DASAR PRIVASI

- IMONEY -

header detail header detail

Kenyataan Polisi Data Perlindungan Peribadi Dan Privasi Imoney

iMoney diwujudkan dengan tujuan untuk memperkasakan pilihan pengguna serta memberi segala maklumat penting kepada anda dalam membuat keputusan kewangan yang bijak. Bagi menghormati privasi anda, kami memberi pilihan kepada anda sama ada anda ingin mengongsikan maklumat peribadi anda bersama kami dan memberitahu anda tentang cara kami menggunakannya.

Apa tidaknya, membuat keputusan yang bijak adalah fokus utama iMoney.

  • iMoney menyediakan senarai perbandingan produk kewangan yang menyeluruh bagi membantu pengguna membuat keputusan kewangan yang bijak. Secara khusus, iMoney membantu pengguna memilih kad kredit, pinjaman/pembiayaan peribadi, pelan jalur lebar, akaun simpanan, pelan pelaburan, dan pelan insurans berdasarkan pilihan, tabiat perbelanjaan, dan kegunaan penggunaan pengguna dengan menyediakan maklumat-maklumat penting kepada pengguna. iMoney juga membantu pengguna membuat permohonan untuk pelbagai jenis produk kewangan bersama pihak ketiga dan bekerjasama dengan institusi kewangan, syarikat insurans, dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga bagi pihak pengguna.

  • iMoney komited dalam melindungi maklumat peribadi anda dengan mematuhi perundangan operasi yang melibatkan perlindungan maklumat peribadi di dalam Malaysia, seperti Akta 709, juga dikenali sebagai Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan perundangan privasi data lain yang berkenaan, secara kolektif, dirujuk dalam polisi ini sebagai ‘Akta’.

    Polisi Data Perlindungan Peribadi dan privasi (“Polisi”) menerangkan bagaimana iMoney menggumpul dan mengguna data peribadi anda, dan memaklumkan anda tentang cara iMoney melaksanakan perlindungan data peribadi.

  • Dalam menyediakan Perkhidmatan kepada anda, iMoney mungkin akan menggumpul, menyimpan, dan mengguna data peribadi anda. Untuk mengakses Perkhidmatan kami, atau memproses transaksi antara anda dan pihak ketiga, kami mungkin akan meminta maklumat peribadi anda seperti nama, alamat tempat tinggal, nombor telefon, alamat e-mel dan lain-lain maklumat yang akan digunakan bagi mengenal pasti identiti anda. Jadi, jika anda memilih untuk menggunakan Perkhidmatan iMoney, anda bersetuju dengan proses penggumpulan, penyimpanan, penggunaan, pendedahan, penghantaran, dan pemprosesan maklumat anda seperti yang diterangkan dalam Polisi ini.

    Melainkan anda menyediakan maklumat peribadi anda untuk penggunaan Perkhidmatan iMoney atau pihak ketiga melalui laman web ini, identiti anda tidak akan diketahui semasa anda melayari laman web ini. Kami tidak menggumpul maklumat peribadi anda jika anda hanya melayari laman web ini.

    Perkhidmatan kami mungkin akan mengandungi pautan Perkhidmatan atau laman web pihak ketiga, termasuk juga penyedia, rakan kongsi atau rakan usaha sama laman mikro untuk laman web ini. Perkhidmatan dan laman web pihak ketiga mempunyai polisi dan terma perkhidmatan yang tersendiri. Kami menasihatkan anda untuk membaca kesemua terma tersebut sebelum menggunakan perkhidmatan atau laman web pihak ketiga.

  • iMoney menggumpul maklumat peribadi daripada anda hanya jika anda memilih untuk menggunakan perkhidmatan kami, seperti semasa anda mendaftar untuk menggunakan salah satu perkhidmatan kami, memohon produk kewangan dengan institusi kewangan pihak ketiga melalui laman web kami, atau semasa anda menyediakan maklumat peribadi kepada iMoney melalui Khidmat Pelanggan kami. Maklumat peribadi yang dirujuk adalah termasuk maklumat yang digunakan semasa anda mencipta dan menghantar log masuk atau melengkapkan borang permohonan di laman web kami yang akan digunakan untuk mengenal pasti identiti anda. Dengan menyediakan maklumat peribadi secara sukarela, anda telah bersetuju untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini serta tidak menjejaskan kepentingan mana-mana pihak ketiga.

    iMoney melaksanakan langkah keselamatan yang munasabah dan sesuai seperti yang diperintahkan di bawah Akta semasa kami menggumpul, menyimpan, dan memproses maklumat peribadi anda di dalam Malaysia. Kami akan mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkenaan sekiranya kami memindahkan penyimpanan tersebut dan/atau memproses maklumat peribadi anda di luar negara.

