4 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Dapatkan Pinjaman Kereta

Memandu kereta baru memang seronok. Tapi membiayainya mungkin merupakan satu cabaran. Kecuali anda wang ada duit lebih bergulung-gulung di keliling pinggang, anda perlu buat pinjaman untuk membiayainya. Ada empat perkara yang anda perlu tahu sebelum buat pinjaman kereta.

Bayaran bulanan yang mudah.

Manfaat utama mendapatkan pinjaman kereta ialah kemudahan membuat bayaran secara bulanan. Membuat pembayaran yang besar adalah berat sekali, terutamanya bagi golongan profesional muda yang tak punyai wang simpanan yang cukup. Meskipun mereka ada sejumlah wang tunai, ianya mungkin diperlukan untuk kegunaan lain. Mengapa perlu bebankan diri dengan membuat satu pembayaran yang besar bila ia boleh dibuat dengan pembayaran kecil dalam jangka masa beberapa tahun? Maka oleh itu, semaklah kadar faedahnya. Bila buat pinjaman bank, lebih lama jangka masa pinjaman, maka lebih tinggi kadar faedahnya. Anda buat bayaran minimum setiap bulan tapi jika dilihat pada keseluruhannya, separuh dari jumlah yang anda bayar adalah merupakan bayaran caj faedah yang dikenakan. Anda mungkin nak pendekkan jangka masa pinjaman untuk elak dari terikat dengan pembayaran kadar faedah yang tinggi. Kalkulator pelunasan pinjaman dapat bantu anda tentukan berapa anda perlu bayar sebulan untuk kereta anda.

Keumpilan.

Dengan membuat pinjaman kereta, anda menggunakan keumpilan. Ahli-ahli perniagaan faham benar dengan istilah ini. Keumpilan pada asasnya bermaksud menggunakan wang dan masa orang lain untuk dapat hajat anda. Meskipun anda ada cukup wang tunai nak beli kereta baru, buat pinjaman mungkin lebih menguntungkan dalam jangka masa panjang. Kenapa? Kerana anda sebaliknya boleh labur wang itu. Jadi, anda mampu peroleh pendapatan dari pelaburan dan pada masa yang sama dapat pandu kereta baru.

Perlindungan.

Kebanyakan negara termasuk Malaysia mewajibkan pemilik kereta mendapatkan insurans kereta. Banyak institusi pemberi pinjaman juga menyokong peraturan ini. Apa sebabnya? Kerana jika sesuatu terjadi kepada peminjam, mereka nak pastikan kepentingan mereka dilindungi.

Promosi.

Ada pelbagai jenis promosi pinjaman kereta yang ditawarkan dewasa ini. Membeli-belah adalah kegemaran kebanyakan wanita. Tapi bagi kaum lelaki, untuk dapatkan tawaran yang bagus, anda juga perlu keluar membeli-belah. Bukan untuk cari pakaian, tapi cari institusi pemberi pinjaman yang bagus. Ia memerlukan usaha lebih sedikit jika anda nak dapatkan institusi yang akan memberikan tawaran yang baik. Tapi sebaliknya, anda juga boleh gunakan laman web (seperti iMoney) untuk cari institusi pemberi pinjaman yang paling murah.

Nak beli kereta mungkin mahal. Namun anda boleh mempermudahkannya. Dengan mendapatkan pinjaman kereta, anda mampu buat pembayaran.

Ketahui bank mana yang menawarkan pinjaman kereta yang terbaik hari ini!

Leave your comment