Kalkulator Cukai Pendapatan

Semak jumlah cukai pendapatan yang anda harus bayar berdasarkan kadar cukai terkini dan bandingkan dengan pembayaran tahun lalu.

  • 1. Pendapatan & Isi Rumah
  • 2. Pengurangan Cukai
  • 3. Pengurangan Cukai
Keputusan Cukai Tahunan
  • Kira Pendapatan Kasar Tahunan
    (Termasuk bonus dan dividen sebelum pengurangan)
    RM
    .00
  • Status perkahwinan
  • Berapakah bilangan anak anda?
    (Jumlah anak di bawah tanggungan)
    hardcoded -> Please state :
  • Berapakah bilangan anak yang berada di institut pengajian tinggi (IPT)?
    hardcoded -> Please state :
  • Adakah anda mempunyai ahli keluarga yang berkelainan upaya?

    Jumlah anak yang berkelainan upaya

  • Adakah anda menanggung ibu bapa anda?

Nyatakan jumlah anggaran yang dibayar pada tahun untuk setiap butiran berikut:

PENDIDIKAN

  • Saya bayar untuk pendidikan sendiri
    (Tahap Ijazah Sarjana atau Ijazah Kedoktoran, atau apa-apa pensijilan yang berkaitan dengan sains, teknologi, undang-undang, perakaunan, pembiayaan Islamik, dan bidang vokasional)
  • Premium insurans pendidikan tahunan untuk anak-anak saya
    (Jumlah keseluruhan simpanan pendidikan anak-anak anda tahun ini)
    RM
  • Simpanan tahunan untuk akaun SSPN-I anak-anak saya
    (Jumlah keseluruhan simpanan akaun SSPN-i anak-anak anda tahun ini. SSPN-i adalah skim simpanan PTPTN untuk pendidikan pengajian tinggi)
    RM

INSURANS & PERSARAAN

  • Premium insurans nyawa tahunan
    (Jumlah keseluruhan pelan insurans nyawa yang dibayar tahun ini)
    RM
  • Premium insurans perubatan tahunan
    (Jumlah keseluruhan pelan insurans perubatan yang dibayar tahun ini)
    RM
  • Caruman Tahunan SPS
    (Jumlah keseluruhan caruman yang dibuat untuk akaun Skim Persaraan Swasta (SPS), sebuah skim simpanan persaraan sukarela, anda tahun ini)
    RM

PERBELANJAAN PERUBATAN

  • PERBELANJAAN PERUBATAN

PEMBELIAN LAIN

  • Adakah anda pernah berbelanja untuk barangan tersebut pada tahun ini?

DERMA & ZAKAT

  • Pembayaran zakat tahun ini
    RM
  • Sumbangan kepada organisasi amal jariah
    RM

DAPATKAN BERITA TERKINI

Segala-galanya lebih mudah dengan kalkulator cukai pendapatan kami. Jadi yang pertama untuk mengetahui aplikasi baharu kami, promosi eksklusif dan berita terkini!

  • Nama Anda
  • Alamat E-mel Anda
  • Nombor Telefon Anda
Pengiraan

Tips cukai pendapatan terkini

Semua yang anda perlu tahu untuk memfailkan cukai pendapatan anda

Fakta Tentang Cukai Pendapatan di Malaysia yang Anda Patut Tahu

Perkara yang paling penting tentang cukai pendapatan adalah mengetahui jumlah hutang anda terhadap Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Perkara kedua terpenting adalah mengetahui jenis pelepasan cukai yang tersedia untuk anda; terutamanya tentang pelepasan cukai baharu yang menggantikan pelepasan cukai lama setiap tahun.

Kami akan menjelaskan semua yang anda perlu tahu apabila tibanya musim membayar cukai pendapatan.

Siapa yang harus memfailkan cukai pendapatan?

Mana-mana individu yang memperolehi pendapatan minimum tahunan sebanyak RM34,000 selepas potongan EPF diwajibkan untuk memfail cukai pendapatan. Ini bermaksud, pendapatan minimum bulanan adalah sebanyak RM2,833 sebulan selepas potongan EPF, atau kira-kira RM3,000 pendapatan kasar. Pendapatan anda adalah termasuk segala pendapatan sampingan, dan bukan sahaja pendapatan daripada pekerjaan utama anda.