     

  • Selepas memberikan kami kebenaran anda, kami mungkin akan menggumpul, menyimpan, mengguna, mendedah, memindah, dan/atau memproses maklumat peribadi anda bagi tujuan-tujuan yang berikut:

    • Merujuk anda kepada produk kewangan, dan/atau institusi kewangan (atau wakil-wakil mereka yang diiktiraf) yang ditentukan oleh anda semasa melengkapkan borang permohonan di laman web kami;
    • Untuk membenarkan anda mengakses dan mengguna perkhidmatan iMoney, laman web utama kami (termasuk mana-mana laman mikro);
    • Untuk memperibadi dan menambah baik keseluruhan aspek perkhidmatan kami kepada anda dan pengguna kami yang lain, serta melakukan penyelidikan seperti menganalisis arah aliran pasaran dan demografik pelanggan;
    • Untuk berkomunikasi dengan anda, bagi mengesahkan maklumat peribadi yang telah disediakan, atau meminta sebarang maklumat tambahan yang penting bagi kegunaan perkhidmatan yang anda mohon;
    • Untuk menghantar anda maklumat tentang acara, produk dan perkhidmatan yang mungkin akan menarik minat anda, sama ada secara terus daripada kami atau daripada penyedia, rakan kongsi, atau rakan usaha sama pihak ketiga; dan/atau;
    • Untuk memberi maklumat tentang anda seperti yang telah ditetapkan pada Bahagian 6 di bawah (Memberi maklumat tentang anda).
  • iMoney mungkin akan mendedah dan memindah maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga, termasuk tetapi tidak terhad kepada:

    1. Jika diperlukan oleh mana-mana pihak berkuasa pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa kompeten;
    2. Untuk melaksanakan sebarang kewajipan undang-undang yang dikenakan ke atas pihak kami dari segi undang-undang atau mengikut perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten;
    3. Institusi kewangan, yang menyenaraikan produk mereka di laman web iMoney, dan/atau oleh wakil-wakil mereka yang diiktiraf;
    4. Untuk juruaudit, perunding, akauntan, atau lain-lain penasihat kewangan atau profesional jika diperlukan untuk pengauditan korporat atau untuk menyiasat atau menjawab sebarang aduan atau ancaman keselamatan;
    5. Mana-mana syarikat berkaitan, gabungan dan/atau bersekutu, sama ada di dalam atau luar Malaysia;
    6. Rakan kongsi kami dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang lain yang menyediakan perkhidmatan bagi pihak kami atau jika kami bekerjasama dengan pihak yang berkenaan dengan produk atau perkhidmatan (“Penyedia”). Penyedia yang berkenaan mungkin perlu menyediakan penyelenggaran teknologi atau kerja bagi pihak kami demi melengkapkan transaksi perniagaan, seperti menyediakan perkhidmatan awan dalam talian. Penyedia yang berkenaan juga mungkin akan menggumpul maklumat bagi pihak kami di laman web kami. Penyedia-penyedia sebegini perlu mematuhi dengan terma polisi privasi kami dan tidak boleh menggunakan maklumat peribadi anda melainkan bagi pihak kami dan mengikut kontrak yang melindungi kesulitan maklumat tersebut; dan
    7. Organisasi, penyedia, bersekutu, atau usaha sama pihak ketiga yang mungkin akan bekerjasama dengan kami yang berkenaan dengan produk, perkhidmatan, kempen, atau acara-acara yang tertentu, termasuk tetapi tidak terhad kepada perkembangan laman mikro. Kami menggalakkan anda untuk membaca dan meneliti terma tersebut mengenai tujuan penyedia yang akan menggunakan maklumat peribadi anda.

