Mengapa Kad Kredit Maybank Islamic?
Kad kredit Maybank Islamic membenarkan anda untuk mendapat TreatPoints dengan perbelanjaan harian. Dengan kad kredit Maybank Islamic Ikhwan, anda boleh mendapat 2 TreatPoints bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan untuk barangan runcit, membeli-belah, utility dan 5 TreatPoints bagi setiap Ringgit yang dibelanjakan untuk petrol. Jika anda berbelanja lebih pada runcit dan petrol, anda boleh memilih Kad Maybank Islamic Petronas kerana anda boleh mendapat 8 TreatPoints untuk setiap Ringgit yang dibelanjakan untuk runcit dan di PETRONAS pada hujung minggu! Anda boleh menukar TreatPoints kepada baucer petrol yang memberi penjimatan yang banyak.
Dengan Maybank Islamic Ikhwan Infinite, anda akan dihadiahkan dengan TreatPoints apabila anda berbelanja di dalam dan luar negara. Kumpulkan TreatPoints anda dan tukarkannya kepada 1,000 Enrich Miles (MAS), KrisFlyer Miles (Singapore Airlines) atau Q Miles (Qatar Airways). Terdapat juga manfaat yang menarik seperti golf, spa, restoran, keistimewaan hiburan dan diskaun yang tersedia. Pelan Perlindungan seperti Insurans Kemalangan Perjalanan dan Pelan Takaful melindungi anda dan keluarga anda daripada sebarang kejadian.
Kad Kredit Maybank Islamic termasuk kemudahan pemindahan baki di mana pemegang kad dibenarkan untuk melakukan pemindahan secara penuh atau sebahagian (tertaluk pada jumlah pemindahan minimum) baki tertunggak dari akaun kad kredit dari mana-mana bank ke dalam akaun kad kredit Maybank Islamic.
Tempoh Pemindahan Baki Maybank Islamic bermula dari 6 bulan sehingga tempoh maksimum36 bulan dengan kadar faedah dari 0% setahun ke 12% setahun bergantung pada tempoh. Maybank Islamic mengenakan caj yuran pendahuluan sekali sahaja 3% ke atas jumlah yand dipindahkan untuk tempoh 12 bulan pada faedah 0%; tiada yuran pendahuluan sekali sahaja dikenakan untuk tempoh lain. Jumlah pemindahan minimum sebanyak RM1,000 (tempoh 6 hingga 12 bulan), RM2,000 (24 hingga 36 bulan pada faedah 4.95% setahun), atau RM10,000 (36 bulan pada faedah 8.88%) diperlukan.