk menyasar pengguna yang tidak mempunyai apa-apa syak wasangka. Satu cara yang biasa digunakan ialah penipuan pinjaman secara dalam talian. Sejak tahun-tahun kebelakangan ini, kaedah serangan mereka telah menjadi lebih canggih. Oleh itu, adalah bijak dan praktikal untuk mengetahui pelbagai perkhidmatan yang didapati untuk menghalang diri anda daripada ditipu atau tidak mengetahui tentang perkhidmatan kewangan yang bermanfaat kerana terlalu berhati-hati.

Dengan kemunculan teknologi kewangan, perkara yang kita boleh lakukan tanpa meninggalkan rumah telah meningkat dan kini terdapat lebih banyak cara untuk menjadi bijak kewangan. Ia penting untuk mengetahui tentang platform kewangan supaya kita dapat membuat keputusan kewangan yang termaklum.

Laman web perbandingan seperti iMoney menawarkan alat perbandingan dan maklumat kewangan yang bernilai kepada pembaca. Tetapi bagaimana anda membezakan laman web pihak ketiga dalam talian daripada laman web penipu?

Perbezaannya ialah platform kewangan seperti iMoney hanya akan membantu dalam permohonan pinjaman dengan institusi kewangan berlesen, dan bukan pemberi pinjaman wang atau syarikat kredit. Laman web seperti ini tidak memberi pinjaman terus kepada peminjam, tetapi hanya memberikan perkhidmatan tambahan untuk membantu mereka memohon pinjaman yang terbaik. Perkhidmatan ini adalah percuma kepada pengguna, jadi anda tidak perlu membayar satu sen pun untuk memohon pinjaman.

Apa yang disediakan oleh iMoney hanyalah khidmat nasihat, di mana pengunjung akan dibantu dari segi keperluan kewangan mereka, sama ada pinjaman, kad kredit, jalur lebar atau insurans. Pengunjung kemudiannya akan ditujukan ke pihak berkenaan untuk meneruskan permohonan.

Ketahui diri anda sendiri

Apabila memohon pinjaman daripada sumber yang sah, tidak ada jalan pintas untuk diambil. Peminjam dan pemberi pinjaman perlu memenuhi kriteria tertentu sebelum transaksi pinjaman dapat diluluskan dan dilaksanakan. Jika anda ingin mengambil pinjaman, tanya diri anda mengapa anda memerlukannya terlebih dahulu. Jika anda seorang peminjam yang belum dilayan, anda mungkin ingin mendapatkan bantuan daripada penasihat kewangan untuk menilai kesihatan kredit anda dan mungkin menggunakan cara lain yang sah bagi memastikan anda tidak lagi berada dalam keadaan berhutang.

Ingat, anda tidak boleh memanipulasi sistem. Meminjam daripada bank bayangan atau sumber yang meragukan akan membahayakan anda. Sekiranya sesuatu kelihatan terlalu baik untuk menjadi kenyataan, ia biasanya suatu penipuan. Mempercayainya akan meletakkan anda dalam keadaan kewangan yang lebih teruk daripada keadaan anda sebelum ini.

Oleh itu, ambil satu langkah ke belakang, fikir masak-masak dan lakukan keputusan apabila ia melibatkan kewangan anda supaya anda dilindungi daripada penipuan dalam talian.

 

Artikel ini diterbitkan di tahun 2015 dan telah diperbaharui untuk kesegaran, ketepatan dan kefahaman.

Get free weekly money tips!

*Free of charge. Unsubscribe anytime.