Menu

Tentang iMoney

iMoney.my adalah peneraju portal perbandingan kewangan peribadi berkredibiliti yang dirumus khas untuk membantu memaksimumkan potensi tersembunyi wang anda.

Ditubuhkan pada tahun 2012, iMoney.my memberi wajah serta nafas baru dalam arena kewangan peribadi di Malaysia dan kini merupakan peneraju laman web ataupun platform perbandingan produk kewangan di negara kita. Berasaskan idea perkongsian maklumat yang bebas dari jargon dan istilah kewangan yang rumit, kami percaya bahawa setiap orang harus mempunyai pengetahuan yang telus dan tepat sebelum melakukan apa-apa keputusan berkaitan kewangan mereka.

Berdasarkan kepercayaan tersebut, iMoney.my dilahirkan sebagai platform pelbagai fungsi atas talian yang membekalkan maklumat dan berita terkini berkenaan produk serta khidmat perbankan yang berkait rapat dengan seluruh rakyat Malaysia.

Sejak kelahirannya, iMoney.my berjaya membantu puluhan ribu individu memohon produk perbankan dan insurans. Dijana oleh pasukan yang penuh semangat, kami terus mengorak langkah agar rakyat Malaysia berpeluang memahami dunia kewangan peribadi mengikut keselesaan mereka – bila-bila masa dan di mana jua.

Visi Kami

Mengukuhkan posisi sebagai portal perbandingan kewangan nombor 1 dan pengemudi idea serta maklumat di Malaysia dengan memperkasakan rakyat dalam menguruskan kewangan peribadi mereka dengan bijak.

Bagaimana Kami Jadikannya Realiti?

Kami sentiasa mengemaskini kadar terbaru bank serta berita kewangan di laman web kami agar para pengujung mendapat akses kepada maklumat terkini yang mereka perlukan untuk melakukan keputusan sebaiknya dan memohon produk kewangan yang sesuai dengan keperluan mereka. Ini dilakukan secara teliti melalui:

  • Analisa dan penyusunan sistematik data terkini berkenaan kad kredit, akaun simpanan, pakej pinjaman dan beribu lagi produk pelaburan dan insurans di pasaran dari institusi-institusi kewangan;
  • Penguraian peraturan perbankan yang rumit dan pengolahan terma serta jargon kewangan yang membingungkan bagi menyediakan maklumat yang jelas dan mudah difahami oleh semua lapisan pengguna;
  • Pemudahan proses permohonan sebaik mungkin melalui khidmat pakar in-house serta konsultan produk kami.

Pengetahuan Adalah Kuasa Tanpa Batasan

Walaupun kemahiran terbaik kami adalah dalam perbandingan produk kewangan, kami faham bahawa pengetahuan adalah teras untuk setiap keputusan kewangan yang kita lakukan. Kami berusaha untuk mewujudkan komuniti maya dengan membekalkan berita dan panduan kewangan terkini dan terpanas di pasaran supaya pembelajaran tentang kewangan adalah semudah ABC.

Kami sentiasa mengemaskini Pusat Pembelajaran kami dengan berita kewangan terbaru yang relevan kepada pengguna: mudah and panduan jelas untuk pelbagai produk and situasi kewangan, dan maklumat grafik ringkas untuk membantu anda menggambarkan kewangan peribadi.

Secara dasarnya, iMoney bukan sahaja merupakan portal maklumat atau laman web perbandingan, tetapi adalah ekosistem bagi produk serta servis kewangan di mana kesemua keperluan kewangan anda mampu dipenuhi.

Warga iMoney

Kami percaya dengan adanya bakat yang sesuai di dalam organisasi, ini akan memangkin sikap positif dalam mencapai kejayaan dalam apa jua yang kami lakukan. Maka, kami senantiasa meninjau individu-individu yang mempunyai pemikiran selari dan sejajar yang berazam untuk berkembang bersama kami.

Kami berusaha untuk mengekalkan budaya terbuka di mana setiap orang merasa selesa untuk menyumbangkan idea mereka. Kami menghargai kepelbagaian dan kami percaya idea yang berbeza mampu mencetus inovasi yang terhebat.

Berbekalkan pasukan yang mantap, anda boleh jangkakan gaya, mutu dan keunggulan dari iMoney.my sedang kami terus menerus mencipta revolusi di seluruh dunia.

DMCA.com Protection Status
Sebagaimana Dipaparkan Di