Menu
Kadar Faedah

4.70%

Bayaran Bulanan

RM1,297

1. Amaun pinjaman
RM
2. Tempoh Pinjaman
tahun
Ciri Utama
  • Pakej Zero Moving Cost
  • Tiada tempoh lock-in
Terma & Syarat
  • Umur Minima: 21 Tahun
  • Tempoh Pinjaman: Sehingga 35 Tahun
  • Margin Pembiayaan: 90%
  • Sesuai Untuk: Rumah yang siap, dalam pembinaan, refinance

Adakah Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank Sesuai Untuk Saya?

Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank tidak mempunyai tempoh lock-in yang menjadikannya antara beberapa bank yang menawarkan pakej pinjaman tanpa tempoh lock-in. Anda tidak perlu membayar apa-apa penalti walaupun anda bercadang untuk melakukan penyelesaian awal untuk gadai janji anda.

Berbanding pakej-pakej pinjaman perumahan yang rumit yang ditawarkan oleh bank lain, Al Rajhi Bank memudahkannya dengan menawarkan satu produk pinjaman perumahan iaitu, Home Financing-i yang mematuhi prinsip Shariah antarabangsa.

Al Rajhi Bank menyediakan margin pembiayaan sehingga 90%. Produk pinjaman perumahan ini juga didatangkan bersama tempoh maksimum pinjaman selama 25 tahun (di bawah had terbaru dari Bank Negara Malaysia yang bertujuan untuk membendung kenaikan harga rumah dan bankrupsi). Penanda aras BFR (Base Financing Rate) Al Rajhi Bank adalah lebih tinggi dari pakej Islamik bank lain di mana ianya kini adalah pada kadar 6.9%.

Pakej Gadai Janji Al-Rajhi Bank

Al Rajhi Bank menyediakan pakej pinjaman pembiayaan rumah Islamik asas yang mematuhi Shariah di dalam bentuk Home Financing-i. Ciri-ciri utama pakej ini disatukan untuk perbandingan anda:

Produk Ciri-ciri Utama Adakah ini Pakej Flexi?
Home Financing-i
  • Kadar keuntungan BFR serendah 2.45%
  • Margin pembiayaan sehingga 90%
  • Tempoh pinjaman sehingga 25 tahun
Tidak

Adakah Saya Layak Untuk Memohon Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank?

Jika anda adalah rakyat Malaysia, anda layak untuk memohon gadai janji ini jika anda berumur sekurang-kurangnya 21 tahun. Al Rajhi Bank hanya membiaya hartanah yang bernilai RM100,000 ke atas sahaja.

Apakah Dokumen Yang Perlu Saya Sediakan?

Jika anda telah memohon Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank, anda akan diminta untuk menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi pemprosesan permohonan anda oleh pihak bank. Dokumen-dokumen tersebut adalah seperti berikut:

  • Borang Permohonan
  • Kad Pengenalan
  • Salinan Sales and Purchase atau Resit Tempahan atau Letter of Offer dari pemaju
  • Salinan Individual Title Deed
  • Laporan Penilaian Hartanah (bagi hartanah yang telah siap)
  • Slip gaji / baucar terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Penyata Komisen terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Penyata KWSP terkini (3 bulan berturut-turut)
  • Borang EA terkini
  • Penyata Bank terkini (6 bulan berturut-turut)
  • Surat Pengesahan Pekerjaan dan Imbuhan

Menarik! Apakah Langkah Seterusnya?

Anda boleh gunakan kalkulator pinjaman perumahan Al Rajhi Bank untuk mengira jumlah pembayaran balik bulanan anda, berdasarkan nilai hartanah impian dan jumlah pinjaman. Apabila anda sudah bersedia untuk memohon, anda boleh lakukan pertanyaan percuma melalui iMoney dan kami akan menghubungi anda. Permohonan pinjaman perumahan melalui iMoney adalah percuma.

Jika anda tidak pasti sama ada pinjaman perumahan dari Al Rajhi Bank adalah pilihan yang terbaik untuk anda, klik di sini untuk bandingkan pinjaman perumahan yang lain di Malaysia.

Adakah Mudah Bagi Saya Untuk Membayar Balik Pinjaman Perumahan Al Rajhi Bank?

Pemindahan Secara Online
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Al Rajhi Bank anda untuk melakukan pembayaran online.
MEPS
Bayar pinjaman anda melalui mesin ATM MEPS (lebih 5,000 lokasi) di seluruh negara.
Interbank GIRO
Bayar semula pinjaman anda melalui pemindahan wang Interbank GIRO di cawangan bank yang berdaftar atau melalui perbankan online.
Fasiliti Standing Instruction
Pemotongan automatik dari akaun bank anda setiap bulan.
ATM Al-Rajhi Bank
Pindahkan wang dari Akaun Simpanan atau Semasa Al Rajhi Bank anda untuk membuat pembayaran di semua cawangan Al Rajhi Bank.
Mesin Express Payment
Lakukan deposit tunai atau cek di cawangan Al Rajhi Bank.
Pembayaran Melalui Pos
Poskan kepada Al Rajhi Bank cek dan penyata anda dalam sampul surat tertutup.
Perbankan Telefon
Berikan arahan untuk pemotongan dari akaun bank anda untuk membayar pinjaman perumahan melalui T-PIN.


Jika anda sedang mencari gadai janji yang lain, anda juga boleh mempertimbangkan
Pinjaman Perumahan CIMB Islamic
Di CIMB Islamic, kadar asas (Base Rate) gadai janji adalah 4.00%. Ia datang dengan pilihan pakej pinjaman fleksi dan margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tiada tempoh berkunci untuk gadai janji ini.
Pinjaman Perumahan CIMB Bank
Kadar asas (Base Rate) pinjaman perumahan daripada CIMB Bank adalah 4.00%. Ia datang dengan pilihan untuk pakej pinjaman fleksi dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Untuk pinjaman perumahan ini, terdapat tempoh berkunci selama 3 tahun.
Pinjaman Perumahan OCBC
OCBC menawarkan pinjaman rumah dengan kadar asas (Base Rate) 3.92%. Pilihan untuk pakej pinjaman fleksi disediakan dan mempunyai margin pembiayaan maksimum sebanyak 90%. Tiada tempoh berkunci untuk pinjaman rumah ini.
Pohon di sini
DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di