Walaupun anda harus memfailkan cukai, tidak semestinya anda harus membayar segala-galanya kerana terdapat pelepasan cukai dan rebat untuk anda.

Apa yang baru?

Pelepasan cukai RM6,000 untuk rawatan perubatan penyakit serius telah diperluaskan untuk melindungi rawatan Persenyawaan Luar Rahim [IVF] dan kesuburan. Juga, pelepasan cukai untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak di tadika dan pusat jagaan kanak-kanak telah dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000.

Juga, kadar cukai bagi mereka yang memperoleh pendapatan tahunan melebihi RM2 juta telah dinaikkan daripada 28% ke 30%.

Pelepasan cukai dan rebat

Terdapat 21 pelepasan cukai yang tersedia untuk pembayar cukai. Anda hanya perlu sentiasa mengambil tahu tentang pelepasan-pelepasan ini dan simpan resit untuk perbelanjaan yang berikut. Antara pelepasan cukai tersebut adalah:

  • Pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Pelepasan cukai ini membolehkan anda menebus sebanyak RM500 setahun. Tubuh badan anda lebih sihat dan anda juga boleh menebus cukai ini. Ambil langkah berjaga-jaga demi kesihatan tubuh badan;
  • Perbelanjaan kesihatan. Sekiranya anda perlu membayar bil untuk penyakit serius yang melibatkan pasangan atau anak-anak, anda boleh menebus sehingga RM6,000;
  • Manfaatkan pelepasan cukai gaya hidup anda sehingga RM2,500 setahun. Ini adalah termasuk pembelian buku, jurnal, majalah dan penerbitan, komputer peribadi, komputer riba, telefon pintar dan tablet, peralatan sukan termasuklah keahlian gim, serta langganan broadband. Untuk memaksimumkan had RM2,500 tersebut, anda boleh menghadiahkan buku atau peralatan sukan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Apakah itu Potongan Cukai Bulanan (PCB)?

Sejak tahun 2014, rakyat Malaysia tidak perlu menghantar cukai secara  manual dan boleh menggunakan Potongan Cukai Bulanan sebagai pembayaran cukai terakhir mereka. PCB membolehkan majikan melakukan penolakan pembayaran cukai daripada pendapatan pekerja mereka.

Majikan menggunakan data peribadi pekerja mereka yang dihantar kepada bahagian Human Resource sebagai proses PCB. Namun, untuk mendapatkan jumlah PCB yang tepat, pekerja harus memberikan butiran yang terperinci kepada majikan mereka.

Anda perlu menghantar Borang TP1. Anda perlu memaklumkan pelepasan cukai lain yang anda layak di dalam borang ini untuk memudahkan pengiraan PCB anda. Pelepasan cukai yang termasuk di dalam borang ini adalah:

  • Rawatan perubatan, keperluan khas dan perbelanjaan penjaga untuk ibu bapa;
  • Alatan sokongan asas untuk kegunaan pekerja kelainan upaya, pasangan atau ibu bapa;
  • Fi pendidikan sendiri;
  • Perbelanjaan perubatan untuk penyakit serius;
  • Deposit bersih dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i);
  • Pembelian peralatan sukan;
  • Pembayaran nafkah kepada bekas isteri;
  • Insurans nyawa;
  • Insurans pendidikan/perubatan;
  • Anuiti tertunda;
  • Faedah untuk pinjaman rumah (tertakluk pada syarat perjanjian); dan
  • Pembayaran zakat (hanya jika belum ditolak melalui PCB).

Dengan maklumat yang diberikan oleh pekerja, majikan boleh membuat pembetulan ke atas jumlah PCB anda kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) setiap bulan.