     

    Sebagai usaha kami dalam menyediakan perkhidmatan kepada anda dan/atau operasi kami, sebarang data peribadi anda mungkin akan dipindah, diakses, disimpan, atau diproses dalam bidang kuasa atau negara lain di mana undang-undang data privasi mungkin berbeza dari negara Malaysia. Berdasarkan situasi ini, kami akan menguruskan data peribadi anda mengikut Polisi iMoney dan memastikan sistem pemprosesan data kami, termasuk langkah-langkah keselamatan dan ciri-ciri penting lain, mematuhi undang-undang data privasi tersebut.

  • Maklumat peribadi yang dikumpul akan disimpan dalam satu tempoh yang tertentu bagi memenuhi tujuan-tujuan seperti yang diterangkan di Seksyen 5 “Penggunaan Maklumat”. Bagi melindungi kesulitan maklumat peribadi anda, iMoney komited dalam mengambil semua langkah berjaga-jaga demi memastikan kesemua data yang dikumpul terlindung daripada sebarang kehilangan; salahgunaan; pengubahsuaian yang tidak diiktiraf atau secara tidak sengaja, akses atau pendedahan; dan pembuangan atau kemusnahan bagi sepanjang tempoh penyimpanan maklumat tersebut. Kami akan memastikan maklumat peribadi anda akan dipadam atau dibuang secara kekal sebaik sahaja ia tidak lagi digunakan bagi memenuhi tujuan asalnya, atau sebagaimana yang dikehendaki di sisi undang-undang. Anda boleh meminta penghapusan atau pembuangan maklumat peribadi anda secara segera melalui butiran perhubungan di bawah (Bahagian 13. Konflik & Pertanyaan)

  • iMoney mengambil semua langkah berjaga-jaga dalam memastikan maklumat anda adalah tepat, lengkap, terkini, dan konsisten yang selaras dengan tujuan penyimpanan maklumat.

    Jika anda ingin mengakses maklumat peribadi anda; kenal pasti bagaimana maklumat peribadi anda digunakan; kepada siapa ia didedahkan, dan/atau tujuan pendedahan maklumat peribadi anda kepada penerima yang ditujukan, anda boleh membuat permintaan kepada kami melalui alamat e-mel atau nombor telefon syarikat. Anda juga boleh membuat permintaan untuk membetulkan maklumat peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan lagi yang terkini. Juga, jika anda ingin menarik balik persetujuan anda terhadap pengumpulan, penyimpanan, dan pengunaan maklumat peribadi anda, sila maklumkan kepada kami dan kami akan membantu anda. Untuk butiran perhubungan, sila lihat Seksyen 13. Pertanyaan di bawah.

    Kami juga akan mengambil langkah munasabah dalam menyelesaikan dan/atau membantu permintaan pengaksesan dan pengubahsuaian maklumat, termasuk juga persetujuan, sejauh mana yang melibatkan pangkalan data iMoney, dalam tempoh munasabah permintaan tersebut. iMoney tidak mempunyai kewajipan dalam membetulkan maklumat peribadi yang sudah dihantarkan kepada pihak ketiga mengikut permohonan yang berkenaan dengan produk kewangan pihak ketiga.

  • Anda bersetuju untuk menerima komunikasi daripada kami tentang lain-lain perkhidmatan dan tawaran yang mungkin menarik minat anda melalui e-mel, hantaran, sistem pesanan ringkas (SMS), notifikasi web, aplikasi pemesejan, melalui teks produk atau panggilan telefon oleh Khidmat Pelanggan kami.

    Setiap kali anda menyediakan maklumat peribadi anda kepada kami, anda mempunyai pilihan untuk tidak bersetuju atau menarik persetujuan anda daripada kami mengguna atau mengongsikan maklumat anda bagi tujuan pemasaran. Melainkan dan sehingga kami menerima bantahan atau penarikan balik persetujuan daripada anda, anda bersetuju dengan penggunaan-penggunaan tersebut.

    Sebarang komunikasi pemasaran elektronik yang kami hantarkan kepada anda akan mengandungi arahan yang jelas dan telus jika anda ingin menarik langganan anda pada bila-bila masa.

    Jika anda tidak ingin dihubungi oleh pihak kami, anda boleh membuat permintaan tersebut pada bila-bila masa melalui butiran hubungan di Seksyen 13. Pertanyaan. Juga, anda boleh membuat permintaan untuk pihak kami berhenti daripada mengongsikan maklumat anda dengan pihak ketiga bagi tujuan pemasaran.