Pembayar cukai haruslah memenuhi kriteria yang berikut untuk mengelakkan daripada memfail cukai buat kali kedua apabila tibanya musim cukai:

  • Pekerja tersebut haruslah menerima pendapatan pekerjaan mereka di bawah Seksyen 13 Akta Cukai Pendapatan 1967;
  • PCB pekerja tersebut haruslah dilakukan di bawah Peraturan 1994 Cukai Pendapatan (Potongan daripada Saraan); dan
  • Pekerja tersebut haruslah berkhidmat di bawah majikan yang sama selama 12 bulan dalam tahun yang sama (cth. 1 Januari – 31 Disember);
  • Pendapatan daripada pekerjaan tersebut haruslah menjadi satu-satunya punca pendapatan pekerja tersebut;
  • Pekerja tersebut tidak memfailkan cukai bersama pasangan.

Walau bagaimanapun, jika anda ingin memfailkan cukai, anda masih boleh melakukannya sebelum tarikh tamat tempoh setiap tahun.

Failkan cukai berasingan atau bersama pasangan?

Jika anda sudah berumah tangga, ada beberapa perkara yang anda harus pertimbangkan seperti memfailkan cukai secara berasingan atau bersama pasangan anda. Lakukan keputusan yang betul supaya anda dan pasangan anda lebih bermanfaat.

Memilih pemfailan di bawah status yang betul adalah keputusan yang besar bagi mereka yang sudah berkahwin. Di bawah Seksyen 45 Akta Cukai Pendapatan Malaysia 1967, semua pasangan yang sudah berkahwin di Malaysia berhak untuk memilih sama ada memfailkan secara berasingan atau bersama pasangan mereka.

Secara amnya, jika kedua-dua pasangan mempunyai pendapatan yang tinggi, mereka digalakkan untuk memfailkan cukai seara berasingan untuk mengoptimumkan segala potongan cukai dan penolakan yang tersedia untuk mereka.

Berikut adalah perbezaan antara pemfailan cukai berasingan dan berpasangan:

Pemfailan berasingan

  • Suami dan isteri memfailkan cukai pendapatan mereka secara berasingan;
  • Suami dan isteri masing-masing berhak mendapat pelepasan cukai peribadi mereka sendiri dan pelepasan cukai lain;
  • Pasangan yang melakukan pemfailan cukai tidak boleh menebus pelepasan cukai pasangan mereka sebanyak RM3,000 – atau pelepasan cukai sebanyak RM3,500 jika pasangan mereka berkelainan upaya;
  • Pelepasan cukai kanak-kanak (jika berkenaan) hanya boleh ditebus oleh salah seorang ibu atau ayah.

Pemfailan berpasangan

  • Jika kedua-dua pasangan ingin melakukan pemfailan bersama, mereka harus menyediakan hitam putih bertulis selewat-lewatnya 1 April setiap tahun;
  • Pemfailan tersebut mestilah dilakukan dibawah nama suami atau isteri. Pendapatan daripada kedua-dua pasangan mestilah digabungkan;
  • Pelepasan cukai peribadi hanya boleh ditebus sekali sahaja setelah suami dan isteri berdaftar sebagai individu tunggal;
  • Cara terbaik untuk mengetahui sama ada anda harus memfailkan cukai secara berasingan atau berpasangan adalah melakukan pemfailan cukai melalui kedua-dua cara. Lakukan pengiraan dan lihat bayaran balik bersih atau baki kedua-dua cara;
  • Jika anda menggunakan e-filing untuk memfailkan cukai, anda boleh semak bayaran cukai untuk setiap individu dan bandingkan dengan pemfailan berpasangan. Dengan cara ini anda boleh mengetahui status pemfailan yang mana memberikan anda lebih manfaat.

Dengan menggunakan kalkulator cukai pendapatan kami, anda boleh menganggarkan secara kasar berapa banyak cukai anda boleh lakukan apabila anda memfailkan cukai ada untuk tahun 2019. Anda masih ada masa untuk merancang pembelian anda untuk memanfaatkan pelepasan cukai anda!

Jika anda ada pertanyaan, sila lawat panduan pendapatan cukai kami untuk maklumat lanjut tentang syarat dan peraturan yang sedia ada.