  • Bagi memastikan kualiti Perkhidmatan yang kami sediakan sentiasa memenuhi keperluan anda, kami mungkin akan meminta maklum balas berdasarkan pengalaman anda menggunakan lamab web kami. Sebarang maklum balas anda hanya akan disediakan sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menambah baik dan tidak akan dipaparkan di laman web kami.

  • Jika anda ingin menggunakan perkhidmatan atau produk penyedia atau menyertai acara penyedia atau memasuki kontrak bersama penyedia pihak ketiga, melalui laman web kami (termasuklah laman mikro), segala maklumat yang anda sediakan kepada kami dan juga maklumat tambahan yang diperlukan, sama ada diberikan oleh anda atau oleh kami kepada pihak ketiga akan dikendalikan oleh penyedia tersebut bagi tujuan yang diterangkan dalam polisi privasi penyedia. Jadi, anda sangat digalakkan untuk membaca dan meneliti polisi privasi penyedia berdasarkan tujuan penyedia yang akan menggunakan maklumat peribadi anda sebelum menggunakan perkhidmatan atau produk, menyertai acara atau memasuki kontrak tersebut. Kami tidak bertanggungjawab atas penggunaan penyedia terhadap maklumat peribadi anda.

  • Kuki adalah fail teks kecil yang disimpan dalam komputer anda. Kuki membantu kami untuk:

    • Memahami tabiat pelayaran anda di Laman Web ini;
    • Memahami jumlah pelawat di Laman Web ini, termasuklah halaman lain yang dilawat; dan
    • Mengingati anda jika anda pulang ke Laman Web ini supaya kami boleh menyediakan pengalaman pelayaran yang lebih baik.

    Kebanyakan kuki akan dipadam sebaik sahaja anda menutup pelayar anda, ini diketahui sebagai kuki bersesi. Juga, terdapat kuki berterusan, yang disimpan dalam komputer anda sama anda sehingga anda memadamnya atau kuki tersebut luput. Dengan menggunakan perkhidmatan ini, anda memberi persetujuan untuk menggunakan kuki.

    Laman web ini menggunakan kuki yang berikut:

    Google Analytics

    Kuki Google Analytics membenarkan kami melihat maklumat seperti aktiviti pengguna di laman web, termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah halaman yang dilawat, rujukan dan purata masa yang dihabiskan di laman web. Maklumat ini tidak diperibadikan dan dipaparkan sebagai nombor, bermaksud maklumat ini tidak akan dijejak balik kepada pengguna tersebut, bagi membantu melindungi privasi anda. Dengan menggunakan Google Analytics, kami dapat melihat kandungan yang popular di laman web kami, dan ini dapat menambah baik pengalaman pelayaran anda.

     

    DoubleClick

    Kami menggunakan kod pemasaran semula Google Analytics untuk log jika pengguna melayari halaman yang tertentu atau membuat tindakan tertentu di halaman tersebut. Ini membenarkan kami untuk menyediakan pengiklanan bersasar pada masa hadapan. Anda boleh pilih untuk menyekat atau memadam kuki tersebut melalui tetapan pelayar anda. Jika anda pilih untuk menyekat atau memadam kuki kami, anda tidak anda dapat keseluruhan manfaat Perkhidmatan kami dan ini mungkin akan menjejaskan pengalaman pelayaran laman web kami dari sistem anda.

  • Sekiranya berlaku sebarang konflik antara Polisi bahasa Inggeris iMoney dan Polisi Bahasa Malaysia, terma dalam Polisi Bahasa Inggeris akan diutamakan dahulu.

    Untuk sebarang pertanyaan atau maklum balas tentang Polisi ini, pemprosesan maklumat anda, dan hak anda di bawah Akta, anda boleh menghubungi kami melalui butiran yang berikut:

    Nombor Perhubungan: +603 2856 1800

    Alamat E-Mel: privacy@imoneygroup.com

    Alamat Pejabat: Unit 25-01, Level 25, Tower B, The Vertical Business Suites, Bangsar South, No. 8, Jalan Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Malaysia

kemaskini pada 07 Februari 2024